Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 27 Januari 2014

Hot !!! "Lebuhraya Rakyat" Apa Sebab Kerajaan Negeri Tak Patuh Kontrak Yang Di Usaha Husam Musa ?


Sudah agak lama isu Lebuhraya Rakyat di Kelantan hasil ideal Husam Musa tenggelam dengan isu-isu lain. Namun isu berkenaan kembali hangat apabila sebuah syarikat yang memetrai perjanjian bersama dua anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan telah menyaman dua anak syarikat terbabit setelah melanggar kontrak pembinaan lebuhraya tersebut.
KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama
Apakah kegagalan dua anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan menepati kontrak dengan syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) disebabkan kurang kemampuan menyediakan dana sebanyak RM 1.8 Billon untuk projek berkenaan atau mempunyai permasalahan politik dalaman didalam projek berkenaan ?.

Untuk makluman semua.. Syarikat  DHI dari Korea merupakan sebuah syarikat pembinaan yang dipilih ketika zaman Husam Musa menjadi EXCO Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Nik Aziz. Setelah tidak lagi dilantik sebagai EXCO, Husam Musa pernah menyuarakan rasa kurang puas hati apabila Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran Ahmad Yaakob tidak meneruskan kontrak yang dimetrai Kerajaan Negeri ketika dirinya bergelar EXCO.

Apakah disebabkan kepentingan peribadi dengan Syarikat DHI tergugat telah menyebabkan Husam Musa tidak berpuas hati terhadap Kerajaan Negeri Kelantan apabila Kerajaan Negeri Kelantan pentadbiran Ahmad Yaakob enggan mematuhi kontrak yang dilakukan sebelum ini ?.

Agak pelik apabila Kerajaan Negeri pentadbiran Ahmad Yaakob mengetahui bahawa kontrak bersama DHI telah dimetrai semasa zaman Husam Musa tapi Kerajaan Negeri enggan mematuhi kontrak terbabit.

Tentu ada perkara yang tidak kena di lakukan Husam Musa yang cuba diselindungkan Kerajaan Negeri Kelantan dari terdedah kepada pengetahuan umum tentang projek berkenaan.

Bertambah pelik lagi apabila beberapa hari yang lalu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata projek tersebut didalam proses mencari tender bagi menjalankan pembinaan pada fasa pertama projek Lebuhraya Rakyat dengan mengenepikan syarikat DHI berkenaan.

Pastinya ada sebab yang munasabah dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengetepikan kontrak syarikat DHI sehingga membuatkan Husam Musa naik angin terhadap Ahmad Yaakob.


PISAU KEDAH :-

JOM LAYAN VIDEO HUSAM MUSA KENA BALUN PASAL LEBUHRAYA RAKYAT



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang lawak video husam kena balun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...