Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 16 Jun 2013

Panas !!! #BlackOut505 Hanya Sia-Sia Setelah Azmin Ali Iktiraf Keputusan PRU13


Ehh.. biaq betul !!! ... PKR tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat ??.. Ini bermakna PKR telah mengiktiraf keputusan PRU13 yang di umumkan oleh SPR la ??

Kalau macam tu sia-sia la penyokong Pakatan Haram dok pulun turun ke Himpunan Black Out 505 yang di lakukan untuk memprotes keputusan PRU13 yang kononnya telah berlakunya penipuan dalam PRU13 yang telah di lakukan BN dan telah mendapat kerjasama dari SPR.

Ha..ha..ha.. Dah sah penyokong Pakatan Haram dah kena perbodoh dengan pemimpin-pemimpin mereka yang kononnya SPR telah berkomplot membantu kemenangan BN dan mereka tidak akan mengiktiraf keputusan PRU13.

Sebelum ini Pakatan Haram telah mendakwa kononnya kemenangan BN telah di bantu oleh 40,000 pengundi mat-mat Bangla yang telah di import.. Namun tidak ada pulak petisyen yang di failkan dalam Mahkamah oleh Pakatan Haram tentang undi 40,000 dari mat-mat Bangla..

Selain itu sebelum ini Pakatan Haram telah mendakwa telah berlaku Black Out yang sengaja di lakukan di tempat pengiraan undi .. Namun tak ada juga petisyen yang di failkan Pakatan Haram di mahkamah bagi membantah keputusan pengiraan undi di sebabkan berlakunya Black Out.

Dalam 39 petisyen yang di failkan Pakatan Haram membabitkan keputusan di 25 kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN.. Tak ada satu pun petisyen yang di failkan di mahkmah tentang pengundi Bangla dan kejadian Black Out.

Nampak sangat dakwaan 40,000 pengundi Bangla dan Black Out hanya saja-saja di adakan Pakatan Haram bagi meracuni pemikiran penyokong Pakatan Haram supaya lebih agresif menentang keputusan PRU13.


#Pisau Kedah :- 
Agak-agaknya majoriti orang cina tidak undi BN pada PRU13 yang lalu pun merupakan penipuan Pilihanraya yang di lakukan BN kot ??

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog