Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

Panas !!! Utusan Di Jadikan Kambing Hitam Untuk Alihkan Isu CEC DAPigs


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Tindakan saman yang hendak diambil oleh DAP terhadap akhbar Utusan Malaysia dalam isu buku Laporan Ekuiti oleh Father Augustus Chen dilihat sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, Utusan Malaysia tidak wajar dijadikan 'kambing hitam' kerana buku Laporan Ekuiti itu terlebih dahulu telah tersebar di cawangan-cawangan DAP di seluruh negara.

"Banyak perkara dalam Laporan Ekuiti itu menimbulkan persoalan, namun mereka tidak patut menggunakan isu daripada buku itu dan Utusan Malaysia untuk mengalih perhatian umum tentang CEC parti DAP yang perlu diadakan.


"Mereka patut sedar bahawa keputusan akur kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemilihan semula CEC diadakan telah menunjukkan secara tidak langsung mereka mengakui terdapat kepincangan dalam pemilihan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dalam beberapa portal hari ini bahawa beliau telah mengemukakan surat tuntutan yang perlu dijawab Utusan Malaysia tentang dua artikel berkenaan Laporan Ekuiti sebelum tindakan saman diambil.

Menurut David, DAP akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat termasuk menyatakan parti itu akan diharamkan oleh ROS jika pemilihan semula CEC tidak diadakan dan mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut parti itu.

Katanya, segala tindak-tanduk DAP adalah bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu sehingga ROS mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, DAP tidak sewajarnya menyalahkan Father Augustus dan Utusan Malaysia terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam parti.

"Mereka hendak kata Father Augustus tidak wujud tetapi ada juga berkata Father Augustus pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum berpisah kerana mengamalkan nepotisme parti," katanya.

Katanya, masyarakat tidak akan mudah terpedaya dengan helah licik DAP kerana isu kepincangan dalam pemilihan CEC itu serta arahan ROS telah dibuat sebelum pendedahan Father Augustus.- Utusan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog