Artis yang Pisau Kedah maksudkan ialah Nouri Ramli. Artis yang pernah populor dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan pernah memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999.Siapakah Artis Tersebut ??
AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah
bilik dengan keadaan terikat.
Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat
Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-HM
Makluman
Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.
Live TV
Pengikut
Memaparkan catatan dengan label Artis Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Malaysia. Papar semua catatan
Rabu, 6 Mac 2013
Gempar !!! Artis Malaysia Bunuh Suami Sendiri
Rabu, 20 Februari 2013
Gempar !!! Pelakon Terkenal Fizz Fairuz Dedahkan Siapa Bekas Tunangnya
Pisau Kedah tak sangka juga. Minah dalam gambar di atas ni rupanya cantik, menawan tetapi sayang mempunyai keperibadian yang teruk apabila selindungkan status yang sebenar bahawa dia masih lagi bergelar isteri orang didalam mengikat tali pertunangan dengan lelaki lain.
Apa la yang membuat minah ni sanggup berfikir dengan menggunakan fikiran yang singkat. Sebagai seorang yang masih bergelar Isteri orang, minah dalam gambar di atas patut mengetahui bahawa dia tidak layak di pinang lelaki lain.
Dia ingat kahwin cerai ni satu perkara main-main ka dalam Islam ?
Pisau Kedah tidak menyalahkan keluarga minah ni kerana mungkin keluarga minah ni tak tahu akan hal sebenarnya status minah ini sudah berkahwin atau keluarga minah tidak tahu minah ini masih belum bercerai secara sah dengan suaminya kerana di rahsiakannya.
Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Fizz Fairuz
Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)


