Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 29 Jun 2013

Hot !!! Kedah Merupakan Negeri Ke 5 Melaksanakan Pusat Transformasi Bandar (UTC)



Pastinya ramai yang tidak memahami apa itu Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang bakal di bangunkan Kerajaan Negeri Kedah.

Pusat Transformasi Bamdar (UTC) merupakan satu usaha kerajaan bagi membantu rakyat Kedah berurusan secara mudah dengan jabatan-jabatan apabila semuanya berada di bawah satu bumbung.

Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang bakal dibangunkan di Kedah ianya melibatkan kos sebanyak RM40 juta dan di peringkat awal iannya di jangka akan beroperasi di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Jalan Kolam Air mulai 22 Julai ini.

UTC Kedah merupakan UTC yang ke lima yang terdapat di Malaysia selepas ianya dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak.

Menurut maklumat UTC Kedah akan menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster fan iannya termasuk Keselamatan, Kewangan, Pembangunan Belia, Utiliti dan pendidikan.

Selain menempatkan jabatan-jabatan Kerajaan. Di bangunan UTC Kedah di kompleks MBAS, Jalan Kolam Air juga turut menyediakan bilik mesyuarat berkapisiti 150 orang , dua bilik seminar dan satu gelanggang futsal di tingkat atas bangunan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog