Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 12 Jun 2014

Penjelasan Mengapa Perlu @NajibRazak Menyaman @msiakini #WeSupportPM


KUALA LUMPUR - Saman fitnah difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita Malaysiakini dan dua editor kanannya tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, dalam ucapan pada majlis Kelab Akhbar Kebangsaan di sini pada 26 Mei, Najib telah berkata bahawa beliau mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.

Kenyataan itu memetik Perdana Menteri sebagai berkata dalam ucapannya itu: "Dalam sebuah demokrasi, akan sentiasa ada orang yang tidak akan bersetuju dengan dasar-dasar anda atau tidak menyukai kerajaan anda. Saya mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.

"Terdapat perbezaan antara kritikan yang membina dan fitnah. Pasukan peguam saya berpendapat bahawa tuduhan baru-baru ini oleh sebuah portal berita dalam talian telah melampaui batas. Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan.

Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar.

"Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah."

Dalam ucapan sama, Najib berkata pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang di negara ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi yang mereka percaya telah melanggar undang-undang dan bukan sesuatu yang luar biasa dalam demokrasi, tindakan undang-undang terhadap dakwaan memfitnah dalam media adalah tindakan sesuai.

"Ia merupakan sebahagian tindakan keseimbangan. Keseimbangan terbuka kepada kritikan membina daripada orang ramai semasa memegang jawatan awam dan hak asasi untuk melindungi maruah dan nama baik anda daripada serangan sewenang-wenangnya akibat daripada kepercayaan politik," katanya.

Pada 30 Mei, Najib memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?".

Menurut kenyataan itu, artikel berkenaan, yang berdasarkan komen para pembaca, dipilih dan kemudian diterbitkan semula oleh Malaysiakini dengan membuat banyak tuduhan palsu dan memfitnah terhadap perdana menteri, termasuk membayangkan seolah-olah beliau terlibat dalam jenayah serius.

Selepas artikel itu diterbitkan, pasukan perdana menteri telah menulis kepada Malaysiakini dan meminta artikel itu dikeluarkan dan mengeluarkan permohonan maaf tetapi Malaysiakini enggan dan sebaliknya menerbitkan surat perundangan persendirian itu dan beberapa artikel selanjutnya, menurutnya.

"Malaysia mempunyai media dalam talian (online) yang bebas dan terbuka.  Melayari secara sepintas lalu media online ini menunjukkan portal-portal berita bebas ini sering mengkritik perdana menteri dan kerajaan dan terbabit dalam perdebatan politik.

"Perdana Menteri sering kali menyatakan komitmen beliau untuk melindungi kebebasan media online di Malaysia. Kes fitnah ini tidak menjejaskan komitmen beliau," menurut kenyataan itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...