Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 21 Ogos 2013

Maklumat Terkini : Mangsa Kemalangan Ngeri Bas Ekspres Meningkat Kepada 53 Orang


Sebelum ini pihak bomba menjangkakan hanya 49 mangsa yang terbabit dengan kemalangan ngeri sebuah bas ekspres terjunam di dalam gaung sedalam 200 kaki di kilometer 3.6 jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur. Namun maklumat terbaru mengatakan 4 lagi mangsa (Meninggal Dunia) berjaya di temui pihak polis di tempat kejadian.

Jumlah keseluruhan mangsa kemalangan ngeri bas ekspres menjunam ke dalam gaung buat ketika ini adalah 53 orang.

Dari jumlah 53 mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut, 35 adalah lelaki dan 18 adalah wanita. Kesemuanya di percayai warga negara Malaysia.

Sejumlah 37 mangsa yang terbabit dengan kemalangan berkenaan telah meninggal dunia. Dari jumlah 37 yang meninggal dunia, 2 orang berbangsa Melayu, 32 orang berbangsa Cina dan 3 orang berbangsa India.

Sehingga kini kerja-kerja menyelamat masih di teruskan.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog