Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 28 Ogos 2013

Panas !!! ADUN PAS Kedah Menyokong Fahaman Syiah Tersebar Di Kedah @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



Pisau Kedah Agak pelik apabila dalam sidang DUN Kedah yang ke-13 yang berakhir hari ini, pembangkang yang terdiri daripada ADUN PAS telah menolak enakmen baru untuk menguatkuasa undang-undang membanteras gejala fahaman Syiah di Kedah.

Kalau pembangkang yang menolak enakmen tersebut bukan beragama Islam boleh la Pisau Kedah faham bahawa puak tu tak tau pasal Islam... Tetapi kalau dah parti PAS  yang kononnya memperjuangkan Islam dan Sunnah Wal Jemaah menolak enekmen tersebut, Pisau Kedah rasa agak pelik la.

Sepatutnya PAS patut menyokong enakmen undang-undang baru yang di bentangkan setelah dilihat fahaman Syiah kian mengancam Kedah.. Itupun sekiranya benar-benar memperjuangkan Islam berlandaskan Sunnah Wal Jamaah.

Mengapa PAS Kedah begitu takut untuk menyokong enekmen baru berkenaan.. ?.. Apakah PAS Kedah bimbang akan kehilangan sokongan politik dari pengikut fahaman Syiah yang kini sedang menular didalam PAS ?..

Bukankah PAS melalui ketua penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS akan tidak sekali-kali menyokong fahaman syiah dan akan meyingkirkan ahli PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah ?.

Dalam undian untuk mengwujudkan enakmen baru itu, seramai 21 Adun yang terdiri dari Adun BN telah meyokong enakmen baru berkenaan di luluskan, 9 Adun yang terdiri dari Adun PAS membantah enakmen itu, 4 Adun (Adun bukan Islam) membuat undian berkecuali, manakala 2 Adun tidak mengundi.

Walau bagaimana pun, Pisau Kedah bersyukur kerana enakmen baru bagi membanteras gejala fahaman Syiah yang tidak di sokong Adun PAS tetap diluluskan kerana majoriti Adun telah mengundi meyokong enakmen baru itu di luluskan. Sekarang setelah mempunyai enakmen baru, pihak berkuasa sudah ada kuasa menguatkuasa undang-undang untuk membanteras penularan fahaman Syiah di Kedah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog