Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Terkini !!! MP Bangang PKR @nsurendran Kena Gantung Dari Dewan Rakyat Selama 6 Bulan


Ayoo..yoo.. Itu tambi N.Surendran sudah kena gantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan serta elaun selama enam bulan akan ditarik balik.

Padan muka MP bangang yang tidak tahu peraturan mesyuarat.
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Ekoran kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu
dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy
Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas
dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. - UTUSAN

Isnin, 8 April 2013

Hot !!! PKR Indra Mahkota Lumpuh, 300 Ahli Tinggalkan Parti #PRU13



Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari. 

Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain. 

Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan. 

Kemudiannya, beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut. 

Jelas, kepimpinan Datuk Fauzi bukan baru ini menjadi bahan pertikaian tetapi sejak awal beliau melangkahkan kaki keluar dari UMNO lagi. 

Ramai yang mempersoalkan, dimana kredibiliti Datuk fauzi sebagai seorang pemimpin? Beliau bukan seorang Ketua Cabang. 

Bagaimana beliau boleh jadi Pengerusi Negeri? Sewajarnya, sebagai seorang Ketua Umum, perkara sedemikian akan berada dalam pertimbangan Datuk Seri Anwar. 

Namun malangnya, perkara tersebut tidak berlaku. Suara ahli PKR diperingkat akar umbi seolah - olah telah dipinggirkan begitu sahaja. 

Malah, sehingga ke hari ini, nama Datuk Fauzi masih disebut - sebut oleh Anwar. Tidakkah itu bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lansung mendengar gerak nadi orang bawahannya sendiri? 

Bagaimana mungkin beliau dapat memimpin Negara kelak? 

Mungkin jelak dengan cara kepimpinan sedemikian membuatkan 300 orang ahli PKR termasuk Timbalan Ketua Cabang bertindak keluar parti malam semalam. 

Tindakan itu dilakukan sewaktu jamuan makan malam sempena Majlis Jalinan Kasih Kelab Pembangunan India Kuantan Pahang bersama YAB Menteri Besar semalam. 

Dalam Majlis tersebut, mereka juga turut membaca ikrar taat setia dan akan menyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Bagi mereka, hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memperjuangkan hak serta menjaga Kebajikan rakyat terutamanya kaum India diseluruh Negara. 

Selain itu, mereka juga turut menempelak kepimpinan PKR yang jelas bukan sahaja tidak mengendahkan mereka, malah turut tidak mengambil berat terhadap kaum tersebut. 

Persoalannya sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan kita orang biasa? 

Memang jelas perjuangan PKR bukan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya untuk kepentingan diri mereka semata - mata!!!

Rabu, 3 April 2013

Hot !!! Anwar Gelisah Pertanda PKR Bakal Di Kuburkan Di PRU 13 Kian Jelas




PASIR SALAK 3 April - Selepas 338 ahlinya menyertai UMNO pada 8 Mac lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak terus menerima tamparan hebat apabila 62 lagi anggota diketuai Setiausaha PKR cabang itu, Ahmad Taufik Hassan meninggalkan parti tersebut.

Kesemua mereka yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

Keputusan mengejutkan Ahmad Taufik Hassan yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR kawasan itu menyaksikan jentera parti tersebut di Pasir Salak hampir lumpuh.

Selain Ahmad Taufik yang sudah 15 tahun bergiat aktif dalam PKR, turut menyertai UMNO pada majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Rahim Abdul Rani.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik.

Ahmad Taufik yang ditemui selepas majlis itu memberitahu, dia bertindak meninggalkan PKR kerana terlalu kecewa dengan sikap angkuh pucuk pimpinan parti tersebut yang tidak mahu mendengar suara, hasrat dah kehendak akar umbi.

Menurutnya, sebarang keputusan parti itu ketika ini dibuat secara bersendirian tanpa perbincangan sehingga mengabaikan kerja keras yang dilakukan ahli akar umbi.

"Saya lihat prinsip yang saya dokong selama 15 tahun mula dinodai sedikit demi sedikit dan menjelang pilihan raya, saya lihat semakin parah dan bakal membawa rebah. Suara kami akar umbi ini tidak lagi didengari,'" katanya.

Pada 8 Mac lalu, bekas setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip bersama 338 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Tajudin menyifatkan keputusan yang dibuat Ahmad Taufik dan ahli PKR Pasir Salak yang lain untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO merupakan satu keputusan tepat dan bijak.

"Saya berjanji tidak akan mensia-siakan keputusan yang telah dibuat mereka. Mereka akan mendapat dokongan yang lebih baik bersama kita dalam memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Tajudin turut menyifatkan PKR Pasir Salak kini 'lumpuh' dan memerlukan tongkat berikutan tindakan Ahmad Taufik yang dahulunya merupakan orang kuat dalam merencana serta menggerakkan jentera PKR di kawasan itu.

"Kini kita boleh gunakan kepakaran, tenaga dan daya pemikiran mereka untuk UMNO dan BN dalam melancarkan program membela masyarakat di Pasir Salak,'' katanya. - UTUSAN ONLINE


Khamis, 28 Mac 2013

Hot !!! Siapa Tangan Ghaib Dalam PKR Yang Membogelkan Nurul Izzah ??



Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.

Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?

Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?


Hot !!! Mai Baca Kisah Dalam Kain PKR Yang Sudah Terdedah



Terbaru Medan Tempur telah mendedahkan  senarai calon PKR. Namun jika ia benar, kita boleh selidik dulu latar belakang calon. Untuk kita buat 'kerja' dikemudian hari. he he..

Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.


SENARAI CALON PKR

Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

Comfirm Di PRU 13 Saifuddin Nasution Bakal Di Bungkuskan Geng PKR



Mampuih la Saifuddin Nasution lepas ni kena bungkus dengan geng PKR yang pro kepada  Nurul Izzah setelah Saifuddin Nasution mengesahkan pelakon video porno yang di lihatnya merupakan Nurul Izzah.

Dalam kenyataan Saiffudin, dia mendakwa video berkenaan telah di tunjukkan agen UMNO yang mahu menjatuhkan Nurul Izzah. Namun sehingga sekarang Saiffudin tak dapat mengesahkan bahawa agen yang di jumpainya itu memang benar-benar agen UMNO.



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej.

Malah Saifuddin mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain telah dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks melibatkan Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menurut Saifuddin lagi, mereka juga turut didedahkan dengan video kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Sekiranya Saiffudin tak dapat mengesahkan bahawa benar-benar agen UMNO yang di jumpainya itu.  Ini bermakna kemungkinan orang yang di jumpainya merupakan agen dalam Pakatan Haram yang mengaku agen UMNO di dalam opeerasi mahu menjatuhkan Nurul Izzah dalam PKR.

Rabu, 27 Mac 2013

Memang Terbaik La Cara Pakatan Haram Memperjuangkan Media



Oooo...macam ni yang di katakan Pakatan Haram memperjuangkan kebebasan media..

Mungkin lepas ni jangan terkejut sekiranya memo Seperti di bawah ini akan di lekatkan di pintu masuk Dewan KEADILAM


Selasa, 19 Mac 2013

Hot !!! PKR Bangi Akui Tak Kisah Anwar Seorang LGBT


Dah gila agak dah PKR Bangi ni sehingga tidak kisah pemimpin mereka seorang yang mempunyai nafsu sexs songsang untuk di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tak sanggup Pisau Kedah di pimpin oleh seorang pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim yang tidak kenal erti halal haram perbuatan meliwat.

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W tidak mengaku orang yang melakukan hubungan sexs sama sejenis sebagai umatnya, kita sebagai Umat Nabi Muhammad S.A.W  kenapa perlu diterima pula orang yang melakukan hubungan sejenis sebagai pemimpin. ??


Hot !!! Pembongkaran Keanehan Penubuhan Parti PKR



PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:

Paling berkuasa bukan Presiden

Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa.

Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.

Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan. Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.

Berjaya menanam politik kebencian

Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi.

Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.

Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti

Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi

Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.

Berjaya mempengaruhi Pas untuk menjadi 'pak turut'

Inilah kehebatan PKR. Biar pun Pas ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR.

Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga Pas dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP.

Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP.

Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.

Paling ramai pemimpin kanan keluar

PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti.

Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR.

Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR.

Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.

Mengajar rakyat demonstrasi jalanan

Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR.

Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadikan pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan Pas berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.

Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji

Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya parti yang pandai menabur janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.

Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan

Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara.

Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN.

Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama.

Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu.

''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR.

''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa- Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...