Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pakatan Haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Haram. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

Hot !!! Pakatan Haram Guna Pelobi Rejim Yahudi Untuk Menang PRU13 #TolakPR



Kalau kita semua masih ingat, APCO pernah dijadikan senjata oleh Pakatan bagi menutup hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi. Namun, isu itu reda apabila sibertrooper BN dan media barat sendiri mendedahkan penglibatan dan hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi-Zionis yang jauh lebih serius dan penuh kontroversi.



Sehinggakan pernah satu ketika, dek kerana terlalu terdesak hendak mempertahankan Anwar, Presiden PAS sendiri, pengarang Amanat yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan kafir Zimmi dan inspirasi peristiwa Memali, terpaksa mengeluarkan fatwa yang menghalalkan membuat hubungan dengan Yahudi-Zionis.



Baru-baru ini timbul satu lagi bukti baru penglibatan Anwar Ibrahim dan PKR dengan pelobi Yahudi di US. Satu emel yang TERBOCOR, mendedahkan bahawa satu mesyuarat telah cuba diadakan di antara Orion Strategist dengan PKR bagi membantu parti tersebut memenangi PRU akan datang ini. Untuk rekod, Orion Strategist adalah satu syarikat perunding politik/pelobi milik Yahudi/US.


Leaked E-Mails Suggest PKR Hired Pro-Israeli Lobbyists in Washington
Wednesday, 03 April 2013
Rafizi-Ramli-Cynthia-Gabriel

Parti Keadilan Rakyat has reportedly hired the services of a well known pro-Israeli lobbying and PR firm to promote the party in the United States.
Leaked e-mails, according to web portal FMT, suggest that PKR may have hired Orion Strategies to lobby on their behalf in Washington DC and to arrange meetings in Congress.
Most recently, according to FMT, the firm appears to have been trying to arrange a lobbying visit to Washington for party councilor and Suaram director Cynthia Gabriel. The trip was due to take place in mid-March but was postponed.
Orion Strategies represent numerous right-wing politicians in the U.S. and are also one of the fiercest defenders of the Israeli government. They are infamous for launching smear campaigns against American politicians deemed critical of the Jewish state.
Orion's Vice President, Michael Goldfarb, even launched a smear campaign against President Barack Obama during his re-election campaign last year, accusing the President of hanging out with critics of Israel.
Randy Scheunemann, a former advisor to U.S. Defense Secretary Donald Rumsfeld, heads Orion Strategies.
He earned notoriety for helping to establish the 'Committee for the Liberation of Iraq', which promoted the case for war in the U.S. media just prior to the invasion of Iraq in 2003 – a war that led to the deaths of 120,000 innocent Muslim civilians.
More recently, Scheunemann helped establish the 'Emergency Committee for Israel', a lobbying outfit which has close links to the hard right of Israeli politics and the Likud government of Prime Minister Benjamin Netanyahu.
The leaked documents, reported by FMT, suggest that Orion has been soliciting meetings with U.S. Congressmen and Senators for Gabriel, who was originally due to travel with Ibrahim Suffian of the Merdeka Centre.
Orion Strategies appear to have been briefing American politicians about the prospect of post-election violence and unrest in Malaysia.
Orion Strategies wrote that Gabriel would visit Washington to "discuss political developments in Malaysia prior to the upcoming parliamentary elections. Unresolved issues are threatening the integrity of Malaysia's electoral process and hold open the possibility, if not corrected, of plunging Malaysia into deep, post-electoral civil crisis."
Not surprisingly, PKR strategy director Rafizi Ramli has denied that his party hired any consultants, saying he never heard of Orion Strategies. "We believe that we have enough talent among our volunteers and leadership to spearhead the campaign on our own," he told FMT.
Anwar Ibrahim has previously been quick to condemn the Government for allegedly employ dirty tricks against his party. Now Rafizi is busy denying that Anwar or PKR would hire Washington lobbyists to employing the very same dirty tactics he claims to abhor. -https://www.thechoice.my/top-stories/64447-leaked-e-mails-suggest-pkr-hired-pro-israeli-lobbyists-in-washington

Nampaknya Anwar akan menggunakan segala macam cara yang boleh difikirkannya untuk memastikan dirinya dapat dinobatkan sebagai PM Malaysia selepas PRU ini. Setelah rancangannya untuk mewujudkan kucar-kacir dalam negara bermula di Sabah gagal, Anwar kini kembali kepada pendokongnya selama ini, iaitu pelobi Yahudi di US. Inilah yang dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara, walaupun menggunakan penyembelih umat Islam Palestin untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam, namun ianya tidak menjadi satu kesalahan buat Anwar. Asalkan kuasa mutlak dapat dikecapinya selepas PRU ini.

Namun, seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Walau sehebat mana sekalipun perancangan musuh-musuh Islam, namun ianya tetap tidak akan dapat mengatasi Qada' dan Qadar yang telah Allah SWT tetapkan. Anda semua boleh lihat sendiri, satu persatu perancangan jahat PKR dan Pakatan terdedah dengan sendiri tanpa perlu usaha keras UMNO. Ini semua bagi membuatkan kita semua berfikir dan memudahkan kita membuat pilihan PRU nanti. Pilihlah dengan nikmat akal yang telah Allah SWT berikan, dan janganlah menjadikan tangan-tangan kita sendiri sebagai penghancur masa depan anak-anak kita dan negara!


My Massa

Panas !!! Pendedahan Pemimpin DAP Gelapkan Duit Bantuan Ibu Tunggal #TolakPR #PRU13

Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.



Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi mengsonglap duit ibu tunggal.
Hal ini terjadi semasa seorang Pegawai Khas, Tony Tan di Sabah. Mereka dalam kempen 'membantu'dan mengumpulkan dana untuk Ibu² Tunggal. Teresa Kok hanya meminta sumbangan sebanyak RM5,000. Namun dek kerana kasihan dan bersimpati dengan nasib ibu tunggal, maka adalah seorang penyumbang ini memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 tunai untuk tujuan tersebut.

Dengan harapan segala wang yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik mungkin oleh Teresa Kok.


Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah  perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta.

Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut. 

Apa yang menariknya, saman tersebut dikatakan akan dimulakan pada Ogos 2012 namun sehingga ke hari ini Teresa Kok masih lagi gagal untuk menfailkan saman terhadap Tony Tan dan hanya bersandiwara di hadapan wartawan konon dirinya dianiaya oleh bekas Pegawai Khasnya, Tony Tan.

Lihat video di bawah.


Kesimpulannya,

1. Teresa Kok gagal menyaman Tony Tan !!
2. Mana perginya duit RM10,000 tersebut ?
3. Inilah sikap tamak YB Pemalas 



Tahukah anda :

Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sejumlah RM1.4 billion untuk tujuan bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA). Bantuan ini diberikan setiap bulan untuk membantu kumpulan sasaran seperti :-

i - Warga Emas
ii - Orang Kelainan Upaya (OKU)
iii - Ibu² Tunggal
iv - Balu² Anggota Polis & Tentera Yang Layak

Klik sini dan sini untuk maklumat lanjut mengenai bantuan² dari kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan rakyat.

Sumber

Rabu, 10 April 2013

Video Nik Nazmi Kantoikan Cara Perjuangan Pakatan Haram Membela Rakyat #TolakPR



Saksikanlah video yang menunjukan bagaimana ADUN ( PKR ) Seri Setia, Nik Nazmi yang tunduk kepada kehendak pemaju yang mahu merobohkan Jambatan Besi yang sering di gunakan rakyat di kawasannya.

Adakah dengan sikap Nik Nazmi yang hanya memetingkan diri, dia layak di gelar wakil rakyat sekiranya tindakkan yang di lakukan ternyata jelas menindas rakyat di kawasannya.

Selasa, 9 April 2013

Gempar !!! Surat Mengesahkan Pakatan Haram Akan Membuat Huru Hara Pada Hari Mengundi #PRU13



Dengan terdedahnya surat ini, maka terbuktilah Pakatan akan lancarkan huru hara semasa hari pengundian.Mengikut apa yang tertulis dalam surat diatas, Pkr mahu macai macai suruhan mereka melakukan protes semasa hari pengundian dan jentera maya mereka akan melancarkan serangan terhadap SPR mengunakan apa saja medium yang ada untuk memburukkan SPR..

Kepada pengundi serta rakan rakan media maya yang lain sila ambil perhatian tentang hal ini..sebarkan kandungan surat diatas agar rakyat Malaysia tahu taktik kotor pakatan menjelang hari pengundian..


Ahad, 24 Februari 2013

Maklumat Terkini !!! Pakatan Haram Akan Hilang Banyak Kerusi Di PRU 13


Perang psikologi yang dicetuskan oleh pembangkang kononnya mereka mampu menguasai 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menjadikan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor bakal memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, tidak lebih dari sekadar untuk meredakan ketegangan yang melanda gabungan itu kebelakangan ini sekali gus untuk mengembalikan keyakinan penyokong mereka.
Menurut satu sumber, menjelang saat akhir menjelang PRU-13, risikan di peringkat dalaman gabungan pembangkang menunjukkan mereka akan kehilangan banyak kerusi. Perkembangan terbaru itu sedikit sebanyak membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang mulai resah.

Persepsi positif yang ingin ditonjolkan oleh pembangkang seperti mana yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider, sebenarnya tidak mencerminkan apa yang berlaku dalam gabungan pakatan pembangkang ketika ini. Biarpun diperingkat kepimpinan tertinggi Dap, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak segalanya berjalan lancar, di peringkat akar umbi lain pula ceritanya.

Tinjauan bebas yang memihak kepada gabungan pembangkang hasil tinjauan sumber yang tidak dinamakan itu, menurut penganalisis politik sengaja dicipta untuk mencipta perang psikologi untuk meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong mereka. Dan dalam masa yang sama untuk membuatkan Barisan Nasional (BN) berasa goyah. Sedangkan hakikatnya, keyakinan rakyat terhadap BN kebelakangan ini semakin bertambah dan penerimaan rakyat hari ini tidak sama seperti mana yang berlaku pada 2008.

Dalam Dap sendiri wujud ketidakyakinan terhadap kepimpinan parti ekoran pemilihan pucuk kepimpinan parti yang tidak telus. Pas pula terus bergelut dengan perbezaan pandangan antara golongan ulama dan kehendak majoriti akar umbi dengan pucuk kepimpinan. Begitu juga halnya dengan PKR yang turut berdepan dengan krisis kepimpinan selain kegagalan mereka dalam melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat Selangor.

Di peringkat kepimpinan pusat pula. pertelingkahan membabitkan Pas dengan Dap bukan perkara baru. Bermula dengan penggunaan kalimah Allah sehinggalah penolakan akar umbi Pas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Antara PKR dan Dap pula masing-masing bersaing untuk mencari pengaruh – ingin menonjolkan diri untuk mengemudi gabungan pembangkang.

Jadi untuk mengatakan gabungan pembangkang berada pada posisi yang kuat dan terbaik untuk mengambil alih kerajaan, ia perlu dilihat daripada realiti sebenar ketika ini. Mutakhir ini jelas menunjukkan BN berada pada kedudukan terbaik – bukan sahaja untuk mempertahankan kerajaan tetapi juga berpeluang untuk kembali meraih majoriti dua pertiga.

Jika gabungan pembangkang yakin mampu menguasai lebih 140 kerusi dengan menjadikan Sabah, Sarawak dan Johor sebagai sasaran, berdasarkan satu sumber yang diperoleh oleh malaysiaaktif menunjukkan sebaliknya.

Menurut sumber tersebut, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut Pas bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan.

Sementara Dap pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, mungkin juga di Pulau Pinang. PKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini.

Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara.

Mungkin analisa yang diberikan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh perdana menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka.

 Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza. KLIK DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...