Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Tentera Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tentera Malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mac 2014

Melampau !!! @cmlimguaneng Mendesak Kementerian Pertahanan Dedahkan Maklumat Sulit Ketenteraan


Semua sedia maklum bahawa sesuatu projek melibatkan kepentingan pertahanan Negara yang di ambil oleh Kementerian Pertahanan Malaysia adalah perkara yang sulit dan sepatutnya di selindung kerajaan dari pengetahuan umum.

Tapi yang menjadi persoalan bagi Pisau Kedah.. Mengapa Lim Guan Eng beria-ia sangat ingin mengetahui segala maklumat penuh tentang cadangan Kementerian Pertahanan mahu mengubah Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Teluk Air Tawar, Butterworth.?


GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang meminta Kementerian Pertahanan menghantar seorang wakil untuk memberi penjelasan penuh berkaitan cadangan memindahkan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Teluk Air Tawar, Butterworth, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menghantar surat kepada kementerian minggu lalu, berhubung perkara itu dan satu mesyuarat akan diadakan pada 26 Mac ini bagi membincangkan cadangan berkenaan.

"Kami ingin meminta penjelasan daripada Menteri Pertahanan tentang kepentingan projek berkenaan kepada penduduk di negeri ini, dan jika tiada penjelasan dari pusat, kami tidak akan menyokong projek itu," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Lim berkata, Kementerian Pertahanan seharusnya berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan itu.- HM
Bagi Pisau Kedah tentu ada sebab yang melibatkan strategi pertahanan Negara yang memerlukan Pangkalan TUDM tersebut di pindah ke kawasan lain. Tak ada keperluan untuk Lim Guan Eng hendak mengetahuinya strategi tersebut sepenuhnya.

Harus ketahui, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan juga tidak akan melakukan sesuatu projek membabitkan Pertahanan Negara sekiranya ianya tidak ada kepentingan untuk strategi mempertahankan negara. Malahan sesuatu projek yang dibuat melibatkan Pertahanan Negara ianya atas pemohonan Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai pakar-pakar strategi ketenteraan.

Terlalu bahaya bagi negara sekiranya strategi pertahanan ketenteraan didedahkan kepada umum dan tambahan pulak didedahkan kepada Lim Guan Eng yang merupakan pemimpin DAP yang mempunyai hubungan kuat dengan parti PAP yang mentadbir Singapura. Malahan Singapura juga merupakan satu-satunya negara di Asia terdapatnya pangkalan ketenteraan Israel. Tidak hairan la di Singapura, Lim Guan Eng mempunyai satu pejabat besar di sana dan digunakan untuk membuat perhubungan diplomatik dengan Israel.

Kementerian Pertahan Malaysia perlu bertegas dan tidak terlalu mengikut permintaan Lim Guan Eng yang mahu segala maklumat didedahkan kepadanya. Segala rahsia ketenteraan adalah sulit bagi mengelak di ketahui oleh musuh yang mahu mengancam kedaulatan negara bila-bila masa sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...