Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 14 Jun 2014

Kenyataan Nik Aziz Tentang Kekalahan Dyana Sofya Membuktikan Hudud Hanya Polemik PAS


Ternyata apa yang diperjuang PAS tentang Hudud hanyalah polemik politik dan bukan keikhlasan sebenar memperjuangkan Hudud.

Pisau Kedah agak terkejut apabila membaca kenyataan Nik Aziz sendiri yang Pisau Kedah ambil dari akhbar Sinar Harian kelmarin berkenaan isu Dyana Sofya bekas calon DAP PRK Teluk Intan menolak Hudud.

Nik Aziz seolah-olah tidak kisah Dyana Sofya berpendirian menolak Pembentangan Usul Hudud di Parlimen, Nik Aziz hanya menyatakan kesilapan Dyana Sofya adalah disebabkan menyatakan pendiriannya menggenai Hudud yang sepatutnya Dyana Sofya perlu menutup mulut. 

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.

Telah jelas sekali dan bukannya dimanipulasikan tentang Dyana Sofya menolak Hudud pada PRK Teluk Intan yang lalu, Dyana Sofya dengan terang menjelaskan tidak akan menyokong usul Hudud yang di bawa Kelantan ke Parlimen sekiranya menjadi ahli Parlimen walaupun dirinya akui tidak menolak Hudud.


Sekiranya sebelum ini pemimpin UMNO telah di Kafirkan pemimpin PAS kerana tidak dapat melaksanakan Hudud di Malaysia walau pun pada dasarnya pemimpin UMNO tidak pernah menolak Hudud dan hanya tidak berkemampuan melaksanakannya sahaja, mengapa Dyana Sofya tidak di hukum sebagai Kafir juga ?

Pisau Kedah hendak menyentuh sedikit tentang Usul Pembentangan Hudud yang hendak di laksanakan di Kelantan dan ianya di tentang oleh Dyana Sofya agar semua akan sedar sandiwara yang di mainkan PAS dalam isu Hudud.

Dalam isu Hudud yang hendak di laksanakan Kelantan, UMNO dengan terang menyatakan pendirian akan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbirkan PAS. Pemimpin UMNO di Parlimen akan memberi sokongan kepada Kelantan didalam membentangkan Usul Hudud di Parlimen walaupun rakan-rakan UMNO dalam BN menyatakan akan menolak usul tersebut sepertimana rakan-rakan PAS dalam PR.

UMNO mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Hudud sebelum ianya di usulkan didalam Parlimen agar ianya tidak bercangah dengan Hudud sebenar. Pada awalnya PAS bersetuju pada cadangan tersebut, tetapi dari maklumat dalaman yang Pisau Kedah perolehi ada tentangan dari pihak dalaman PAS dari team bukan Ulama dan akhirnya PAS membuat keputusan menarik balik keputusan membentangkan Hudud yang hendak di laksanakan di Kelantan.

Untuk melihatkan PAS tidak bersalah dalam keengganan membentangkan Hudud di Parlimen, PAS memutar belit dengan menyerahkan bulat-bulat kepada Jawatankuasa Teknikal untuk uruskan semuanya.


Bagi orang yang mudah percayakan putar belit PAS pastinya akan meletakan kesalahan kepada Jawatankuasa Teknikal yang diwujudkan dan akhirnya akan terpalit kesalahan kepada UMNO yang wakilnya turut berada dalam Jawatankuasa tersebut sekiranya Hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. 

Untuk pengetahuan semua bahawa satu jawatankuasa yang dibentuk tidak mempunyai kelayakan untuk membentangkan sesuatu usul di Parlimen kerana jawatankuasa yang dibentuk bukannya berstatus wakil rakyat yang mempunyai kelayakan membentangkan usul. Wakil rakyat yang berada didalam jawatankuasa yang akan membentangkan usul setelah selesai diperincikan sesuatu permasalahan. Dalam hal PAS menarik diri dari berada dalam Jawatankuasa Teknikal Hudud dan menyerah bulat-bulat kepada jawatankuasa ternyata PAS cuba lari dari dipersalahkan kerana melihat agak sukar untuk melaksanakan kerana mendapat tentangan. 






6 ulasan:

Awanama berkata...

Apa dah jadi dengan PAS.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Ana tak suka makan "BUDU" tapi ana suka makan "SOS BILIS" buatan Kelantan cap buah Ketereh.....jadi halal juga ya.......

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Ana tak suka makan "BUDU" tapi ana suka makan "SOS BILIS" buatan Kelantan cap buah Ketereh.....jadi halal juga ya.......

Awanama berkata...

Nik ajis..cukup cukup la nak menyokong kapir harbi..ingat la sikit awak tu rumah dah kata pergi pergi..kubur dah melambai lambai..mai mai bila lagi ni..kalu nak kuasa dah dapat..mursyidul am, menteri besar dah jadi...cuma PM aje belum..sebab susah nak cakap dgn obama kena guna penterjemah..loghat kelantan dan omputih..patut dah bolih dok kat masjid belakang umah dah..tunggu nak dijemput aje...cukup cukup la tu

Awanama berkata...

KESIMPULAN NIK AZIZ MUNAFIK DAN SEBAHAGIAN PEMIMPIN PAS JUGA MUNAFIK. SAMPAI BILA NAK INSAF PUN TAK TAU. ORANG TUA TERKUTUK DAN MAKHLUK PALING KEJI YANG BERADA DI BAWAH LANGIT PADA AKHIR ZAMAN.

Awanama berkata...

Sejak PAS dikuasai POK NIK,maka sejak itu jugalah PAS mula mempolitikkan Islam utk Kayeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...