Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 6 Jun 2013

Betul Ka Dakwaan Blogger PAS @MukhrizMahathir Mengharamkan Kuliah Agama Di Kediaman Rasmi MB ?? #HanyaDiKedah



Baru-baru ini blogger PAS Kedah telah mendakwa bahawa Kuliah Agama yang sering  dilakukan pada setiap hari Sabtu di Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon telah di HARAMKAN oleh YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir.

Benarkah apa yang di dakwa blogger PAS Kedah ni ??

Pisau Kedah dan rakan-rakan TMK pernah beramah mesra dengan YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir selepas menjawat jawatan Menteri Besar Kedah setelah BN memenangi PRU13 yang lalu. YAB Menteri Besar Kedah ada menyatakan akan meneruskan program yang memberi kebaikan kepada Umat Islam di Kedah seperti Kuliah Agama setiap hari Sabtu.

Dari maklumat yang Pisau Kedah dan rakan TMK yang lain perolehi... Sepatutnya Kuliah Agama setiap hari Sabtu itu akan bermula pada 01 Jun yang lalu, tetapi ianya terpaksa di batalkan atas sebab ada program minum teh sempena sambutan hari keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Setelah program berkenaan tidak dapat di jalankan pada 01 Jun yang lalu maka program berkenaan akan berlangsung pada 08 Jun ini dan akan di sampaikan oleh YBhg Sahibul Samahah Dato Mufti Kedah sendiri.

Yang pastinya Kuliah Agama yang di sampaikan tidak akan berbaur politik sama ada ianya memihak kepada BN atau Pakatan Haram.

Bagi blogger PAS Kedah yang mendakwa Kuliah Agama di Sri Mentaloon telah di haramkan oleh YAB Dato'Paduka Mukhriz sepatutnya menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Jangan di sebabkan kebencian terhadap BN, soal agama pun hendak di politikan.

Pisau Kedah berharap blogger PAS Kedah yang mendakwa Kuliah Agama di haramkan dapat menghadirkan diri pada 08 Jun ini di Sri Mentaloon. Jangan bimbang Kuliah Agama yang di sampaikan tidak berbaur politik kebencian kepada PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog