Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 14 Jun 2013

Hot !!! Berita Yang Buat PAS Kedah Bertambah Meroyan Kepada @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah




Patut la puak Pas dok meroyan sangat la ni. Rupanya dia orang risau dengan gerak kerja Menteri Besar Kedah yang baru ni sangat laju. Dalam bulan ni saja, dah berapa banyak pelabur luar datang melabur dalam Kedah.

Malah projek-projek yang tergendala dulu, banyak yang telah dimajukan semula.

Kerajaan negeri akan melaksana semula projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dengan nilai pelaburan berbilion ringgit selepas tertangguh beberapa tahun di bawah pentadbiran Pas Kedah sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh) yang juga merupakan pemaju asal akan menerajui projek itu dan satu perjanjian baharu dengan syarikat terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya merealisasikan projek ini. Merapoh masih merupakan pemaju utama dan tidak timbul lagi soal dana kerana ada pelabur yang akan membantu. Perkara ini penting kerana melibatkan pelaburan berbilion ringgit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Merapoh dan syarikat pelaburan dari Jepun di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

ZIPY yang ditukar kepada projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) selepas Pas Kedah mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 itu adalah projek penapisan minyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan dan minyak mentah dari Asia Barat akan diimport dan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji tersebut siap.

Barisan Nasional (BN) pada 2007 mengumumkan projek itu hasil perancangan rapi dan menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu yang dijadual siap pada 2014 mengikut perancangan awal selain menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang.

Mukhriz menambah, kerajaan negeri yakin kerjasama antara Merapoh dan syarikat pelabur asing baharu itu akan menjayakan projek terbabit yang disifatkan beliau semakin berskala besar daripada cadangan terdahulu.

"Hasil pembentangan Merapoh hari ini, ada banyak perubahan dari segi skala sekarang menjadi semakin besar. Merapoh juga memberikan keyakinan dalam soal bekalan bahan mentah tersebut iaitu dari mana dan ke mana akan dipasarkan.

"Soal sumber ini penting dan masalah sebelum ini timbul kerana tiada sebarang jaminan berhubung perkara itu. Seperti projek minyak lain, projek ini akan memakan masa antara lima hingga 10 tahun, namun kita berharap ZIPY akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Kerajaan negeri akan memantau dan memastikannya berjaya direalisasikan," katanya

Alhamdullilah, jika ianya berjalan lancar, penduduk sekitar boleh cari kerja baru. Tak perlu nak pindah ke Pulau Pinang lagi untuk kerja kilang.- Kedah Ke KL

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.

aku respek kat mukriz ni sbb dia ikut cara bapa dia-tak pentingkan kawasan dia semasa ada jawatan..dulu bapa dia pm malaysia..ada blogger pas kata ada orang tu jadi pm malaysia kedah duk tangga ni juga..sbb dia pm malaysia..bukan pm kedah..sbb tu orang sayang kat dia..duk berpuluh tahun tak dengki pun...

anak dia ni pun sama juga..jauh beza dengan mb aku kat terengganu..semua projek banyak pergi kemaman..mini zoo buat kemaman...hari merdeka buat kemaman...

alhamdulillah mb kedah yang baru tau dia tak boleh pentingkan jerlun sahaja..sbb dia mb kedah wp dia adun kat ayer itam tu...baguslah orang kedah dapat mb kedah yang pukul sama rata..baru orang sayang...

kalau inilah lagunya yang d mainkan mukriz n najib jangan buat kenyataan dan perbuatan bodoh yang melampau, silap aribulan bn abik alih negeri2 lain pru 14 nanti insyaAllah..

bagaimana mb baru transformasi negerinya kepada sebuah negeri yang aman makmur sama rata..bagulah anak tun sorang ni...terima kasih Allah

budakteranung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog