Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 19 Jun 2013

Hot !!! Husam Musa Di Lantik Anwar Ibrahim Sebagai Ulama #BlackOut505


Sudah jelas Himpunan Black Out 505 yang ingin di adakan Anwar Ibrahim adalah himpunan yang mahu menghuru-hara keamanan Malaysia apabila Husam Musa mengeluarkan "FATWA" bahawa individu yang mati kerana menyertai Himpunan Black Out 505 adalah "Syahid".

Di bawah ini adalah sebahagian kenyataan Husam Musa di dalam Harakah yang menunjukan bahawa Husam Musa mengeluarkan fatwa "Syahid" sekiranya mati ketika berhimpun di Himpunan Black Out 505.

Ulama Lantikan Anwar Ibrahim Untuk
 Himpunan Black Out 505
"Andai kata kita terkorban,atau satu daripada kita terkorban, Insya'Allah ia adalah syahid fi sabillah.."
 "Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak di izinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang dengan hanya penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya".
Bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Dato ' Seri Reezal Merican. Husam Musa tidak layak mengeluarkan "fatwa" bahawa peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Black Out adalah "Syahid" kerana Naib Presiden PAS itu bukan dari golongan yang boleh di anggap Ulama.
"Soal mati syahid saya rasa amat tidak wajar untuk kita meletakkan sesuatu hukum pada keadaan kita bukan ahlinya, Husam bukan seorang yang boleh dianggap ulama untuk mengeluarkan bahawa itu mati syahid".
Himpunan yang di jadualkan Sabtu ini di lihat bagaikan mempunyi agenda jahat yang di rancang Anwar Ibrahim apabila permintaan pihak berkuasa Malaysia agar himpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur di pindah ke kawasan lain langsung tidak di hiraukan.

Permintaan pihak berkuasa agar himpunan tersebut di ubah ke kawasan lain untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan ketenteraman awam di kawasan Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Terbaru.. Kenyataan Husam Musa tentang "Pengkhianat Parti" kepada ahli dan pemimpin PAS yang tidak menyertai Himpunan Black Out 505 telah di bidas Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa yang menganggap Husam Musa membelakangi kenyataan yang telah di lakukan Presiden PAS, Hadi Awang yang tidak mewajibkan kepada ahli dan pemimpin PAS untuk hadir ke himpunan tersebut.

Anwar Ibrahim kini di lihat terdesak menggunakan kekuatan PAS melalui proksinya golongan parasit anwarinas dalam PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog