Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 30 Jun 2013

Hot !!! Isu Calon PRK Kuala Besut PKR Pandang Hina Kemampuan PAS



Isu calon bagi Pakatan Haram yang akan mengisi kerusi kosong DUN Kuala Besut yang kosong ekoran kematian penyandangnya, DR A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru pada hari Rabu yang lalu kembali menghangatkan perbalahan dalaman di antara PAS dan PKR Terangganu.

Perbalahan ini berpunca apabila PKR dengan biadapnya tidak menghormati PAS apabila mengeluar kenyataan akan meletakkan calon dari PKR untuk menentang BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Bagi PAS Terangganu, PKR sepatutnya menghormati PAS kerana kerusi tersebut merupakan kerusi bagi PAS sebelum ini dan berhasrat akan bertanding lagi di kerusi tersebut di PRK nanti.

Bagi Pengerusi PKR Terangganu, Azan Ismail calon dari PAS yang di letakkan PAS sebelum ini langsung tidak berpontensi bagi membantu Pakatan Haram merampas kerusi tersebut berbanding calon dari PKR.

PKR dengan bongkaknya mengatakan PKR lebih layak bertanding di tempat berkenaan kerana PKR pernah memenangi kerusi tersebut pada 1999 sebelum ianya di kembalikan kepada PAS pada PRU yang berikutnya.

Sebenarnya bagi Pisau Kedah... PKR tidak sepatutnya berasa megah dengan kejayaannya pada tahun 1999 kerana ketika itu tahun kemuncak kemarahan segelintir penyokong UMNO terhadap UMNO setelah si Peliwat yang kini menjadi ketua Pakatan Haram telah di tendang keluar dari UMNO sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli UMNO.

Sehingga kini walaupun lebih 10 tahun ditubuhkan, PKR di seluruh negeri tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding PAS yang mempunyai struktur jentera yang lebih kuat berbanding PKR.. Cuma PAS ni bengap sikit berbanding PKR yang banyak menggunakan kekuatan PAS.

Sepatutnya sebelum mengeluar kenyataan tersebut... PKR haruslah sedar diri sendiri dulu bahawa parti itu langsung tiada kekuatan sekiranya tanpa menggunakan PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog