Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Kelantan. Papar semua catatan

Ahad, 28 April 2013

Hot !!! Perkhabaran Gembira @Mustapa_Mohamed (Tok Pa) Yang Patut PAS Ambil Tahu. #TolakPR



Satu tamparan hebat buat PAS di Kelantan apabila Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed mengakui gerak kerja kempen yang di lakukan Barisan Nasional (BN) Kelantan telah berjaya MEMUTIHKAN beberapa kawasan yang sebelum ini menjadi kawasan KELABU untuk kemenangan BN.

Sehingga setakat ini, Datuk Mustafa melahirkan rasa keyakinan bahawa BN mampu memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi dari 45 kerusi DUN di Kelantan bagi memperolehi majoriti mudah untuk mengambil alih tampok pentadbiran Kelantan dari PAS yang gagal melaksanakan tanggungjawab setelah di beri mandat selama lebih dari 22 tahun mentadbir Kelantan.
KOTA BAHRU: Gerak kerja kempen Barisan Nasional (BN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berjaya 'memutihkan' beberapa kawasan 'kelabu' untuk menyokong parti gabungan itu.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata keadaan itu diukur berdasarkan sokongan para pengundi di kawasan berkenaan yang menerima baik jentera BN semasa berkempen. 
"Ini memberikan petanda baik kepada BN Kelantan dan mencerahkan harapan kita untuk mendapat sekurang-kurangnya 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika sokongan ini berterusan, kita boleh jangkakan lebih banyak kerusi yang akan diperoleh.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua jentera BN yang bertungkus lumus tanpa jemu berkempen di kawasan kelabu ini yang suatu ketika dahulu tidak memberikan sokongan kepada BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa berkata, ada antara pengundi di kawasan berkenaan telah menyatakan keazaman mereka untuk memilih BN pada PRU ini setelah menyedari sokongan terhadap PAS tidak membawa erti.

Beliau berkata, BN juga mendapat sokongan daripada para peniaga di beberapa pasar utama di Kelantan yang mahukan perubahan terhadap kehidupan mereka.

"Contohnya, semalam di pasar Machang ketika tinjauan saya, para peniaga itu menzahirkan harapan mahukan BN menang kerana mahukan pembaharuan yang sebelum ini gagal dilakukan kerajaan PAS," katanya. 
Sementara itu, Mustapa menasihatkan jentera gerak gempur BN supaya berkempen secara sihat tanpa melakukan sebarang provokasi seperti dilakukan pembangkang ketika ini.

Katanya, jentera BN perlu melakukan gerak kerja secara berhemah kerana ia lebih disukai pengundi yang mahu melihat keadaan aman berlaku pada sepanjang kempen.

"Jalankan kempen dengan baik. Bertemulah pengundi atas pagar dan berkempen secara ikhlas. Jangan cetus sebarang provokasi kerana kita mahukan beberapa hari terakhir ini, daya pecutan kempen berjalan dengan begitu sempurna," katanya. - BERNAMA

Sudah terbukti.. semakin lama semakin ramai rakyat yang dahulunya menyokong Pakatan Haram, kini telah menolak Pakatan Haram di seluruh Malaysia kerana kelemahan yang dapat di lihat setelah 3 parti pembangkang bergabung dalam satu Pakatan yang mempunyai perbezaan hala tuju.

Rabu, 17 April 2013

Hot !!! PAS Kelantan Wajibkan Peserta Ladang Rakyat Beri Duit Kebajikan Kepada Dana PRU 13 PAS


Ish.... Sapa yang berkebajikan kepada siapa ni ?? Rakyat yang nak mengundi ka atau pemimpin yang nak di undi memberi kebajikan ni ?

Ada ka patut PAS Kelantan paksa peserta-peserta Ladang Rakyat menyumbang RM100 untuk dana PRU13 bagi MTD Demit semasa hari PENDAFTARAN pembahagian Cek Dividen .

Memang teruk gila PAS Kelantan ni dok pow duit rakyat.. baru buat Pendaftaran pembahagian Cek Dividen.. Dah nak kena bayar RM100.. Dengan wajib pulak tu... Lepas tu di jadikan penilaian pulak kepada setiap orang Peserta di masa akan datang.. Memang kejam gila pemimpin-pemimpin PAS ni.

Tu baru pendaftaran nak kena bagi duit dah.. Kalau masa terima Cek Dividen tu mesti kena pow lagi.. Silap, tak silap masa dapat duit dividen pun kena pow juga. (itu pun kalau cek laku)

Elok la... Pemimpin PAS semakin dok pakai kereta hebat-hebat, penyokong-penyokong pulak yang dok pakai kereta cabok nak kena bagi duit kepada parti.. Memang terbaik la penyokong-penyokong PAS kena perbodoh dengan pemimpin parti..


Sabtu, 13 April 2013

Video Lawak !!! Harimau Dan Beruang Mempersoalkan Lebuhraya Rakyat PAS Kelantan



Keluar air mata Pisau Kedah punya dok gelak bila dengaq Ustaz Hassan Basri menceritakan tentang Lebuhraya Kelantan yang hendak di bina PAS.. Memang dasyat la kalau lebuhraya yang di bina ada siap laluan khas untuk binatang buas.. BN pun tak mampu nak janjikan lebuhraya macam tu.




Namun sehingga sekarang PAS Kelantan masih gagal melaksanakan projek Lebuhraya Kula Krai ke Kota Bharu yang di janjikan walaupun sudah lama telah melakukan majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya itu.

Dalam projek lebuhraya tersebut, Hussam Musa pernah mengatakan akan membuat laluan khas kepada binatang-binatng buas.. Sekarang ni bukan setakat laluan khas kepada binatang tak ada, laluan untuk manusia pun tak nampak bayang lagi walaupun dah banyak duit yang telah di dermakan setelah PAS melancarkan tabung derma untuk membuat projek tersebut.

Ke mana perginya duit yang telah di derma orang ramai ? berapa jumlah ? Adakah pernah di audit ? Apa akan terjadi kepada duit berkenaan sekiranya PAS Kelantan tidak mampu membina lebuhraya tersebut ?

Video Hot !!! Kekejaman Rejim PAS Yang Perlu Anda Ketahui #TolakPR




Sehingga kini Pisau Kedah tertanya-tanya apakah alasan Yang Di Pertua Majlis Daerah Tumpat bertindak menyita bangunan Sekolah Pondok Agama Annajmiyah di Pengkalan Kubor sedangkan karaoke di biarkan beroperasi.. 

Cara pentadbiran Islam ka kalau tempat hiburan di biarkan dan tempat menimba ilmu agama di sita setelah mengkritik parti yang menjadi pentadbir Kerajaan Negeri.

Nampak gayanya PAS lebih pentingkan parti dari mementingkan Islam.. PAS tidak layak mengatakan mereka memperjuangkan Islam dengan menzalimi anak-anak Islam yang mahu mempelajari ilmu agama dengan selesa.

Siapa yang menolak Islam sebenarnya ?? PAS atau BN ??

Khamis, 11 April 2013

Zalim !!! PAS Kelantan Guna Kuasa Sebagai Pentadbir Negeri Untuk Menindas Sekolah Pondok Di Kelantan



Akibat KELANTANGAN Abdullah Sa'amah MENGKRITIK PAS, Bangunan Lima Tingkat Di Pondok Geting DI SITA Majlis Daerah Tumpat

Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.

Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.

Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.

Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.


"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.

"Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar.

Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.

Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu.

"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu.

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan.

"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

Rabu, 10 April 2013

PAS Tolong Jawab Sat !!! Apa Dah Jadi Dengan Duit Derma Lebuhraya Kelantan ??






Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut.


Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan olehRBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula.

Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri.

Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.


Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion.
Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita.

YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat.
Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS.

Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional.

Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.

Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.

Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.



Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.

Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.

Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.




Demi Keuntungan Politik Pakatan Haram, Nik Aziz Sanggup Menyesatkan Penyokong PAS #TolakPR



Astaghfirullah... Pisau Kedah tak sangka juga dengan kenyataan Nik Aziz yang di buat baru-baru ni yang ternyata hanya di buat berlandaskan keuntungan politik.

Pisau Kedah berharap semoga Allah S.W.T membuka hati Nik Aziz supaya tersedar dengan apa yang di perkatakannya.

Kata-kata Nik Aziz seperti di bawah inilah yang telah membuat ulama-ulama semakin menjauhkan diri dari PAS..
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.

Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.

Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.

“Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.

“Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.

Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.

“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.

Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.

“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya.



Hot !!! PAS Kelantan Dah Bina Siap-Siap Tugu Peringatan Nik Aziz ?? #TukarKelantan




Tengok gambar batu tanda di atas ni, Pisau Kedah ingatkan batu nisan Pak Nik Aziz yang saja-saja di pacak di situ bagi menandakan tempat yang akan menjadi kawasan perkuburan Nik Aziz kelak.

Ternyata jangkaan Pisau Kedah meleset sama sekali apabila menyangkakan batu berkenaan merupakan batu nisan Nik Aziz. Sebenarnya batu berkenaan merupakan batu asas bagi projek mega pembinaan jambatan yang menghubungkan Palebang dan Kota Bharu yang gagal di sempurnakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Bagi menceritakan hal sebenarnya berkenaan jambatan tersebut  marilah kita mentela'ah pendedahan dari blogger Kelantan yang memperjuangkan nasib rakyat Kelantan setelah di Zalimi Kerajaan Negeri pentadbiran PAS yang tidak pernah memperjuangkan nasib rakyat.


Anda kenal dengan batu di atas ini? Batu ini ialah batu asas Projek Mega Kerajaan PAS Kelantan yang ingin membina sebuah jambatan yang menghubungkan Palekbang dan Kota Bharu. 

Nampaknya janji-janji PAS sememangnya tidak boleh digunapakai kerana mereka hanya pandai menabur janji kosong dan bermanis mulut dengan rakyat. Tetapi hakikatnya, mereka tidak berusaha untuk menunaikan janji mereka. Sekadar mengeluarkan perbelanjaan untuk membina batu asas ini sahaja dan bukannya jambatan. 


Kawasan batu asas tersebut telah menjadi kawasan larangan kerana kerja keselamatan sedang dijalankan? Kerja apa yang sedang dijalankan? Walaupun ada tanda amaran, kami sempat menyelinap masuk ke tapak batu asas tersebut. 




Nampaknya kegiatan menggali bahan arkeologi sedang digiatkan di kawasan batu asas tersebut. Adakah mereka ingin mencari minyak dan dinasour di sini? 

Selanjutnya di Tukar-Kelate

Ahad, 7 April 2013

Gila !!! PAS Membunuh Ketu Muslimah Demi Menyelamatkan Maruah Nik Aziz




Sudah jelas PAS merupakan sebuah parti yang bacul , sebuah parti yang mengamalakan kronisme dan nepotisme !!!

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz demi menyelamatkan keturunannya dalam PAS telah bertindak menamakan anaknya Nik Abduh sebagai calon PAS di kawasan Rantau Panjang setelah mengetepikan penyandang kerusi sebelum ini, Siti Zailah Yussof yang merupakan Ketua Muslimah PAS.

Ternyata tindakkan Nik Aziz meletakkan anaknya di Rantau Panjang menggantikan Siti Zailah adalah untuk menyelamatkan Nik Abduh dari menerima kekalahan di PRU13 kerana Rantau Panjang merupakan salah satu kubu kuat PAS Kelantan.

Manakala penyandang kerusi Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah pulak di arahkan Nik Aziz supaya membunuh diri dengan berhadapan Datuk Mustapha ( To'Pa ) di Parlimen Jeli.

Memang bacul la apabila PAS mengarahkan seorang wanita berperang di kubu kuat BN yang tak pernah kalah di Kelantan manakala lelaki pulak di letak di kawasan yang selamat.

Kalau betul-betul PAS anak jantan dan tidak takut dengan perjuangan dalam politik, sudah pasti PAS meletakkan Nik Abduh di kerusi Jeli untuk berhadapan dengan To'Pa dan bukannya meletakkan Siti Zaliah yang pastinya kalah awal-awal lagi.

Pisau Kedah dengar cerita kata Siti Zailah pun tidak bersetuju dengan tindakkan Nik Aziz yang mahu menyelamatkan anaknya, Nik Abduh dengan meletak di kawasan yang selamat dan dia pulak diletak dikawasan yang tidak mungkin mampu dimenanginya . 

Nampak jelas, PAS hanya mempergunakan kaum wanita sebagai alat mengaburi mata rakyat untuk menunjukkan mereka memperjuangkan hak wanita sepertimana BN memperjuangkan hak wanita dalam parti.

Isnin, 1 April 2013

Hot !!! Selama 23 Tahun Rakyat Kelantan Di Kencing Hancing Oleh PAS #TukarKelantan



Apalah nak jadi dengan nasib rakyat Kelantan yang menyokong PAS Kelantan setelah di kencing hancing oleh PAS yang kononnya PAS Kelantan hendak jadikan Kelantan sebagai negeri Serambi Mekah yang di tadbir secara Islam.

Islamkah cara pentadbiran PAS sekiranya di Kelantan sejak 23 tahun dalam pentadbiran PAS permasalahan  gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian kian bertambah secara mendadak hari demi hari di seluruh Negeri Kelantan.

Inline image 2

PAS tak payah la nak mendabik dada mengaku kononnya cara pentadbiran Islam yang di lakukan mereka di Kelantan adalah satu kejayaan mereka kerana Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kelantan kini terpaksa patut pada kehendak DAP .

Tidak hairan la di sebabkan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa turut kehendak DAP. Negeri Kelantan merupakan di antara negeri-negeri yang mempunyai masalah gejala sosial yang agak tinggi.

Selain mempunyai permasalahan gejala sosial yang agak tinggi, PAS Kelantan juga gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir Negeri yang di amanahkan rakyat setelah gagal berusaha menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan terutamanya golongan-golongan anak muda yang terpaksa berhijrah keluar dari Kelantan untuk mencari pekerjaan.

Selain dari gagal melaksanakan tanggungjawab sebagi pentadbir Kerajaan Negeri, PAS Kelantan juga merupakan sebuah parti yang mempunyai ciri-ciri munafik kerana gagal menunaikan janji-janji yang di taburi kepada rakyat sejak 23 tahun menjadi pentadbir Negeri.

Sebagai contoh PAS Kelantan bercirikan parti yang munafik adalah janji yang di taburi gagal di tunaikan setelah 17 tahun di janjikan.

Inline image 3Rakyat Kelantan harus ingat, pada 17 tahun yang lalu Kerajaan Negeri Kelantan pentadbiran PAS pernah berjanji kepada peminat-peminat bola sepak Kelantan akan membina Stadium bola sepak baru untuk mengantikan Stadium yang lama.

Namun setelah 17 tahun berlalu , kenapa baru sekarang dekat-dekat PRU 13 ini Kerajaan Negeri pentadbiran PAS yang menyedari kurang mendapat sambutan rakyat Kelantan, kelam kabut nak laksanakan janji yang di buat 17 tahun lalu dengan hanya melakukan majlis pecah tanah sahaja ??


Adakah tujuan melakukan majlis pecah tanah stadium baru di gunakan hanya untuk mengaburi mata rakyat di saat-saat PRU 13 semakin tiba bila-bila masa sahaja untuk memancing undi ?

Kepada rakyat Kelantan, anda patut lihat, dengar dan hayati video lagu di bawah ini sebelum anda memberi undi kepada PAS Kelantan.


Selasa, 26 Mac 2013

Hot !!! Bukti PAS Kelantan Semakin Nazak



Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

Selasa, 19 Mac 2013

Di Sebab Kecut Perut Dengan Kebangkitan BN, PAS Kelantan Guna PBT Untuk Berkempen Politik



PAS Kelantan sekarang dalam keadaan terdesak apabila menggunakan kuasa mereka dalam Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) untuk memaksa peniaga-peniaga memasang CD ceramah PAS di saat PRU 13 semakin hampir. 



Bagi Pisau Kedah arahan memasangkan CD ceramah Agama itu memang bagus la sebelum setengah jam bermulanya Solat Zohor, Asar, Magrib dan Isyak.. Pisau Kedah pun sokong tindakan yang di ambil PBT. Tetapi tidak perlu la menggunakan kesempatan mengarahkan pemasangan CD ceramah PAS.

Agak keterlaluan apabila menggunakan Syurga sebagai jaminan kepada sesiapa yang memasang CD ceramah PAS sebab Syurga dan Neraka itu ketentuan Allah S.W.T yang maha berkuasa.

Kepada yang mempercayai bahawa Undi PAS Masuk Syurga.. jom kita dengar apa yang di perkatakan orang PAS sendiri yang tidak mempercayai doktrin tersebut dan mengatakan Nik Aziz dan Hadi Awang belum tentu masuk syurga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...