Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Tu Dia !!! Pemimpin PAS Pulau Pinang Hanya Mampu Redha Dengan Pesta Maksiat

Konsert di Pengkalan Weld pada 15 Februari ini menjadi tanda tanya berikutan memaparkan imej wanita separuh bogel
GEORGETOWN - Tahun lalu negeri ini digemparkan dengan konsert arak bernilai RM4 juta di tepi pantai di Batu Ferringhi.

Kini sekali lagi orang ramai heboh memperkatakan mengenai parti muzik berserta tarian separuh bogel yang akan diadakan di Pengkalan Weld.

Pengendali laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang yang dikenali sebagai Azim berkata, beliau menerima maklumat mengenai acara berkenaan melalui rakannya.

Menurutnya, daripada sumber, program tersebut mendapat perhatian ramai bersempena dengan sambutan  Hari Kekasih.

“Kenapa masih ada program sebegini dan hairannya kenapa ia boleh diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Noor Hayati Mat Amin berkata, acara maksiat seperti itu hanya mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

“Kalau mereka kata ia adalah program muzik dan seronok-seronok sahaja, kenapa ada gambar tertera perempuan berbikini, jadi ia sengaja mahu tarik perhatian orang ramai.

“Setahu saya di laman web dan laman sosial, sudah ramai yang berkongsi program ini,” katanya.

Bagi Setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Farhan Abdul Wafi, dipercayai program itu diadakan secara tertutup dan mengenakan bayaran RM50 dan ke atas.

Menurutnya, walaupun begitu, dia berharap pihak berkenaan dapat memantau isu itu bagi mengelakkan orang Islam daripada turut terlibat.

“Tapi daripada kain rentang yang dibaca anehnya nama pemuzik atau penganjurnya di situ seperti nama Melayu tetapi di sebelahnya gambar perempuan berbikini.

“Jadi ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan, kalau boleh pada kami janganlah dipuja aktiviti atau program maksiat sebegini, kita di negara Islam jadi kebanyakan program perlu diselaraskan sama seperti kita duduk di negara Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, pesta muzik berbikini yang dijangka akan berlangsung pada hujung minggu ini boleh dijalankan jika ia berada di dalam premis.

“Sekiranya premis berkenaan sudahpun berlesen, jadi tidak ada masalah sekiranya mereka ingin adakan aktiviti dalam premis berkenaan, namun jika di luar mungkin ia menjadi kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun dari segi moral dan perlakuan sepanjang program berkenaan adalah bawah tanggungjawab polis.

“Tidak kiralah mereka berbikini atau sebagainya, kami tidak boleh mengambil tindakan atas apa perbuatan yang dilakukan melainkan pihak polis sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man melahirkan rasa kecewa jika ada orang Islam ataupun Melayu yang terlibat dengan mana-mana program maksiat. .(PAS Penang setakat hanya mampu merasa kecewa)

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai pesta muzik berbikini yang akan dijalankan di Pengkalan Weld pada 15 Februari ini.

Tertera melalui poster iklan yang tersebar luas melalui laman sosial itu juga turut disertai pemuzik berbangsa Melayu.

Salleh berkata, beliau berharap supaya umat Islam di negeri ini mahupun kawasan utara khasnya tidak terpengaruh dengan aktiviti sedemikian.

“Kalau boleh tak usahlah diadakan program yang melalaikan ini dan melampau sehingga mempamerkan pakaian bikini.

“Tambahan lagi orang pada masa kini sibuk dengan Valentines Day, sebaiknya umat Islam elakkan kerana ia sambutan yang merosakkan akidah kita,” katanya. -SH-

Ahad, 9 Februari 2014

Hot Video !!! Rafizi Jambu Lari Lintang Pukang Kena Balun Dengan NGO Melayu Pulau Pinang



 

BAYAN BARU - Ceramah Tolak GST-Turun Harga Barang yang dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di Bukit Gedong malam semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bertindak 'menyerang' sebaik programnya berakhir.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, kumpulan NGO terbabit dikatakan mahu berjumpa dengan Rafizi bagi meminta bantuannya menyelesaikan masalah seorang pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Kumpulan NGO terbabit yang terdiri daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dilihat cuba menghampiri Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu sedang ditemuramah wartawan.

Seorang daripada mereka menyerahkan sekeping surat kepada Rafizi dan memintanya membantu bagi menghalang kerja perobohan yang dikatakan akan dilakukan pada 28 Februari ini.

Difahamkan, tindakan NGO terbabit meminta pertolongan Rafizi berikutan kerajaan negeri tidak memberi sebarang pampasan atau rumah ganti kepada pemilik terbabit.

Suasana bertukar kecoh apabila Rafizi terus berlalu pergi selepas menerima surat berkenaan dan kumpulan NGO dilihat cuba menghalangnya sambil menjerit meminta pemimpin PKR itu memberi perhatian masalah yang dihadapi rakyat Pulau Pinang selepas mendakwa kerajaan negeri gagal membelanya.

"Di mana hak orang Melayu di Pulau Pinang. Kami minta perkara ini diberi perhatian" itu antara perkataan yang dilaungkan kumpulan NGO terbabit.

Rafizi yang terkejut sebaik dihampiri kumpulan terbabit terus berkata "Tunggu, bagi saya semak dulu dan tak perlu bising-bising, hari sudah malam".

Bagaimanapun, suasana tegang yang berlaku hampir setengah jam itu akhirnya berjaya dileraikan polis.-SH

Rabu, 17 April 2013

Video Panas !!! Lelaki Tionghua 1Malaysia Penang Malukan Lelaki Melayu Pakatan Haram Kaki Mabuk



Penang jangan jadi Singapore No 2 kata lelaki Tionghua,Lim Guan Eng utamakan syarikat dari Singapura berbanding GLC Negeri PDC.

Beliau mendedahkan Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat Pulau Pinang,beliau berasa amat kesal kerana menjadi salah seorang pengundi DAP semasa PRU12.

Luahan dan cabaran terhadap Lim Guan Eng daripada rakyat secara terbuka, sudah pasti bekas ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim tidak akan berani sama sekali untuk tampil kehadapan untuk jawap segala persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat.

Video ini adalah rakaman di Speaker Corner di Padang Kota,Pulau Pinang.Cukup memalukan apabila lelaki melayu pakatan yang mabuk ditegur rumah kata pergi kubur kata mari oleh lelaki Tionghua.- Pisau.Net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...