Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Mat Sabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mat Sabu. Papar semua catatan

Selasa, 18 Februari 2014

Hot !!! Bekas KPN Kata Mat Sabu Tak Faham Erti Pejuangan Malaya


GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini diberitahu Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak faham erti perjuangan Malaya atau Tanah Melayu ketika berceramah mengenai serangan komunis di Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor berkata Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu tidak tahu mengenai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong ketika berceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

"Beliau adalah seorang anggota politik yang bercakap besar tentang satu isu besar, tetapi tidak tahu apa-apa. Itulah jadinya...," kata Abdul Rahim di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Zakaria Sam.

Abdul Rahim yang merupakan saksi kelima berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah Mat Sabu terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Utusan turut diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Mat Sabu diwakili peguam Mohamad Hanipa Maidin dan Amiruddin Zulkifli. 

Abdul Rahim berkata semasa serangan komunis pada 23 Februari 1950 itu, pada dasarnya anggota polis hanya melakukan tugas mereka untuk melindungi Balai Polis Bukit Kepong.

"Tidak ada perbezaan dalam ikrar yang dilakukan polis sekarang dan sebelum ini, iaitu untuk menegakkan keamanan dan ketenteraman awam.

"Satu-satunya perbezaan pada 1950, kerajaan kolonial British yang mentadbir seluruh Malaya dan Singapura.

"Oleh itu, (polis bertindak terhadap) sesiapa yang mengambil senjata atau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atas nama merevolusikan negara ini," katanya dalam perbicaraan yang berlangsung lebih dua jam itu.

Apabila ditanya jika Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan di balai polis itu, adalah seorang pejuang kebebasan atau komunis, Abdul Rahim berkata beliau mempunyai dua sumber iaitu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan bekas pengerusi PKM Abdullah CD, yang mengatakan Mat Indera adalah bekas komunis.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Ahad, 9 Februari 2014

Tu Dia !!! Mat Sabu Telah Bersetuju Agar Unit Amal PAS Menjilat @teresakok


Seperti biasa sekiranya pemimpin DAP menimbulkan kemarahan Bangsa Melayu pastinya PAS akan tampil sebagai hero untuk menjilat segala kekotoran DAP.

Khamis, 10 Oktober 2013

Hot !!! Mat Sabu Kini Kian Di Tolak Akar Umbi Dalam PAS


Ha...haaa.. Mat Sabu bukan calon yang dipilih akar umbi untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS buat kali kedua.
KUALA TERENGGANU – Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi Pas Pusat.

Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.

Kesemua enam kawasan tersebut bagaimanapun, sebulat suara melalui mesyuarat jawatankuasa Pas kawasan mengekalkan calon Presiden kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua calon yang dilihat menjadi pilihan Timbalan Presiden setakat ini adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Mohd Amar mendapat empat pencalonan dari Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara oleh Pas kawasan Kemaman dan Setiu bagi mencabar Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu, November depan.

Bagaimanapun, pencalonan terhadap Mohamad Sabu mungkin boleh berlaku di Hulu Terengganu dan Marang memandangkan kedua-duanya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, ia sekali gus memperlihatkan Pas kawasan di negeri ini lebih mengutamakan calon Timbalan Presiden daripada kalangan ulama untuk digandingkan dengan Abdul Hadi.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin ketika ditanya mengenai pencalonan tersebut memberitahu, walaupun Pas kawasan memilih Nik Mohd Amar sebagai timbalan presiden, ia tidak bermakna pihaknya menolak pemimpin profesional untuk diletakkan dalam kepimpinan kedua tertinggi parti.

Beliau menjelaskan, sesiapa yang lebih memahami agama lebih layak memimpin parti tanpa mengambil kira sama ada ulama atau profesional.

“Saya tidak setuju mereka yang mengkategorikan ulama dan profesional kerana tidak timbul soal ini.

"Sesiapa sahaja yang mampu untuk pertahankan matlamat perjuangan parti adalah dikira layak untuk memimpin,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, walaupun nama pemimpin tertentu tidak tersenarai, ia tidak menggambarkan mereka tidak bagus sebaliknya keputusan berdasarkan undian tertinggi di pihak jawatankuasa Pas kawasan.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Salahudin Ayub yang merupakan penyandang  mendapat sokongan daripada keenam-enam kawasan untuk beliau terus mengekalkan jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim pula mendapat empat pencalonan, Datuk Mahfuz Omar (tiga), manakala Datuk Abu Bakar Chik dan Idris Ahmad masing-masing dengan dua pencalonan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Adun Salor hanya mendapat satu pencalonan dari Pas kawasan Kemaman.

Sememangnya Mat Sabu layak di singkirkan oleh akar umbi dari memegang jawatan Timbalan Presiden PAS buat kali kedua.. Mat Sabu sememangnya banyak membuat perkara yang bodoh sehinggakan ianya mendatangkan keburukkan kepada PAS.

Rabu, 9 Oktober 2013

Hot !!! Ijtimak Tarbawi PAS Jadi Medan Pemuda PAS Jatuhkan Mat Sabu Dan Menaikkan Ulama #KedahAmanMakmur


Ijtimak Tarbawi PAS yang diadakan di Pagoh, Muar baru-baru ini gagal menarik ramai peserta. Tinjauan mendapati ramai peserta dari kalangan mahasiswa dan ada yang datang sejauh daripada Pulau Pinang!

Perkumpulan ini nampaknya telah menjadi medan bagi Pemuda PAS menolak Mat Sabu dan kumpulan bukan ulama' dari menerajui PAS. Bagaimanapun, Pemuda PAS jelaslah bukannya dari kalangan yang berani bersuara apabila hanya berani menabur flyer di Ijtimak tersebut.




Namun begitu, tindakan Pemuda PAS itu cepat mendapat reaksi dari golongan bukan ulama, bila ulama dituduh gila kuasa. Ingatkan dalam parti yang mengaku sebagai parti Islam, mereka tak berebutkan kuasa, rupanya ada juga perbuatan adu domba untuk merebut kuasa ni.

Eloklah... PAS buatlah lebih banyak lagi Ijtimak. Maka akan lebih banyak le lagi adu domba di kalangan pemimpinnya. Namun begitu, bukanlah apa yang dirumuskan diakhir Ijtimak itu yang penting buat pemimpin PAS, tetapi ialah berapa yang mampu dikumpul hasil dari perkumpulan-perkumpulan yang besar seperti itu. Atas sebab itulah, kerja-kerja menadah kopiah ini tak akan ada noktahnya dalam PAS.

Sumber :- D'Tenggara


Jumaat, 3 Mei 2013

Panas !!! Pengikut Fahaman Syiah Mula Kibarkan Panji-Panji Syiah Di Pendang #TukarKedah #SaveKedah




Sekiranya semua orang nak tahu. Bendera di atas ni la merupakan bendera fahaman Syiah di Malaysia.. Bentuk lambang benderanya agak sama dengan bendera Negara Iran (Negara pemerintahan Syiah)..

Bendera ini di dapati sedang berkibar megah di Pendang seolah-olah menandakan kawasan berkenaan merupakan kawasan pengikut fahaman Syiah..


Jika sebelum ini pengikut fahaman Syiah di Malaysia ini hanya bergerak dalam keadaan diam kerana bilangan pengikutnya yang sikit.. Kini pengikut faham tersebut mula berbangga dengan menonjolkan diri di Pendang setelah calon PAS yang bertanding di kawasan  Parlimen Pendang merupakan pengikut fahaman yang di anuti mereka.

Tidak hairan la sekarang ni pengikut fahaman Syiah sudah tidak lagi merasa gentar untuk memacak bendera Syiah di Pendang.kerana mereka yakin calon Syiah yang di letak PAS di Parliem Pendang boleh memenangi kawasan berkenaan.

Bukan setakat menjadi calon di kawasan Parlimen Pendang saja.. Pengikut fahaman syiah yang bertanding di Parlimen Pendang itu juga merupakan timbalan kepada parti kedua terbesar yang mewakili umat Islam di Malaysia.

Pastinya pengikut fahaman Syiah merasakan melalui calon PAS di Parlimen Pendang mereka mampu menunjukan kekuatan fahaman Syiah di Malaysia dari masa ke semasa.

Nampak gayanya pengikut Syiah mula menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit.. 

Parlimen Pendang merupakan sasaran mereka untuk di jadikan tapak penyebaran fahaman Syiah di seluruh Kedah.. Sekiranya tidak di halang pastinya ianya akan memudaratkan Akidah Umat Islam di kawasan Pendang.

Mat Sabu patut di tolak rakyat Pendang tak kira sama ada penyokong UMNO atau PAS.. Jangan biarkan Mat Sabu jadikan Pendang sebagai kawasan Parlimen pertama bagi golongan fahaman syiah.. 

Rabu, 17 April 2013

Panas !!! Tok Man Abdul Akan Pastikan Parlimen Pendang Tidak Di Jadikan Parlimen Syiah



Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi. Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor.

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.

Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya.

Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai ‘tidak waras’?

Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan.

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.

PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.

Pengekalan Dr. Hayati selama dua penggal, membuktikan bahawa beliau antara segelintir wakil rakyat PAS yang berkesan. Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul.

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu.

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang.

Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.




Rasanya, tidak perlu diungkit kebebalan Mat Sabu, cukuplah membiarkan Mat Sabu membebalkan dirinya sendiri di dalam ceramah-ceramahnya. Kita pasti, rakyat Pendang cukup waras untuk tidak memberi kemenangan kepada calon seperti Mat Sabu.

Pehh !!! Penyokong Mat Sabu Pertikai Pencalonan Zul Noordin Dan Ustaz Fathul Bari #TolakPR



PETALING JAYA: Sebuah badan hak asasi manusia, Pergerakan As Sajjad (Pegerakan Syiah) hari ini mengecam pencalonan dua ahli Umno, Zulkifli Noordin dan Fathul Bari Mat Jahaya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.

Zulkifli diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam manakala Fathul Bari, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Perlis.

Pencalonan Zulkifli, yang juga adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk P 108 Parlimen Shah Alam gagal menjelmakan semangat dan pendekatan holistik dan terkehadapan Barisan Nasional dalam isu-isu perhubungan kaum atau etnik,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media.

Kritikan terhadap Zulkifli timbul ekoran kemunculan rakaman video Youtube yang menunjukkan Zulkifli menghina konsep ketuhanan dalam agama Hindu.

Pergerakan As Sajjad juga kecewa dengan pencalonan Fathul Bari ekoran kenyataan Fathul yang bersifat anti-Syiah.

“Beliau telah melakukan pemomokan dan fitnah yang serius terhadap minoriti Syiah di negara ini".




“Kami berpendapat pencalonan Fathul Bari adalah bertentangan dengan semangat Deklarasi Islamabad 2007 yang menggariskan bahawa tiada umat Islam dibenarkan membunuh atau membahayakan umat Islam lain, samada Syiah atau Sunni,” kata kumpulan tersebut.

As Sajjad turut mengkritik penyertaan anggota kumpulan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) yang bertanding di lapan kerusi parlimen atas tiket Barisan Jemaaah Islamiyah Semalaysia (Berjasa) kerana mereka bersifat perkauman.

Manifesto calon Berjasa menyatakan bahawa mereka bertanding untuk “menebus kembali hak dan kuasa politik Melayu-Islam di Parlimen dan Dewan Undangan-Dewan Undangan Negeri-Negeri tertentu.

Video Panas !!! Musuh Mat Sabu Di Pendang Nak Benarkan Mat Sabu Jadikan Parlimen Pendang Sebagai Parlimen Syiah ??



Selamat Datang Mat Sabu ke Parlimen Pendang.. Mat Sabu tak payah bimbang untuk bertanding di Pendang kerana lawannya dari BN, Datuk Othman Abdul ni tak ada pengalaman bab politik sangat dan tak ada satu pun jasanya di Pendang berbanding Mat Sabu yang banyak berjasa memberi kebajikan kepada rakyat Pendang... 

Opps silap !!! Yang sebenarnya rakyat Pendang yang menyokong PAS la yang banyak berjasa kepada Mat Sabu keranaa memberi kebajikan kepada Mat Sabu melalui kutipan derma ceramah.

Niat Mat Sabu hendak menjadikan Parlimen Pendang sebagai tempat Syiah di Malaysia amat-amatlah pihak TMK dan rakyat Pendang alu-alukan. Pisau Kedah dengar kata bukan saja setakat penyokong BN akan menyambut Mat Sabu di Parlimen Pendang.. Malahan penyokong PAS yang terdiri dari golongan yang berpegang teguh terhadap Islam juga akan menyambut Mat Sabu dengan tangan yang terbuka.

Untuk penyokong hard core Mat Sabu.. mai sini kita dengaq apa komen lawan Mat Sabu di Pendang.


Masa pembuangan undi PRU 13 ni.. penyokong Hard Core  Mat Sabu boleh la baca talkin siap-siap sebelum politik Mat Sabu akan di kuburkan rakyat Pendang dan calon BN Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul bersama-sama fahaman Syiah yang hendak di bawanya ke Pendang.


Sabtu, 6 April 2013

Video Eksklusif !!! Melantik Mat Sabu Sebagai Timbalan Presiden Merupakan Saat Paling Hina Perjuangan PAS



Benar kata Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairudin. Perjuangan PAS semenjak di tubuhkan menjadi hina setelah Mat Sabu di angkat menjadi Timbalan Presiden PAS .

PAS sanggup mengadaikan dasar parti iaitu melantik Presiden dan Timbalan Presiden parti dari kalanga Ulama setelah Mat Sabu di angkat menjadi Timbalan Presiden setelah mengalahkan Ustaz Nasha dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden.

Rabu, 20 Mac 2013

Hot !!! Sah Mat Sabu Akan Bertanding Di Pendang



Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya di manakah tempat Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang berfahaman syiah akan bertanding untuk PRU 13 ini.

Ini info paling terbaru yang TMK terima dari skuad risikan TMK. Kami TMK risik sendirilah dah takdak sapa nak bantu. Mat Sabu kini dah bersedia untuk bertapak di Pendang. Hinggakan baru-baru ini Mat Sabu telah menyewa sebuah rumah di Pendang. Malah dah pun melakukan kenduri kecil untuk masuk rumah baru.

Baru-baru ini, Mat Sabu telah pergi ke pasar malam Pekan Kubur Panjang, Pendang dan telah bersalaman dengan peniaga-peniaga di situ untuk memberi tahu bahawa dia telah menyewa rumah di kawasan Pendang.

Apa maknanya tu? Bukankah itu mengambarkan Mat Sabu ni mahu menetap di Pendang. Kenapa Pendang? Takdak tempat lain ka, kalau nak pindah? Dah tentulah dia dah bersedia untuk menjadi calon Pas untuk parlimen Pendang.

Mat Sabu pilih Pendang, kerana Pendang mempunyai ramai pengikut Syiah. Disebabkan itu, Mat Sabu mahu pengikut syiah tersebut mengundinya menjadi ahli parlimen. Andaikata Mat Sabu jadi ahli parlimen, sudah tentu parlimen Pendang akan dinaik taraf menjadi parlimen syiah yang rasmi.

Lepas tu, pengikut syiah yang berada di Malaysia tak perlu ke Satun Thailand lagi untuk berjumpa dengan pengikut syiah ni, sebab Pendang dah ada di Malaysia untuk menjadi tempat penyebaran syiah terbaru kelak.

Kalau nak Pendang jadi macam tu, silalah undi Mat Sabu ya!

Lagi satu, jika Mat Sabu jadi calon ahli parlimen Pendang, bagaimana dengan calon Pas anak tempatan Pendang? Terimakah? Takkan nak tengok saja? Dulu berkobar-kobar menentang, kali ni? Diam pulak apahal? Mulut dah kena sumbat duit kaa? he he.- Kedah Ke KL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...