Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Mukhriz Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukhriz Mahathir. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

@MukhrizMahathir Umum Rancangan Pembangunan Di Daerah Kulim Dan Bandar Baharu #KedahSerataRata


Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Antara perancangan projek yang diumumkan adalah



1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.

Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.

2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.

Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.

3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.

4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.

Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.

Isnin, 21 April 2014

Permasalahan Pelajar Kedah Di Jordan Akan Di Perincikan @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #MBMesraRakyat


Seminggu yang lalu, permasalahan yang di hadapi pelajar-pelajar Kedah berkenaan kenaikan kos pembelajaran oleh beberapa Universiti di Jordan telah mendapat perhatian Pemuda UMNO Kedah yang diketuai Dato'Shaiful Hazizy Abidin dan Pemuda UMNO Kedah telah bertindak bertemu sendiri dengan pelajar-pelajar Kedah yang berada di Jordan bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi mereka dan cuba membantu pelajar-pelajar terbabit.




Permasalah pelajar terbabit telah dibawa masuk oleh Pemuda UMNO Kedah ketika mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah yang di pengerusikan oleh YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir semalam, dan YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataannya selepas mensyuarat terbabit akan memperincikan bagi mengenal pasti penyelesaian yang sesuai untuk membantu pelajar2 terbabit.

Khamis, 3 April 2014

Conteng Bangunan UMNO @MukhrizMahathir Bidas Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab #HanyaDiKedah #MBMesraRakyat


Alor Setar 03/04 - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah melalui pengerusinya, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir mengecam tindakkan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan ibu pejabat UMNO Negeri Kedah.


Menurut Mukhriz Mahathir, tindakan menconteng dinding Bangunan Tunku bukan saja ia mencerminkan kedangkalan minda perlakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

" Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan perpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam ".

" Saya bimbang jika hasutan sesetengah pemimpin akan menggalak para penyokong mereka jadi taksub dan hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak diluar batasan. Jika tidak dibendung dengan segera, adalah dikhuatiri ia boleh menimbulkan masalah yang lebih rumit dan sukar ditangani sehingga merugikan semua pihak khususnya rakyat Negeri Kedah ", kata Mukhir Mahathir.


Selain itu Mukhriz Mahathir menyeru semua penyokong UMNO yang ketika ini sedang marah dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menconteng dinding bangunan UMNO supaya berfikiran rasional, bertenang dan bersabar dalam menghadapi provokasi ini. Mukhriz Mahathir juga berharap penyokong UMNO terikut-ikut dengan sikap tidak bermoral pihak yang dangkal akal dan fikiran itu.

Pada masa yang sama, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan selaku Menteri Besar Kedah Darul Aman, Mukjriz Mahathir menyeru pihak polis supaya sentiasa mengawasi pejabat-pejabat seperti parti politik supaya insiden yang menimpa UMNO Negeri Kedah tidak berulang.

"Harapan saya semoga kita berpolitik secara sihat dan beradab, menegakkan perjuangan dan fahaman dengan ikhlas dan saling menghormati dengan perpaksikan pada nilai-nilai sosial yang murni demi agama bangsa dan tanahair " kata Mukhriz Mahathir lagi.

Jumaat, 28 Mac 2014

@MukhrizMahathir Bersyukur Generasi Baru Felda Di Kedah Di Beri Perhatian #HanyaDiKedah


Kubang Pasu, 27 Mac - FELDA hari ini telah melancarkan 300 unit Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dan Model Baru FELDA Sentuhan Kasih bagi 100 peserta di Felda Laka Selatan, Kubang Pasu. Perasmian pelancaran tersebut telah di sempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah.



Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF), merupakan projek perumahan teres satu tingkat yang dilaksanakan FELDA adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baru Felda yang layak memiliki rumah mampu milik didalam FELDA melaksanakan tanggungjawab sosial kepada generasi baru Felda.

Menurut FELDA . " PGBF yang akan dibina ianya bergantung kepada lokasi, kesesuaian tanah dan juga permintaan daripada penduduk setempat".

Manakala projek Sentuhan Kasih FELDA pula adalah model baru FELDA dengan berteraskan Projek Pertanian Bersepadu bagi aktiviti ekonomi yang disertakan sebuah rumah banglo satu tingkat bagi peserta. Jumlah keluasan bagi projek Sentuhan Kasih FELDA adalah seluas 50 ekar yang meliputi ladang pertanian bersepadu dan 100 buah rumah di Felda Laka, Kubang Pasu.

Projek Sentuhan Kasih FELDA disasarkan kepada golongan generasi baru Felda yang tinggal di tanah rancangan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri.

Kedua-dua projek FELDA yang melibatkan pembinaan rumah yang di lancarkan hari ini telah menggunakan sistem Industrialized Bulding System (IBS) di mana sebuah rumah boleh siap dibina dalam satu hingga dua minggu sahaja.

Dengan terbina projek PGBF dan Sentuhan Kasih FELDA di Felda Laka Selatan, maka penempatan ini akan menampakkan pertumbuhan ekonomi dan juga limpahan penduduk serta mengurangkan perpindahan generasi baru Felda ke bandar.Dengan projek ini juga kawasan Felda Laka Selatan akan dapat memberi manfaat kepada negeri Kedah dengan adanya pertambahan tenaga kerja di kalangan generasi baru Felda.

Khamis, 20 Februari 2014

Video Eksklusif !!! MB Kedah @MukhrizMahathir Membuktikan Dirinya MB Yang Mesra Rakyat #MBMesraRakyat



Alhamdulillah.. Sebagai rakyat Kedah, Pisau Kedah bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang cukup mesra dengan rakyat walau pun golongan penyokong, pemimpin PR di Kedah sering melabelkan YAB Menteri Besar Kedah sebagai seorang yang elitis kononnya sebagai anak Mantan Perdana Menteri agak sukar untuk beramah mesra dengan golongan bawahan.

Ternyata dakwaan tersebut hanyalah berniat buruk bagi mencalarkan imej YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir semata-mata sedangkan hakikatnya YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir tidak merasakan dirinya dari golongan elitis. Buktinya boleh dilihat dalam program Mesra Rakyat baru-baru ini di daerah Kuala Muda.

Isnin, 17 Februari 2014

"Kedah VS JDT" : @MukhrizMahathir Yakin Helang Merah Mampu Menang #MBMesraRakyat #KedahAmanMakmur


SUNGAI PETANI - Kedah yang kini dikenali sebagai
pasukan Helang Merah diharap dapat mempamer aksi
cemerlang sekaligus memberi kejutan dalam
perlawanan suku akhir kedua Piala FA ketika bertemu
Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman
Selasa ini.



Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau yakin dengan kesungguhan pemain dan pihak pengurusan KFA serta kelebihan bermain di tempat sendiri, Kedah selaku pasukan Liga Perdana mampu menang ke atas pasukan Liga Super JDT.

"Bila berhadapan dengan pasukan yang hebat iaitu JDT di tempat sendiri sudah tentu ada kelebihan. Melihat kepada trend beberapa perlawanan yang lepas stadium akan penuh.

"Lawan dengan Perlis dulu pun dapat 14,600 orang
(penonton). Rasanya kalau dengan JDT lebih daripada
itu. Dengan semangat yang diberikan oleh penyokong
tambah dengan kesungguhan untuk menang sekurang- kurangnya 2-0, saya yakin dan percaya pasukan kita boleh lakukan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Mesra Rakyat 2014 peringkat Daerah Kuala Muda di Pantai Merdeka dekat sini hari ini.

Pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium
Larkin, Kedah tewas 1-3. Mukhriz turut berharap
perlawanan Selasa ini berjalan dengan aman. -
Bernama

Sabtu, 15 Februari 2014

Terkini !!! MB Kedah @MukhrizMahathir Seharian Turun Padang Bersama Rakyat #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur #MBMesraRakyat



Hari ini seharian Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkampung di Merbok dan Sungai Petani dalam program MB Mesra Rakyat.

YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir sendiri akan turun dibeberapa perkampungan di Merbok dan Sungai Petani hari ini untuk berjumpa dengan rakyat Kedah di sekitar kawasan Merbok dan Sungai Petani.

Pada permulaan program, Menteri Besar Kedah akan berjumpa dengan 4 sayap AJK UMNO Bahagian dan Kepimpinan Parti Kompenan Merbok dan Sungai Petani. Selepas perjumpaan dengan 4 Sayap AJK UMNO Bahagian, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan melawat beberapa perkampungan di sekitar Merbok dan sebelah petang YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bersama-sama penduduk di Sungai Petani di pertandingan Wau yang di anjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani.

Pada malam hari YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangkakan bermalam di rumah keluarga angkat di Kuala Muda selepas menghadiri program makan malam bersama penduduk setempat.

Selasa, 11 Februari 2014

Kantoi !!! "Mahabbatur Rasul, Kedah Berselawat" PAS Kedah Tak Mahu Mengaku Fitnah UMNO #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Apa... PAS Kedah, melalui Timbalan Persuruhjaya PAS 1, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menafikan PAS Kedah memfitnah UMNO tentang program Muhabbatul Rasul, Kedah Berselawat ??..

Betul ka PAS Kedah tidak memfitnah UMNO ??.


Pada 06 February yang lalu, setiusaha Dewan Ulama PAS Kedah yang juga Adun Aloq Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahya dalam sidang medianya mendakwa bahawa Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga pemimpin UMNO Kedah telah mempolitik program Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat.

Apakah Amiruddin Hamzah tidak mengakui bahawa Ahmad Yahya bukan dikalangan pemimpin PAS Kedah di sebalik Amiruddin Hamzah menafikan PAS telah memfitnah UMNO.


Isnin, 10 Februari 2014

Saksikan Full Video "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Saksikan Full Video program Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat yang diadakan di Stadium Darul Aman pada 8 Feb lalu. Kira-kira lebih dari 50,000 Umat Islam telah hadir ke program berkenaan.

Ahad, 9 Februari 2014

"Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" Akhirnya Terdedah Juga Kerja Jahat PAS Kedah @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Kerana sakit hati melihat puluhan ribu rakyat Kedah membanjiri Stadium Darul Aman semalam sempena majlis Mahabattur Rasul Kedah Berselawat, semalam Pas menyebarkan fitnah mengatakan majlis berkenaan disponsor syarikat Judi pula..


Sebelum majlis berlangsung mereka menyebarkan fitnah bahawa program berkenaan bertujuan politik dan mereka melarang sekolah sekolah pondok pro Pas hadir ke majlis berkenaan.

Dalam masa yang sama mereka menyebarkan poster palsu yang telah di edit untuk memfitnah DS MB dan isteri..

Gambar poster PALSU yang di edit di sebarkan
bagi memberi gambaran buruk terhadap program
berkenaan.

Gambar poster sebenar.

Untuk makluman Pas Kedah, Majlis Mahabattur Rasul dianjurkan sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kedah dan Kerajaan Negeri. Takkan Pas Kedah tak tau kot majoriti puak mana dalam Yayasan berkenaan??


Nak fitnah pun agak agaklah..Takkan yayasan Islam Kedah tak tau hukum hakam kot?

Print screen diatas memang sekadar pertanyaan sebab takut diambil tindakkan kalau kena saman, tapi bila melihat komen komen yang disebarkan memang mereka memfitnah bahawa syarikat judi menaja program semalam.


Artikel asal dari :- Medan Tempur Kedah

Akhirnya fitnah yang cuba disebarkan PAS Kedah terjawab apabila seorang Staff Yayasan Islam Negeri Kedah menjawab sendiri fitnah tersebut.


Artikel berkenaan Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ahmad Yahya fitnah YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan program "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" klik di :- http://pisaukedah.blogspot.com/2014/02/kedah-berselawat-mukhrizmahathir-jadi.html?m=0


Gambar-Gambar Di Sekitar "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" 40 Ribu Hadirin Walau Di Sabotaj #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah



Syukur Alhamdulillah apabila program "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" mampu menghimpunkan lebih kurang 40,000 umat Islam negeri Kedah di Stadium Darul Aman kelmarin walaupun bermacam-macam gambaran buruk bagi mewujudkan persepsi negatif telah di lakukan bagi menggagalkan program berkenaan.

Yang agak menyedihkan apabila persepsi negatif telah  di lakukan pihak yang menyatakan parti merekalah yang memperjuangkan Islam (Klik Sini).

Malahan ada juga dari pihak parti yang kononnya memperjuangkan Islam mendakwa program berkenaan telah di taja oleh syarikat judi.. Astaghfirullah...


Semalam Pisau Kedah telah menghubungi rakan Pisau Kedah yang mengajar di satu Maahad Tahfiz di kawasan Baling bagi mendapat kepastian setelah desas desus mengatakan Maahad Tahfiz terbabit pada mulanya bersetuju menghantar pelajarnya bagi menyemarakkan lagi program berkenaan tapi telah di halang disaat-saat akhir. Beliau memberitahu  "Ya.. ada tekanan dari pihak politik yang mengarahkan jangan sertai program berkenaan".

Menurut sahabat Pisau Kedah.. Pihak yang memberi tekanan itu mendakwa program berkenaan tak ikhlas dan hanyalah untuk kepentingan politik UMNO dan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebenarnya mereka yang membuat persepsi negatif bagi cubaan sabotaj program berkenaan terlupa bahawa Allah S.W.T lebih maha mengetahui dan maha mengadili.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T walaupun bermacam cubaan dilakukan untuk sabotaj program berkenaan.. Kerajaan Negeri mampu menghimpunkan lebih kurang 40,000 umat Islam Kedah tanpa mengira latar belakang politik.

Gambar-gambar di sekitar sambutan Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat.


MB Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengetuai kontinjen Kakitangan Wisma Darulaman.


Kontijen Kakitangan Wisma Darulaman belarak
bersama MB Kedah dari Wisma Darulaman sehingga
ke Stadium Darul Aman.























Jumaat, 7 Februari 2014

"Kedah Berselawat" @MukhrizMahathir Jadi Mangsa Fitnah Ustaz PAS #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Beristghfar apabila Pisau Kedah membaca kenyataan media dari setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkenaan program "Kedah Berselawat" yang dianjurakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam kenyataan media Ustaz Ahmad Yahya. Beliau mendakwa Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir HANYA MEMPOLITIKKAN TUJUAN ASAL "KEDAH BERSELAWAT".

Kepada pembaca blog Pisau Kedah boleh membaca dan menilai sendiri kenyataan media dari Ustaz Ahmad Yahya yang Pisau Kedah lihat langsung tidak mempunyai asas yang diberikan bagi menuduh program tersebut di politikkan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir. (Pisau Kedah akan ulas satu persatu tuduhan tersebut)

MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

“Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

“Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” terang beliau.

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut.

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

“Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

“Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.

1 ) Sebagai seorang yang berstatus Ustaz (Mempunyai Ilmu Agama) tidak sepatutnya membuat satu dakwaan yang tidak berasas dan kukuh berkaitan sesuatu perkara melibat satu kebaikkan didalam Islam sepertimana tentang program yang hendak di lakukan Kerajaan Negeri Kedah. Apa yang dapat Pisau Kedah lihat dakwaan Ustaz Ahmad Yahya didalam sidang medianya hanya berbentuk mengwujudkan ROMOUR (Desas Desus).

2 ) Tentang dakwaan menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman (Pulau Tuba) ternyata Ustaz Ahmad Yahya hanya membuat satu persepsi negatif bahawa Maahad Tahfiz Sains Darulaman berkenaan akan dihentikan terus pembinaannya sedangkan hakikatnya pembinaan Maahad Tahfiz tersebut hanya DITANGGUH.

Tentang penangguhan tersebut telah diperjelaskan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membentangkan Bajet Kedah 2014 dalam Sidang DUN pada 18 November 2013 yang lalu.

Tidak logik sekiranya Ustaz Ahmad Yahya hendak mengatakan bahawa dia tidak tahu sebab Ustaz Ahmad Yahya yang merupakan Adun Alor Mengkudu turut berada dalam sidang dun semasa pembentangan Bajet Kedah 2014 dan turut dibekalkan buku berkenaan Bajet Kedah 2014.

Melalui pembentangan Bajet Kedah 2014 juga, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan disebalik pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba di tangguhkan, Kerajaan Negeri telah mengeluar peruntukan memperbesarkan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Kulim dan sentiasa memberi perhatian didalam usaha menaik taraf Maahad-Maahad Tahfiz dan Sekolah-Sekolah Pondok di seluruh negeri Kedah.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah negeri Kedah apabila Kerajaan Negeri Kedah bawah pentadbiran YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berani mengasing pendapatan negeri dari sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam sepertimana pembelanjaan menaik taraf Maahad-Maahad Tahfiz serta Sekolah-Sekolah Pondok. Pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum-sebelum ini tidak berani berbuat demikian walau pun ada pihak telah mencadangkan.

3 ) YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggap pembinaan KUIN di Kuala Ketil sebagai satu beban.

Ya.. Satu beban apabila dalam keadaan ketidak kemampuan dari segi kewangan melakukan sesuatu perkara dengan berhutang sedangkan pada hakikatnya KUIN mempunyai prasarana yang masih elok dan perlu mengambil pendekatan memperbesarkan KUIN yang telah terbina sejak sekian lama.

4 ) Menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan hanyalah satu fitnah yang cukup jelas dari Ustaz Ahmad Yahya.

Kesemua Maktab Mahmud sehingga ke hari ini masih lagi dibawah Kerajaan Negeri Kedah. Cuma 10 dari 12 Maktab Mahmud telah DIDAFTARKAN dibawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi mendapat bantuan pembiayaan dari Kerajaan Pusat. 2 daripada 12 Maktab Mahmud iaitu Maktab Mahmud Alor Setar dan Yan masih dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Ustaz Ahmad Yahya tidak patut mempertikai pendaftaran 10 Maktab Mahmud dibawah SABK kerana telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

5 ) Mukhriz tidak selesa bergandingan penampilan beliau bersama Isteri dikhalayak ramai.

Ternyata dakwaan tersebut berniat jahat dengan mahu mengaibkan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedangkan sebagai seorang Suami tidak mungkin akan merasa tidak selesa apabila bersama Isterinya.

Khamis, 6 Februari 2014

"Cabar @MukhrizMahathir" @MahfuzOmar Selak Kain Sendiri #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Siapa kata tak pernah berlaku penyelewengan atau salah urus tadbir ketika PAS menerajui Kerajaan Negeri Kedah ?.

Di Sebalik Mahfuz mendesak YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar mendedahkan Segala penyelewengan yang berlaku di Kedah semasa zaman pentadbiran PAS.. Apakah Mahfuz telah melupakan peristiwa bagaimana projek pembinaan KUIN yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) kepada syarikat IJM secara DIRET NEGO/PROJEK AWARD ?

Agak pelik apabila satu projek diberikan secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD sedangkan PAS sendiri semasa mentadbir Kerajaan Negeri Kedah menyatakan pendirian mereka bahawa setiap projek semestinya perlu melalui sistem TENDER yang lebih telus.

Apakah projek yang diberikan BDB kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD merupakan projek yang mengamalkan sistem BARTER diantara IJM dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah ketika itu ?

Apakah keuntungan yang diperolehi Kerajaan Negeri sehinggakan projek pembinaan KUIN diberikan secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD ?.

Pisau Kedah yakin bahawa Mahfuz tidak pernah melupakan peristiwa projek pembinaan KUIN yang diberikan BDB kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD kerana ketika peristiwa itu berlaku, Mahfuz masih menjadi Pengerusi Kedah Sato (Anak Syarikat BDB).

Akibat projek pembinaan KUIN yang pada mula diberikan kepada Kedah Sato yang dipengerusikan Mahfuz di tarik balik oleh BDB dan diberikan kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD ianya telah menyebabkan Mahfuz naik berang dengan apa yang berlaku. Perhubungan di antara Mahfuz dan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak telah menjadi renggang akibat peristiwa terbabit dan Mahfuz telah mengambil tindakkan meletak jawatannya serta merta sebagai Pengerusi Kedah Sato.

Tak perlu la Mahfuz hendak mendabit dada kononnya tidak pernah berlaku penyelewengan atau salah urus tadbir semasa PAS menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Mahfuz sendiri yang melompat kepanasan dan meroyan sehinggakan kain yang menutup kemaluan PAS terselak dan terdedah kepada orang ramai ketika itu.


Rabu, 5 Februari 2014

"Balak Di Kedah" @MukhrizMahathir Terpaksa Tanggung Kerakusan PAS #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Ramai yang tidak mengetahui bahawa pembalakan yang dilakukan sekarang merupakan kelulusan tender di masa zaman pentadbiran Kerajaan sebelum ini (PAS) dan ianya turut diakui oleh Pengarah Jabatan Hutan Kedah, Ku Azmi Ku Aman ketika mengadakan sidang media kelmarin di Wisma Darulaman.

Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.

Semasa Pisau Kedah bersama rakan TMK yang lain bersembang dengan Pengarah Jabatan Hutan Kedah.Ku Azmi Ku Aman, beliau menceritakan bahawa banyak lagi kawasan akan dilakukan pembalakan setelah lesen diluluskan zaman pentadbiran PAS dengan secara rakusnya.

Selain itu Pengarah Jabatan Hutan Kedah turut menceritakan yang pembalakan secara cuci mangkuk (Tebang Habis) di Gunung Inas berkeluasan 5000 Hektar akan diteruskan kembali setelah diarahkan berhenti kerana tidak mempunyai EIA sebelum ini.

Pada zaman pentadbiran PAS sebanyak 2000 Hektar kawasan pembalakan telah digondolkan di Gunung Inas daripada 5000 Hektar yang telah di lesenkan . Baki selebihnya 3000 Hektar di arahkan berhenti oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurut Pengarah Jabatan Hutan Kedah terbabit. Kini pemohonan EIA kerajaan sebelum ini (PAS) melakukan pembalakan telah diluluskan di kawasan Gunung Inas dan pembalakan berbaki 3000 Hektar tersebut akan tetap dijalankan semula kerana lesen telah diluluskan.

Tentu akan ada pihak akan mempersoalkan kenapa kerajaan pentadbiran sekarang tidak menghentikan pembalakan yang telah diberi lesen oleh kerajaan sebelum ini..

Ya..!!! memang kerajaan negeri mempunyai kuasa mengarahkan pembalakan dihentikan tetapi kerajaan negeri akan berhadapan dengan tindakan saman. Harus di ingat setiap hektar pembalakan yang diberikan lesen telah dibayar hasil primium tanahnya oleh syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen.

Cuma sekarang ini kerajaan negeri hanya boleh bertegas dengan syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen terbabit agar mematuhi syarat-syarat yang dikenakan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

Jumaat, 31 Januari 2014

@MukhrizMahathir Akan Lancarkan Perang Sekiranya PAS Kedah Masih Berdegil


Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga
akan bertindak,” katanya, selepas majlis
penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

“Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu
penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu.

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang
secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).


# TMK Sudah Bersiap Sedia Gempur PAS Kedah

Rabu, 13 November 2013

MCA Tak Perlu Tamak Dengan Tawaran @MukhrizMahathir Untuk Lantikan EXCO Kerajaan Negeri Kedah


Bila dah tamak haloba menguasai diri.. Apa yang diberi semuanya tidak cukup. Bila diberi betis hendak dimintanya peha pulak.

Memang jenis dasar tak sedar diri sungguh "MCA" apabila dulu menolak kesemua jawatan EXCO dari Kerajaan Negeri Kedah, tetapi sekarang meminta lebih dari satu kerusi EXCO Kerajaan Negeri Kedah daripada YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.
Hanya seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada MCA yang akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kedah walaupun terdapat dua kekosongan jawatan tersebut.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun terdapat dua Adun MCA di Kedah tetapi hanya seorang iaitu Adun Gurun Dr Leong Yong Kong yang akan dilantik.

“Daripada awal saya nyatakan saya telah khaskan satu jawatan exco untuk Adun mewakili masyarakat Tionghoa. Daripada awal lagi memang satu, satu lagi ‘reserve’ (simpan) untuk masa depan, tak tau apa keputusan yang akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) peringkat negeri di sini, Selasa.

Mukhriz ketika ini hanya melantik lapan Exco kerajaan negeri berbanding 10 yang biasa diamalkan, dengan satu dikhaskan untuk wakil MCA dan satu lagi sebagai “reserve”.

MCA melarang anggotanya memegang jawatan dalam kerajaan, hasil keputusan mesyuarat agung parti itu pada 2011 dan 2012, berikutan prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas. Kedah mempunyai dua Adun dari MCA – Dr Leong dan Chua Thiong Gee (Kulim).Bagaimanapun, resolusi mesyuarat agung luar biasa parti itu 20 Oktober lepas membenarkan anggota MCA menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Mukhriz bercadang untuk melantik Dr Leong mengisi jawatan Exco tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan sebagai berkata mahukan dua jawatan Exco Kedah yang kosong diberikan kepada Adun MCA.
Mukhriz berkata pelantikan Dr Leong sebagai Exco adalah bagi memenuhi janji beliau dan tidak timbul isu dua Exco daripada MCA.

“Pelantikan (Exco daripada MCA) sepatutnya dibuat dengan exco-exco lain bulan Mei lepas. Kita ambil masa bukan sebab kita tetapi kerana keputusan MCA. Bila MCA buat keputusan (lain), tiba-tiba nak dua pulak, ini sedikit tak adil. Bagaimanapun ini masih boleh dibincangkan. Buat masa ini, satu je Exco,” katanya.

Mukhriz berkata beliau ada menerima surat daripada Dr Chua mengenai pelantikan Exco daripada Adun MCA tetapi surat itu hanya mencadangkan nama Dr Leong.

“Dia (Dr Chua) mencadangkan nama Dr Leong sebagai Adun yang dicalonkan sebagai Exco baharu. Dalam surat satu nama je. Saya dapat surat tu ketika (kempen) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau (baru-baru ini) dan bertemu beliau.

“Bila saya baca surat khabar selepas itu, agak terkejut dia cadangkan dua Exco padahal masa jumpa takde pulak,” katanya.

Mukhriz berkata majlis angkat sumpah Exco baharu itu tidak sempat dilakukan sebelum persidangan DUN pada bulan ini, dan akan dilakukan pada bulan Disember atau Januari. – BERNAMA

Ahad, 10 November 2013

@MukhrizMahathir Perlu Tahu Ajaran Syiah Telah Disebarkan Melalui Sekolah Menengah Di Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama

Khamis, 17 Oktober 2013

Meremajakan UMNO Bukan Bererti Meminggirkan Veteren UMNO - @MukhrizMahathir #BeraniBerubah


KUALA LUMPUR - Veteran Umno tidak harus dipinggirkan kerana mereka mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk menterjemah sesuatu dasar kepada maklumat yang mudah difahami masyarakat, kata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz yang juga calon Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Sabtu ini, berkata walaupun sudah ada agenda penting untuk meremajakan parti, itu tidak sama sekali bermaksud golongan veteran harus diketepikan.

"Pengalaman orang lama yang kita nampak jauh melebihi orang muda khususnya dalam soal terjemahkan dasar dan strategi, macam mana nak sampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Dalam soal ini, orang muda yang kurang berpengalaman mungkin ada strategi dan idea tapi nak sampaikan kadang-kadang orang tak faham. Di sinilah perlunya untuk  ita merujuk kepada golongan berpengalaman," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara BernamaTV di Wisma Bernama di sini semalam.

Turut ditemu bual dalam rancangan itu ialah seorang lagi calon Naib Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga pengerusi Felda.

Sependapat dengan Mukhriz, Mohd Isa menjelaskan bahawa meremajakan parti bukan bermaksud memastikan hanya golongan muda yang harus diberi mandat untuk memimpin tetapi lebih kepada memastikan golongan itu mudah diterima masuk dalam Umno.

Katanya walaupun golongan muda dianggap penting kerana mereka pelapis parti, hakikatnya masih ramai veteran yang bukan sahaja setia kepada Umno malah masih layak mengundi kepimpinan parti itu.

"Bila ramai orang muda, (itu bererti) kita tidak akan ketandusan pelapis...kerana itu, dalam Umno dari dahulu memang kita tak ketandusan pemimpin. Proses melatih kepimpinan Umno bermula daripada sayap Pemuda.

"Umur macam saya masih ramai yang mengundi...tapi soal meremajakan Umno bukan bermaksud kita ketepikan yang lama. Meremajakan Umno ialah meramaikan orang muda sertai parti tanpa sebarang sekatan yang tidak munasabah," katanya.

Isa berkata memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin bukanlah sesuatu yang baharu dalam Umno kerana beliau sendiri menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun manakala Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor beliau patut dipilih sebagai Naib Presiden Umno, Mukhriz berkata kejayaan besar merampas kembali Kedah daripada pimpinan Pas harus dipertimbang oleh perwakilan Umno.

Menurutnya pengalaman beliau dan Umno Kedah dalam usaha merampas kembali Kedah adalah sesuatu yang tidak harus diperkecilkan dan dengan jawatan Naib Presiden, beliau percaya formula kejayaan itu dapat dikongsi bersama dengan lebih berkesan.

Mohd Isa pula berpendapat beliau patut dipilih kerana mahu membantu memupuk keseimbangan antara golongan muda dan veteran dalam kepimpinan Umno untuk memastikan parti lebih bersifat progresif dan berdaya saing.

Bagaimanapun, kedua-dua tokoh itu bersetuju bahawa dalam persaingan merebut tiga slot Naib Presiden, ia harus dilaksanakan secara sihat dan demokratik.

Selain Mukhriz dan Mohd Isa, turut bertanding jawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam selain tiga penyandangnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengundian bagi kepimpinan tertinggi Umno Pusat dan Bahagian akan dijalankan serentak di 191 Bahagian Sabtu ini dan keputusan dijangka diterima pada hari sama. - Bernama


Pisau Kedah :-

Veteren UMNO perlu menerima hakikat bahawa dalam keadaan politik sekarang "Meremajakan UMNO" adalah satu usaha untuk kebaikkan parti UMNO supaya UMNO akan terus releven dari masa kesemasa mengikut peredaran zaman.


Selasa, 8 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : PAS Rasa Tergugat Untuk Hadapi Kempen PRK #KedahAmanMakmur


Melalui kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menunjukkan PAS sekarang ini agak tergugat untuk berhadapan dengan PRK  Sungai Limau walaupun dikatakan kawasan itu merupakan kawasan "underdog" bagi BN Kedah pada PRU13 yang lalu.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan akar umbi dan pemimpin parti supaya berhati-hati dan tidak terlalu yakin menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Walaupun PAS menang majoriti besar semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun Nik Aziz menegaskan dalam PRK pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

“Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRK Dun Sungai Limau nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS termasuk rakan parti dalam Pakatan Rakyat perlu berwaspada tatik pihak lawan yang akan menggunakan pelbagai usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut.

“Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah,” katanya.- Petikan dari FMT

Apakah benar di sebabkan taktik pihak BN, PAS merasa tergugat di PRK Sungai Limau ?.

Sebenarnya PAS tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan taktik BN di PRK Sungai Limau kerana di situ merupakan kawasan kuat bagi PAS sebelum ini di bawah Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

Walaupun pada PRU13 yang lalu terdapat golongan dari pihak dalaman PAS Kedah cuba menjatuhkan Allahyarham, Allahyarham tetap mempertahankan kerusinya dengan kemenangan majoriti 2774 undi membabitkan perlawanan 4 penjuru iaitu 1 PAS, 1BN, 2 Bebas.

Namun setelah pemergian Allahyarham, kedudukan PAS ternyata tergugat sedikit di PRK Sungai Limau kerana di tempat berkenaan sejak PRU13 yang lalu PAS masih lagi berpecah dengan pergolakkan yang agak kritikal.

Pada PRK Sungai Limau ini, PAS hanya bergantung harap kepada penyokong PAS pro Allahyarham serta golongan pengundi atas pagar dan keluarga terdekat Allahyarham tidak beralih angin di sebabkan kecewa dengan tindakkan segelintir pihak pemimpin dalaman PAS Kedah yang mahu menjatuhkan Allahyarham pada PRU13 yang lalu.

Selain itu.. kedudukan PAS agak tergugat disebabkan YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir yang di lantik  sebagai Menteri Besar Kedah baru setelah BN memenangi pada PRU 13 yang lalu agak disenangi penyokong PAS pro Allahyarham Ustaz Azizan serta keluarga terdekat Allahyarham.

PAS bimbang akan situasi berkenaan akan di terjemahkan dalam bentuk undi memihak kepada BN pada PRK Sungai Limau nanti.

Panas !!! @MukhrizMahathir Akan Guna Strategi Berbeza Di PRK Sungai Limau #KedahAmanMakmur #PrkSgLimau


KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau memandangkan kini BN ialah kerajaan di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

"Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara Pas dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

"Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara Pas atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon untuk PRK 4 November depan, Mukhriz berkata BN Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang.

"Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi)." Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata: "Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog', namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan," katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...