Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 17 Jun 2013

Hot !!! Parasit PAS Kedah Dalam BDB Buat Muka Tak Malu Nak Saman PKNK Pulak Dah #HanyaDiKedah


Mungkin semua orang tertanya-tanya siapa itu individu yang bernama Jahubar Sathik yang di lantik pentadbiran  kerajaan Negeri Kedah semasa di terajui PAS .. Untuk pengetahuan  semua, kini  Jahubar bertindak mahu menyaman PKNK, syarikat GLC  milik Kerajaan Negeri pulak..


Jahubar Sathik merupakan lalat hijau yang di lantik secara "KONTRAK" sebagai "Board Of Director" Bina Darulaman Berhad (BDB) semasa era zaman pentadbiran PAS di Kedah iaitu pada tarikh 03 April 2008 dan di percayai masuk dengan menggunakan kabel bekas EXCO IR Amiruddin Hamzah.



Setelah banyak kegagalan yang di lakukannya dalam BDB semasa zaman pentadbiran PAS, Kerajaan Negeri yang kini di tadbir BN mahu menamatkan kontraknya dengan notis 6 bulan..Namun setelah menerima notis tersebut.. Jahubar Sathik menganggapnya TIDAK SAH dan mahu mengambil tindakan menyaman PKNK dengan alasan diberhentikan tanpa sebab.

Kalau benar la Jahubar nak saman atas alasan diberhentikan tanpa sebab.. Pisau Kedah cabar dia melakukannya dengan secepat yang mungkin.. lepas tu kita tengok sapa yang nak kena lepas tu..

Mengikut dalam kontrak, PKNK berhak memberhentikannya tanpa sebab dengan memberi notis 6 bulan tanpa pampasan atau memberhentikan serta merta dengan membayar pampasan 6 bulan gaji.


Harus di ingat.. tindakkan memberhentikan Jahubar bukan saja disebab dia ni lalat hijau dalam BDB tetapi merupakan seorang yang banyak membawa kerosakan dalam BDB semasa era zaman pentadbiran PAS Kedah..

Dulu dia banyak buat masalah dalam pengurusannya di BDB. Dia menerima tekanan daripada Lembaga Pengarah BDB akibat kegagalan menguruskan sumber kewangan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan projek Kerajaan negeri, walaupun beberapa intitusi kewangan secara dasar telah bersetuju untuk membiayai projek tersebut.

Kegagalan pengurusan Jahubar dapat dilihat berikutan 3 peristiwa perletakkan jawatan CFO BDB oleh tiga individu berbeza dalam masa 2 tahun. Sumber juga memberitahu, telah berlaku pergeseran antara dia dan Lembaga Pengarah berikutan skim gaji yang diterima oleh dia dan surat perletakan jawatan pernah dimajukan kepada Lembaga Pengarah.

Jahubar ni akan memberhentikan sesiapa saja yang tidak sehaluan dan setuju dengan kemahuannya. Malah Jahubar juga mempunyai hubungan yang bermasalah dengan GLC-GLC yang lain.

Orang bermasalah seperti Jahubar ni, layak kah untuk kita kekalkan dalam BDB?

Dah la Pas yang lantik dia secara kontrak, buat kerja pun teruk, kemudian bila nak diberhentikan, mengelupur nak saman PKNK, muka taktau malu ka apa dia ni? Orang yang rasa bijak pandai macam Jahubar ni susah orang nak buat kerja dengan dia. Sebab kalau ada orang lebih pandai dari dia, dia kerja nak 'kerat' orang tu dari BDB.

Sekarang ni Kerajaan BN Kedah dah tak perlukan khidmat dia lagi, soo bila orang dah bagi notis tu, terimalah dengan hati terbuka, jangan dok buat kalut, nak saman sana, nak saman sini. Sebab kalau saman pun takkan menang, nak menang apa kalau lantikan pun KONTRAK. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog