Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label EXCO Kerajaan Negeri PRU13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EXCO Kerajaan Negeri PRU13. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2013

MCA Tak Perlu Tamak Dengan Tawaran @MukhrizMahathir Untuk Lantikan EXCO Kerajaan Negeri Kedah


Bila dah tamak haloba menguasai diri.. Apa yang diberi semuanya tidak cukup. Bila diberi betis hendak dimintanya peha pulak.

Memang jenis dasar tak sedar diri sungguh "MCA" apabila dulu menolak kesemua jawatan EXCO dari Kerajaan Negeri Kedah, tetapi sekarang meminta lebih dari satu kerusi EXCO Kerajaan Negeri Kedah daripada YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.
Hanya seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada MCA yang akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kedah walaupun terdapat dua kekosongan jawatan tersebut.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun terdapat dua Adun MCA di Kedah tetapi hanya seorang iaitu Adun Gurun Dr Leong Yong Kong yang akan dilantik.

“Daripada awal saya nyatakan saya telah khaskan satu jawatan exco untuk Adun mewakili masyarakat Tionghoa. Daripada awal lagi memang satu, satu lagi ‘reserve’ (simpan) untuk masa depan, tak tau apa keputusan yang akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) peringkat negeri di sini, Selasa.

Mukhriz ketika ini hanya melantik lapan Exco kerajaan negeri berbanding 10 yang biasa diamalkan, dengan satu dikhaskan untuk wakil MCA dan satu lagi sebagai “reserve”.

MCA melarang anggotanya memegang jawatan dalam kerajaan, hasil keputusan mesyuarat agung parti itu pada 2011 dan 2012, berikutan prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas. Kedah mempunyai dua Adun dari MCA – Dr Leong dan Chua Thiong Gee (Kulim).Bagaimanapun, resolusi mesyuarat agung luar biasa parti itu 20 Oktober lepas membenarkan anggota MCA menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Mukhriz bercadang untuk melantik Dr Leong mengisi jawatan Exco tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan sebagai berkata mahukan dua jawatan Exco Kedah yang kosong diberikan kepada Adun MCA.
Mukhriz berkata pelantikan Dr Leong sebagai Exco adalah bagi memenuhi janji beliau dan tidak timbul isu dua Exco daripada MCA.

“Pelantikan (Exco daripada MCA) sepatutnya dibuat dengan exco-exco lain bulan Mei lepas. Kita ambil masa bukan sebab kita tetapi kerana keputusan MCA. Bila MCA buat keputusan (lain), tiba-tiba nak dua pulak, ini sedikit tak adil. Bagaimanapun ini masih boleh dibincangkan. Buat masa ini, satu je Exco,” katanya.

Mukhriz berkata beliau ada menerima surat daripada Dr Chua mengenai pelantikan Exco daripada Adun MCA tetapi surat itu hanya mencadangkan nama Dr Leong.

“Dia (Dr Chua) mencadangkan nama Dr Leong sebagai Adun yang dicalonkan sebagai Exco baharu. Dalam surat satu nama je. Saya dapat surat tu ketika (kempen) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau (baru-baru ini) dan bertemu beliau.

“Bila saya baca surat khabar selepas itu, agak terkejut dia cadangkan dua Exco padahal masa jumpa takde pulak,” katanya.

Mukhriz berkata majlis angkat sumpah Exco baharu itu tidak sempat dilakukan sebelum persidangan DUN pada bulan ini, dan akan dilakukan pada bulan Disember atau Januari. – BERNAMA

Khamis, 16 Mei 2013

EXCO Belia Dan Sukan Negeri Kedah Berharap Mampu Melaksanakan Tanggungjawab Kepada Golongan Belia Dengan Sempurna #HanyaDiKedah



Tahniah buat YB Aminuddin Omar, ADUN Jitra yang cukup terkenal di kalangan pemuda BN Kedah dengan gelaran Pak Tam, setelah di lantik oleh Menteri Besar kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir sebagai EXCO yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Selepas Majlis Angkat Sumpah sebagai EXCO, Pisau Kedah dan TMK sempat menebual YB Aminuddin dan bertanya pada beliau berkenaan masa hadapan Bola Sepak Kedah yang berkait rapat dengan portfolio yang di pegangnya..

Bagi peminat Bola Sepak Kedah dan Sukan pemotoran.. Video di bawah ini ada jawapan YB Aminuddin berkenaan masa hadapan Bola Sepak Kedah yang kini berada di Liga Perdana Malaysia dan pembinaan Litar Kedah kepada golongan belia yang berminat kepada sukan pemotoran.


Semoga harapan YB Aminuddin akan tercapai dengan usaha gigih yang akan di lakukannya.. Pisau Kedah percaya bahawa YB Aminuddin mampu melakukannya sebab YB Aminuddin seorang pemimpin pemuda yang suka berusaha gigih melaksanakan tanggungjawab di dalam memegang jawatan Ketua Pumuda UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Isnin, 13 Mei 2013

Hot !!! Apakah Nama-Nama Ini Akan Di Lantik @MukhrizMahathir Sebagai EXCO Kerajaan Negeri ?? #HanyaDiKedah


Ramai yang tertanya-tanya dan saling bisik membisik sesama sendiri tentang senarai nama barisan EXCO-EXCO yang akan di lantik Menteri Besar Kedah yang baru, Dato'Paduka Mukhriz Mahathir bagi melancarkan pentadbirannya setelah BN di amanahkan rakyat Kedah sebagai pentadbir pada PRU13 yang lalu.

Bagi Pisau Kedah.. Siapa pun Wakil Rakyat pilihan Dato' Paduka Mukhirz Mahathir yang di lantik sebagai EXCO, Pisau Kedah akan sokong.

Kalau siapa-siapa nak tahu tentang senarai nama EXCO-EXCO yang di lantik Dato'Paduka Mukhriz Mahathir.. Kat Bawah ni ada cerita sikit pasal senarai nana yang akan di lantik sebagai Exco pada hari rabu ini.
ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.

Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.

Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.

ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.

Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.

Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.

Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.

Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.

Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.

Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.

Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam. - KOSMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...