Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 4 Jun 2013

Hot Info : Azraai Khor Kemungkinan Besar Akan Bersama Skuad Kenari Musim Hadapan



EXCO Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, NGO Negeri Kedah, Aminuddin Omar sedia mempertimbangkan cadangan membawa Mohd Azraai Khor Abdullah kembali melatih skuad Hijau Kuning pada saingan liga akan datang.

Jelasnya, beliau akan mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam bola sepak untuk menentukan sama ada jurulatih tempatan atau jurulatih asing yang sesuai untuk mengisi posisi tersebut musim depan.

“Cadangan berkenaan akan dipertimbangkan,” katanya dipetik dalam laman Facebook milik Berita RTM Kedah, semalam.

Azraai pernah menjadi watak penting membantu skuad Kenari meraih gelaran treble berganda Liga Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Spekulasi mengenai pengendali Perak itu bertiup kencang selepas menyaksikan pertemuan Liga Perdana, Kedah menentang Polis di Stadium Darul Aman pada 25 Mei lalu. Begitu pun, perkara demikian dinafikan Azraai yang berikan alasan beliau sekadar bercuti untuk menonton perlawanan berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog