Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Balak Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balak Kedah. Papar semua catatan

Rabu, 5 Februari 2014

"Balak Di Kedah" @MukhrizMahathir Terpaksa Tanggung Kerakusan PAS #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Ramai yang tidak mengetahui bahawa pembalakan yang dilakukan sekarang merupakan kelulusan tender di masa zaman pentadbiran Kerajaan sebelum ini (PAS) dan ianya turut diakui oleh Pengarah Jabatan Hutan Kedah, Ku Azmi Ku Aman ketika mengadakan sidang media kelmarin di Wisma Darulaman.

Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.

Semasa Pisau Kedah bersama rakan TMK yang lain bersembang dengan Pengarah Jabatan Hutan Kedah.Ku Azmi Ku Aman, beliau menceritakan bahawa banyak lagi kawasan akan dilakukan pembalakan setelah lesen diluluskan zaman pentadbiran PAS dengan secara rakusnya.

Selain itu Pengarah Jabatan Hutan Kedah turut menceritakan yang pembalakan secara cuci mangkuk (Tebang Habis) di Gunung Inas berkeluasan 5000 Hektar akan diteruskan kembali setelah diarahkan berhenti kerana tidak mempunyai EIA sebelum ini.

Pada zaman pentadbiran PAS sebanyak 2000 Hektar kawasan pembalakan telah digondolkan di Gunung Inas daripada 5000 Hektar yang telah di lesenkan . Baki selebihnya 3000 Hektar di arahkan berhenti oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurut Pengarah Jabatan Hutan Kedah terbabit. Kini pemohonan EIA kerajaan sebelum ini (PAS) melakukan pembalakan telah diluluskan di kawasan Gunung Inas dan pembalakan berbaki 3000 Hektar tersebut akan tetap dijalankan semula kerana lesen telah diluluskan.

Tentu akan ada pihak akan mempersoalkan kenapa kerajaan pentadbiran sekarang tidak menghentikan pembalakan yang telah diberi lesen oleh kerajaan sebelum ini..

Ya..!!! memang kerajaan negeri mempunyai kuasa mengarahkan pembalakan dihentikan tetapi kerajaan negeri akan berhadapan dengan tindakan saman. Harus di ingat setiap hektar pembalakan yang diberikan lesen telah dibayar hasil primium tanahnya oleh syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen.

Cuma sekarang ini kerajaan negeri hanya boleh bertegas dengan syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen terbabit agar mematuhi syarat-syarat yang dikenakan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

Isnin, 4 Mac 2013

Hot !!! Video Kisah Sedih Seorang Makcik Yang Di Tipu PAS Kedah #TukarKedah



Sebelum ini Pisau Kedah menceritakan permasalahan air yang di hadapi penduduk Kampung Bukit Hijau, Kupang, Baling akibat pembalakan tidak terkawal yang di lakukan pentadbiran kerajaan negeri Kedah ( Klik Di Sini )

Apa yang Pisau Kedah ingin kongsikan ini pulak adalah kisah seorang Wanita warga emas di kampung berkenaan yang terpaksa menjual lembunya hanya semata-mata mahu membuat bayaran ukur tanah kepada Pejabat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Adun Kupang, Johari Abdullah untuk mendapatkan geran sepertimana yang di janjikan.




Sehingga kini walau sudah bertahun lamanya janji tersebut di lakukan, penduduk kampung yang membuat pembayaran ukur tanah untuk mendapatkan Geran Tanah, masih lagi gagal di berikan seperti yang di janjikan




Agak malang bagi nasib makcik dalam video berkenaan yang di tipu oleh PAS Kedah terutamanya Wakil Rakyat Kupang, Johari Abdullah yang menjadikan pejabatnya sebagai tempat pengumpulan duit-duit orang kampung yang mengharapkan geran seperti yang di janjikan.

Johari Abdullah sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawap dengan isu ini. Sekiranya Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS gagal memberi geran seperti yang di janjikan sebelum PRU13, Johari Abdullah sepatutnya memulangkan kembali duit-duit penduduk kampung yang telah di pungut melalui pejabatnya.

Sekiranya selepas PRU13 ini BN mengambil alih tampok pentadbiran Kedah, pastinya selepas itu Johari Abdullah akan menggunakan alasan " BN sudah mentadbir kerajaan, PAS sudah tiada lagi kuasa " bagi mengelak membuat pembayaran kembali duit kepada penduduk kampung yang telah di tipu.


Eksklusif !!! Penduduk Kampung Baling Berhimpun Mengecam Kezaliman Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah #TukarKedah







Baling 03/03 - Akibat tidak tahan dengan masalah air yang di alami lebih dari 100 buah rumah, lebih kurang 100 lebih penduduk Kampung Bukit Hijau telah mengadakan himpunan bagi menyuarakan bantahan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang di lihat mengambil sikap lepas tangan dengan permasalahan yang sedang di hadapi penduduk kampung akibat pembalakan yang tidak terkawal.

Menurut penduduk kampung terbabit yang di kenali dengan gelaran Pak Su, Pihak Kerajaan Negeri pernah berjanji sebelum melakukan pembalakan akan mengambil balak di bahagian bawah dari kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau. Namun apa yang terjadi selepas pembalakan adalah sebaliknya .

Janji hanya tinggal janji apabila pembalakan tetap berlaku di bahagian atas yang menjadi tempat takungan air Masyarakat yang di gunakan seharian penduduk kampung tersebut.

Apabila di tanya soalan " Apakah wakil Kerajaan Negeri kedah atau YB di kawasan tersebut yang mewakili PAS Kedah pernah tampil menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung berkenaan ??

" Wakil dari Kerajaan Negeri tidak pernah tampil menyelesaikan permasalahan ini. Malahan Wakil Rakyat kawasan tersebut yang mewakili PAS tidak pernah mengambil tahu permasalahan air yang sedang di hadapi penduduk kampung " katanya.

Melalui tinjauan yang di buat pihak Team Media Kedah. Kawasan tersebut telah di penuhi dengan kayu-kayu balak lama di kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau setelah gagal di bawa keluar dan di percayai kayu balak terbabit gagal di lesenkan Jabatan Hutan.

Selain dari permasalahan air, beberapa penduduk kampung juga tampil di perhimpun terbabit adalah di sebabkan kegagalan pihak pentadbir Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kawasan kaki Gunung Inas seperti yang di janjikan. 

 



Rabu, 27 Februari 2013

Hot !!! PAS Kedah Malu Dengan Kontroversi Tebang Balak di Wang Perah!! #TukarKedah



Belum pun reda isu pembalakan berhampiran Tasik Pedu di Padang Terap dan Gunung Inas di Baling, kini satu lagi kawasan seluas 925 hektar di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu ditebang licin, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom.

Beliau mendakwa operasi penebangan balak membabitkan seluas 145 hektar dalam kompartmen tujuh di Wang Perah dikesan bermula awal tahun ini manakala penebangan seluas 780 hektar lagi dalam kompartmen lapan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Mohd Johari mendakwa tanah 145 hektar itu dipecah kepada 63 lot dan diberi kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan Kedah manakala 780 hektar lagi hutan dalam kompartmen lapan telah diluluskan kepada pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS).

"Saya tidak pertikai kerajaan negeri hendak beri tanah itu kepada siapapun asalkan ia di kawasan sesuai, tidak menjejaskan ekosistem dan mencemarkan alam sekitar tetapi pemberian tanah ini nampak macam ada mainan politik.

"Pemberian tanah adalah hak kerajaan negeri namun kepentingan penduduk berhampiran mesti diambil kira walaupun ia bukan kawasan tadahan air," kata Mohd Johari kepada pemberita semasa meninjau kawasan pembalakan di Wang Perah, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan kerajaan Pas Kedah tidak bertanggungjawab dalam meluluskan kawasan pembalakan.

Beliau berkata garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pembalakan membabitkan kawasan melebihi 50 hektar perlu mendapat kelulusan kesan terhadap alam sekitar (EIA).

"Saya difahamkan kawasan yang telah ditebang licin ini tidak langsung ada laporan EIA. Kalau dirujuk pun kepada kementerian pasti laporan yang dikemukakan tidak betul.

"Bila musim hujan pasti akan berlaku hakisan tanah yang teruk dan tanah yang dihakis memasuki Sungai Kecil dan Sungai Temin. Keadaan ini akan menyebabkan sumber air kedua-dua sungai itu terjejas.

"Akibatnya loji air Bukit Temin dan Jeragan serta bekalan air yang diperoleh dari kedua-dua sungai itu untuk pertanian kepada lebih 10 kampung juga terjejas," katanya.

Mohd Johari berkata beliau akan membuat surat bantahan rasmi kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar lebih efisien dalam mengambil tindakan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Wang Perah, Abu Bakar Saleh, 43, berkata penduduk kampung sangat sedih kerana kerajaan negeri membelakangkan kepentingan mereka.

"Kerajaan negeri sewajarnya menilai kerosakan akibat penerokaan kawasan ini.

Kebun dan dusun kami di sini tentu akan terjejas dalam masa beberapa tahun sahaja," katanya dan memberitahu akan mendesak menteri besar mengarahkan aktiviti pembalakan di Wang Perah dihentikan segera.

Che Tom Musa, 62, pula meminta kerajaan Pas Kedah tidak terlalu rakus meneroka kawasan balak.

"Kami penduduk asal di sini tidak langsung dipandang. Sepatutnya kalau nak bagi tanah bagilah kepada kami dan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sini," katanya. 

Ini antara isu pembalakkan di Bukit Perangin Kubang Pasu yang didedahkan oleh Datuk Johari beberapa hari lepas.. Memang benar hutan hutan di sini sedang ditarah tapi Azizan sampai ke sudah duk putar belit cerita pembalakkan ni dari zaman BN lagi..Kalau benar pembalakkan disini dari zaman BN..Kenapa tanah tanah di sini masih merah?? 5 tahun takkan tak tumbuh seinci rumpun??

Walhal kalau dilihat, aktiviti penebangan hutan disini hanya baru dilakukan..Cuba dengar apa yang dijawab oleh Azizan tentang isu pembalakkan ni pada minit ke 5:46 ..Di sini Azizan sendiri mengaku permohonan ini dari zaman BN tetapi diluluskan selepas 2 tahun Pas mentadbir negeri Kedah..Apa maksudnya ?? Kalau Azizan sedar pembalakkan ini boleh memberi kesan kepada alam sekitar kenapa tak batalkan saja semua permohonan?? Kenapa perlu luluskan juga. -Medan Tempur

Isnin, 18 Februari 2013

Hot !!! Isu Pembalakan Dan Janji Geran Tanah Gunung Inas Buat PAS Kedah Merana Hendak Jawab #TukarKedah




Isu pembalakan untuk membuat Ladang Rakyat Baling serta kes tuntutan geran di kaki gunug Inas Baling jadi semakin celaru apabila hari ke sehari terdedahnya penipuan yang di lakukan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS.

Terbaru, ketua Team Media Kedah ( Kedah Ke KL ) telah mendapat satu email mengenai kedudukan sebenar berkenaan tanah Ladang Rakyat di Gunug Inas yang sebelum ini menjadi tanda tanya keadaan status sebenar tanah berkenaan. Di katakan status tanah itu menjadi masalah besar untuk di buat geran seperti yang di janjikan.


Patutlah sehingga sekarang PAS Baling lagi masih tidak mampu menunaikan janji mereka untuk memeberi geran tanah kepada penduduk kampung. Rupanya ada permasalahan besar yang sedang di hadapi PAS Baling.


Pisau Kedah sudah agak. Kawasan yang di lakukan pembalakan untuk di bangunkan Ladang Rakyat oleh Kerajaan Negeri serta kawasan tanah usaha orang kampung yang berhampiran dengan kawasan yang hendak di bangunkan sebagai Ladang Rakyat masih lagi dalam keadaan status Hutan Simpan Kekal dan bukannya status Ladang Hutan seperti mana yang di dakwa Kerajaan Negeri.


Tak mungkin Hutan Simpan Kekal boleh di tukar kepada Ladang Hutan bagi membolehkan pengambilan balak secara menyeluruh tanpa adanya pemohonan Kajian Kesan Alam Sekitar atau EIA dari Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu.


Ini bermakna Kerajaan Negeri membuat pembalakan secara menipu !!!


Selain daripada itu sekiranya kawasan Gunung Inas masih berstatus Hutan Simpan Kekal. Ini bermakna kawasan yang di jadikan Tanah Usaha orang kampung dalam kawasan Gunung Inas masih lagi dalam berstatus Hutan Simpan Kekal sepertimana kawasan yang di bangunkan Ladang Rakyat. Geran Tanah yang di janjikan PAS hanyalah satu janji kosong sahaja kerana tanah yang berada di kawasan Hutan Simpan Kekal tidak boleh di buat Geran Tanah.





Orang kampung yang usaha tanah tersebut hanya layak mendapatkan Pas Memindah Daripada Tanah Pemilik ( TOL ) sekiranya tanah yang di usahakan masih lagi berstatus Hutan Simpan Kekal.



Ini bermakna  PAS Baling, iaitu pejabat Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR ) DUN Kupang, YB Johari Abdullah yang selamai ini mengutip duit orang kampung untuk di sukat tanah yang di janjikan geran hanyalah sia-sia sahaja kerana tanah berkenaan tidak boleh di buat geran.

Dari maklumat yang pihak Team Media Kedah perolehi. Sebanyak 8000 ekar tanah yang di usahakan orang kampung semuanya di anggarkan menelan belanja RM300 Ribu untuk kos ukur tanah yang di jalankan Syarikat Jurukur yang di lantik PKWR DUN Kupang dan sebanyak RM150 Ribu telah Pejabat PKWR DUN Kupang membayar kepada syarikat terbabit. Lagi RM150 Ribu, Pejabat PWKR DUN Kupang masih berhutang kepada syarikat terbabit.

Di harapkan Pejabat PKWR DUN Kupang dapat memberi penjelasan berkenaan duit yang telah di kutip dari orang kampung bagi proses pengukuran untuk membuat geran tanah seperti yang di janjikan. Manakala pihak Kerajaan Negeri perlu berterus terang tentang status tanah yang di buat pembalakan secara menyeluruh di Gunung Inas. Adakah masih berstatus Hutan Simpan Kekal atau sudah di tukar kepada Ladang Hutan. 

Sekiranya Kerajaan Negeri mengatakan Gunung Inas sudah di tukar kepada Ladang Hutan dari Hutan Simpan Kekal. Sila buktikan telah mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam sekitar untuk mengubah status Hutan.

Panas !!! Setpol Azizan Razak Mengesahkan Pembalakan Di Kawasan Tasik Pedu Adalah Haram #TukarKedah


Sanusi Md Noor, Setiausaha Politik Azizan Razak yang banyak merosakan
imej Azizan Razak


Pisau Kedah nak tergelak la dengan penjelasan yang di beri Setiausaha Politik Azizan Razak, Sanusi Md Noor di dalam blognya berkenaan kerakusan pembalakan yang telah berlaku di kawasan berhampiran Tasik Pedu setelah rakyat Kedah kini bangkit mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang ditadbir rejim PAS dengan rakusnya mengodolkan Hutan Simpan Kekal dengan sesuka hati.


Apa yang di sampaikan Sanusi ini hanya menjerat dirinya sendiri di dalam mahu memutar belit penipuan yang telah di lakukan Kerajaan Negeri pentadbiran rejim PAS.

Sudah jelas dalam cabutan keputusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman ( MMK ) yang bertarikh 05 September 2012 ( rujukan: Kertas No . 6 ( F ) 283/2012 dalam ( PSUK ( K ) 14-1423 JLD 3 ). MMK telah bersetuju meluluskan projek pembangunan Agroforestry kepada PKNK tanpa adanya laporan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji projek berkenaan sebelum di luluskan.

Kalau semua nak tahu projek Agroforestry ini adalah projek dusun buah-buahan yang di jadikan alasan untuk menghalalkan penipuan pembalakan haram Kerajaan Negeri.

Kalau nak di ikutkan kawasan yang hendak di bangunkan projek Agroforestry oleh rejim PAS Kedah itu merupakan kawasan Hutan Simpan Kekal Bernilai Tinggi sebelum ini. Untuk membuat pembalakan secara tebang habis atau dalam bahasa Kedah pembalakan cuci mangkuk, rejim PAS perlu menukar status kawasan tersebut kepada kawasan Ladang Hutan dari status Hutan Simpan Kekal.

Untuk menukar status kawasan tersebut dari status Hutan Simpan Kekal, pihak Kerajaan Negeri perlu terlebih dahulu menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau dalam bahasa English Environmental Impact Assessment  kepada Jabatan Hutan sebelum membuat pembalakan secara tebang habis.

Yang menjadi peliknya kenapa perlu PKNK menyediakan laporan EIA sedangkan PKNK hanya di beri projek pembangunan Agroforestry sahaja. Manakala pembalakan di beri kepada pihak lain secara tebang habis tanpa adanya laporan EIA kepada Jabatan Hutan oleh Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini Pisau Kedah tak tau la sama ada Jabatan Hutan Kedah telah di beli oleh rejim PAS ataupun di tipu hidup-hidup oleh rejim PAS yang mentadbir Kerajaan Negeri Kedah sehingga sanggup membenarkan pembalakan tebang habis sebelum adanya laporan EIA untuk petukaran status Hutan Simpan Kekal.


Elok la setelah balak dah habis di gondolkan di kawasan yang berhampiran dengan Tasik Pedu, baru la Jabatan Hutan minta pembalakan haram di hentikan sehingga laporan EIA di kemukakan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...