Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 6 Jun 2013

Panas !!! PAS Kedah Tidak Menghormati Jemaah Pemangku Sultan Kedah Dan MB @MukhrizMahathir Dalam Perlantikan SUK & SFO #HanyaDiKedah



Masih ingatkah kita peristiwa SUK Negeri Kedah, Datuk Rasli Basir yang di tentang oleh Ahli Majlis totok PAS kerana menukar KCS (D.O Kubang Pasu) Ahmad Faisol yang merangkap YDP Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) tahun lepas ??

Ketika itu Ahli Majlis Kubang Pasu yang melihat penukaran KCS/ YDP MDKP yang totok PAS merupakan satu tindakan yang boleh menggugat kedudukan PAS di Kubang Pasu.. Ahli Majlis tersebut dengan kerjasama blogger-blogger PAS Kedah telah menghasut ahli-ahli Majlis lantikan politik yang berada di kawasan lain dan penyokong PAS supaya membantah tindakan Datuk Rasli di atas tindakan yang di lakukannya dan menuduh Datuk Rasli sebagai "Barua UMNO".


Bantahan tersebut sehingga la membawa kepada demonstrasi mendesak supaya SUK, Datuk Rasli meletak jawatan serta merta sedangkan ketika itu, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak merestui tindakan SUK, Datuk Rasli Basir menukar Ahmad Faisol walaupun ianya di lakukan tanpa melalui mensyuarat EXCO Kerajaan Negeri.

Di antara Ahli Majlis MPSP(K) yang mengadakan demonstrsi
dan di khabar, Saharudin Hamid (Din Roti Canai) Ahli Majlis MPSP(K) yang pernah terkantoi aksi lancapnya menjad
dalang menghasut Ahli Majlis MPSP(K) yang lain untuk
mengadakan demonstrasi.


Semua sedia maklum bahawa perlantikan SUK/KCS merupakan atas keputusan pekenan Sultan atau Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan ianya di atas nasihat Menteri Besar dan bukannya atas nasihat pemimpin parti politik atau penyokong parti politik.. Maka tidak wajar la pemimpin dan penyokong parti politik menyampuri urusan lantikan SUK/KCS.

Namun setelah BN mengambil alih tampok pentadbiran Kerajaan Negeri selepas PRU 13, puak-puak PAS terutamanya blogger-blogger PAS Kedah mula menyampuri urusan lantikan SUK dan SFO (Pegawai Kewangan Negeri) baru-baru ini.

Pada perlantikan SUK dan SFO baru-baru ini.. YB Dato' Mohd Puat yang sebelum ini memegang jawatan SFO telah di lantik sebagai SUK dan YB Dato' Khazali Din yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan SUK ( Bahagian Pembangunan / Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri) telah di lantik sebagai SFO.

PAS Kedah terutamanya para bloggernya mempertikai perlantikan tersebut kerana KCS yang mereka war-warkan sebagai pengganti Dato' Rasli Basir tidak di lantik sebagai SUK.

Sebenarnya tindakan PAS Kedah serta blogger PAS Kedah mempertikai perlantikan tersebut ada sebabnya dan mengapa mereka war-warkan KCS yang di harapkan menjadi SUK sebenarnya ada udang di sebalik batu serta bermotifkan politik.

Selain itu.. Ada juga parasit-parasit dalam Wisma Darulaman yang membantu PAS Kedah di dalam memain peranan mempertikai lantikan SUK dan SFO.. Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir serta barisan EXCO Kerajaan Negeri perlu berwaspada dengan parasit-parasit tersebut.

Pastinya ada sesuatu yang telah di aturkan PAS Kedah bersama parasit-parasit dalam Wisma Darulaman bagi mengucar kacirkan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I personally didn't buy an organic bassinet mattress because my model came with the non-organic variety. If you have a small nursery set up, space could be a major issue. The ones that do are typically not comfortable for either you or your babies.

Here is my blog post; stroller (http://www.nasc.in/)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog