Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Yusof Qardhawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yusof Qardhawi. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Hot !!! Pujian Yusuf Al-Qaradawi Buat @AnwarIbrahim Sakit Hati Terhadap @NajibRazak



Sebelum ini Anwar Ibrahim sering mendakwa Ilmuan Islam terkemuka dunia, Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi memujinya dan mahu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia sehinggakan bijak pandai dalam PAS pun turut ditipu oleh Anwar Ibrahim. 



Yang menjadi ajaibnya setelah PRU 13 berlalu.. Anwar Ibrahim tidak lagi menggunakan nama Ilmuan Islam tersebut untuk berkempen.. Malahan dalam PRK Kajang yang berlangsung bulan depan tidak mungkin Anwar Ibrahim akan menggunakan nama Yusuf al-Qaradawi dalam kempennya untuk meraih undi dari Umat Islam di situ kerana Ilmuan Islam terkemuka itu dengan terangnya memuji pentadbiran DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang banyak menyumbang kepada Islam di seluruh dunia


PUTRAJAYA - Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia. 
Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand. 
Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini hari ini. 
Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib. 
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara. 
Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia.
Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah "Tokoh Maal Hijrah 2009". 
Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan. 
Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu. 
Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam. 
"Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai. 
"Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam  keseluruhannya," kata beliau. 
Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak. - Bernama

Selasa, 16 April 2013

Panas !!! PAS Kecewa Apabila Anwar Dakwa Yusof Qardhawi Hanya Merestui PKR Dan Bukannya PAS



AIDCNews – 15/04/13 – Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamarudin mengesahkan kewujudan surat sokongan daripada ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal digunakan sebagai strategi untuk memancing sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

“Memang surat Qardhawi kita dapat awal, itu tidak menjadi masalah kita akan menggunakan surat itu untuk disebarkan agar memberikan keyakinan bahawa Keadilan (PKR) ini adalah parti yang…mendapat sokongan daripada seorang ulama tokoh dunia.

“Jadi itu saya rasa akan dapat melonjakkan lagi sokongan kita terutama dikalangan orang Melayu, orang Islam dalam negara kita,” katanya kepada Antarapos.

Menurut Zuraida surat itu adalah bukti Qardhawi “merestui” perjuangan Anwar untuk memenangi PRU.

“Memang kita sudah sebutkan bahawa Qardawi merestui perjuangan Anwar. Jadi kalau kita nak sebarkan sebagai bahan kempen tidak menjadi masalah,” tegasnya.

Dua minggu lalu, bekas Ahli Parlimen PKR dan Timbalan Presiden PERKASA Datuk Dr Zulkifli Nordin mendakwa PKR akan menyebarkan surat fitnah daripada Qardhawi menjelang PRU 13 untuk memancing undi Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.

“Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi,” kata Abdul Hadi.

Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menolak mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) diangkat menjadi ketua negara.




“Paling-paling rendah penentangan melalui hati yang dilakukan orang Islam adalah paling minima….Tidak dibenarkan kita duduk satu majlis dengan dia.. apatah lagi kalau nak angkat jadi ketua..tak boleh.

“Tidak boleh kita menyatakan sokongan kepada mereka..tidak boleh makan bersama mereka..tidak boleh minum bersama mereka.

“Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qardhawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qardhawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk “Seks Songsang: Perspektif Syari’ah” pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, 22 April 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...