Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 3 Jun 2013

Panas !!! @MukhrizMahathir Buktikan Kemampuan Mentadbir Negeri Tanpa Keuntungan Pembalakan


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli (tiga, kiri) dan Pekan Artisan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pekan Artisan Sdn Bhd, Robert Wyatt (dua, kanan) di Langkawi pada Ahad. Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Masyarakat Siam dan Tenaga Manusia, Mohd Rawi Abd Hamid (dua, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi danTeknologi Maklumat, Norsabrina Mohd Noor (kiri).

LANGKAWI: Tumpuan utama kerajaan Kedah akan terarah kepada menarik kedatangan lebih tiga juta pelancong setiap tahun ke Langkawi, dengan unjuran pendapatan kasar tahunan berkaitan pelancongan sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lepas, perolehan daripada kira-kira tiga juta pelancong ke Langkawi yang direkodkan berjumlah sekitar RM2.6 bilion.

"Kita perlu menggandakan usaha untuk merealisasikan matlamat kita. Bukanlah mudah untuk mencapai sasaran bagi Langkawi disebabkan saingan sengit dalam lingkungan wilayah ini daripada Bali dan Phuket.

"Untuk berada selangkah dua di hadapan mereka, kita mesti bertindak lain daripada yang biasa," katanya di sini Ahad selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Pekan Artisan Sdn Bhd yang akan menyaksikan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di Langkawi.

Memorandum itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Pegawai Operasi Pekan Artisan Saifful Azhar Sabaruddin. Pekan Artisan adalah pemaju resort pelancongan dan daya penarik berimpak tinggi.

"Kita kini perlu memberi tumpuan kepada pelancong berkualiti, bukan 'backpackers' yang tidak berbelanja sangat. Hal ini pun berlaku di tempat lain juga, mereka tidak begitu menyumbang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri secara rasmi telahpun mengeluarkan arahan pemberhentian sementara dua projek melibatkan aktiviti pemugaran tanah yang dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, masing-masing di Pedu dan Gunung Inas, Baling.

Beliau berkata perintah itu dikeluarkan terhadap projek agro-pelancongan dekat empangan Pedu selain inisiatif ladang getah Ladang Rakyat di Gunung Inas.

Bulan lepas, Mukhriz mengumumkan kerajaan Kedah akan menggantung semua aktiviti pembalakan di negeri ini, sementara menunggu kajian kesannya terhadap alam sekitar dan mata pencarian rakyat.

Katanya tindakan itu susulan aduan daripada penduduk kampung bahawa aktiviti pembalakan di kawasan mereka itu menjejaskan bekalan dan kualiti air. -BERNAMA

Alhamdulillah.. Pastinya penduduk kampung yang menanggung seksa akibat pembalakan tidak terkawal oleh Kerajaan Negeri pentadbiran PAS sebelum ini mampu tersenyum lebar dengan tindakan yang di lakukan Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir.

Tindakan yang di lakukan YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir sememang membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa peka dengan permasalahan rakyat. 

Tak guna kalau aktiviti pembalakan yang di lakukan mampu menjana keuntungan berlipat kali ganda tetapi rakyat terpaksa menanggung derita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog