Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 14 Jun 2013

Info : Kuliah Agama Di Kediaman Rasmi MB Kedah @MukhrizMahathir Rakyat Kedah Di Jemput Hadir #HanyaDiKedah



Program Kuliah Agama Mingguan di kediaman rasmi Menteri Besar Keda, Sri Mentaloon  akan tetap di teruskan setiap minggun walaupun tampok pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sudah beralih kuasa kepada Barisan Nasional selepas PRU13 yang lalu.

Bagi Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir, program berbentuk ilmiah yang boleh memberi manfaat kepada Umat Islam ianya tetap akan di teruskan dan akan sentiasa memberi kerjasama.

Pada 08 JUN yang lalu, Kuliah Agama di Sri Mentaloon telah di sampaikan Mufti Kedah, Sahibus Samahah Dato’ Syeikh Muhammad Baderudin Bin Haji Ahmad setelah di jemput YAB Menteri Besar Kedah dan program Kuliah Agama Mingguan itu akan di teruskan lagi pada 15 JUN ini (SABTU) dengan menampilkan Prof Madya DR Abd Aziz Hanafi, Dekan Fakulti Syariah Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Program akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan di jangka akan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Selain itu Makan tengahari turut di sediakan YAB Menteri Besar Kedah kepada hadirin.

Bagi yang mahu mengikuti program Kuliah Agama dengan secara siaran langsung di internet, anda boleh layari portal serta beberapa blog Kedah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog