Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 10 November 2013

@MukhrizMahathir Perlu Tahu Ajaran Syiah Telah Disebarkan Melalui Sekolah Menengah Di Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama

Ganas !!! Penyokong PAS Dakwa Ada Anjing Bertanding Kerusi Ketua Pemuda Pas


SHAH ALAM – Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Asmuni Awi, sudah pun muncul kempen memburuk-burukkan calon parti itu yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook hari ini.

Menurut sumber Sinar Harian Online, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.

Manakala dua lagi pencabar Zulhazmi seperti Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar.

Pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

“Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.

“Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian,” katanya.

Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

“Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.

“Perlu diingatkan bukan saja hala tuju parti kita terletak di tangan para perwakilan sekalian namun kekuatan ummah atau umat Melayu Islam juga terletak kepada keputusan yang kita buat dalam muktamar ini,” katanya sambil menyifatkan satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam.

Kempen itu jelas menyalahi peraturan pemilihan Pas kali ini yang membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk beberapa garis panduan parti itu.

Antaranya ahli Pas dilarang menerbit, mengeluar, menyiar atau mengedarkan dalam sebarang bentuk kenyataan sama ada secara lisan atau bertulisan atau grafik atau karikatur dalam apa-apa medium sekalipun yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau apa jua kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli Pas supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundi atau tidak mengundi mana-mana ahli Pas.-Sinar Harian

Tahniah @PDRMsia Kerana Berjaya Menahan Suspek Pembunuhan Kejam Pegawai Ambank


Tahniah pihak Polis kerana telah berjaya menahan pengawal keselamatan yang bertindak kejam membunuh pegawai bank (Ambank), Norazita Abu Talib, 37.

Dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Oktober lalu, pengawal keselamatan yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan telah menembak dengan jarak dekat mangsa yang ketika itu sedang menyelia sebuah mesin atm.

Penahanan suspek pengawal keselamatan tersebut di Johor Baharu telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun rasmi twitternya.

Melalui akaun twitter itu juga, Ketua Polis Negara juga mengucapkan tahniah kepada Team Ops Cantas Bukit Aman kerana berjaya menahan suspek.


Diharapkan selepas ini kejadian sebegini tidak berulang kembali.  

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Norazita Abu Talib serta arwah-arwah umat Islam yang lain semoga dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sabtu, 9 November 2013

Hot !!! Mat Sabu Sekali Lagi Bakal Menjulang Jawatan Timbalan Presiden Di Sebabkan Penolakan Ulama Dalam PAS


Nampak gayanya dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke 59 ini, perjuangan golongan pro ulama PAS untuk mempertahankan dasar parti bahawa jawatan Timbalan Presiden PAS hanya untuk golongan Ulama tidak akan kesampaian apabila dilihat peluang Mat Sabu untuk mempertahankan jawatan tersebut lebih cerah berbanding lawannya yang mahu merebut jawatan tersebut.

Dalam LIMA pemimpin PAS yang dikatakan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, TIGA darinya dikhabarkan telah menarik "hand break" awal iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Husam Musa disebabkan tidak yakin dengan kemenangan menentang Mat Sabu.

Kini yang masih lagi dikatakan akan menentang Mat Sabu hanyalah Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Namun peluang Nik Mohd Amar dilihat kabur kerana dari maklumat dalaman.. Nik Mohd Amar hanya mendapat sokongan undian dari kem Ulama sahaja berbanding Mat Sabu yang akan mendapat sokongan dari kem profesional dan kem anwarinas.

Malahan lebih teruk apabila dari kem profesional dan kem anwarinas dilihat mula melakukan kempen menjatuhkan calon yang dibayangi golongan ulama (Nik Mohd Amar) disebabkan kecewa dengan resolusi ke tujuh dari lapan resolusi yang dituntut dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia PAS yang berlangsung pada 14 September lalu di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Dalam resolusi ke tujuh.Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

Golongan profesional dan golongan anwarinas melihat tindakan Ulama PAS seolah-olah menyekat pergerakan golongan profesional dan golongan anwarinas lebih jauh didalam PAS.

Sekiranya berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Presiden PAS.. Pastinya nasib Hadi Awang juga akan menjadi malang seperti Nik Mohd Amar kerana bagi golongan profesional dan anwarinas ketetapan hanya golongan Ulama layak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden sudah tidak lagi relevan didalam usaha menentang BN.


Sah !!! Seorang Lagi Pemimpin PKR Letak Jawatan Selepas ADUN Kadamaian


KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi PKR Sabah, berkuat kuasa serta merta hari ini.

Jelani berkata beliau secara moral mengambil keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan cara pelantikan barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan kepimpinan MPN terutama Lajim dan kegagalan parti itu berhubung hak-hak Sabah dan autonomi seperti dijanjikan sebelum ini.  

Bercakap pada sidang media di sini, beliau mempersoalkan pemilihan Lajim sebagai pengerusi MPN Sabah yang disifatkan tidak dibuat secara konsensus serta kaum Kadazandusun Murut (KDM) dalam PKR negeri tidak diberi kedudukan sewajarnya.

Beliau menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah atas kehendak sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN).

"Saya belum menentukan sama ada akan menyokong kerajaan atau sebaliknya selepas ini," katanya.

Mengenai keahliannya dalam PKR, Jelani berkata, beliau sendiri tidak pasti sama ada beliau ahli parti itu atau sebaliknya kerana sejak mengemukakan permohonan menjadi ahli pada 2010, beliau tidak pernah menerima surat pengesahan bahawa beliau diterima sebagai ahli.

"Sehingga saya jadi calon, malah sehingga ke hari ini saya tidak tahu sama ada saya ahli PKR atau tidak. Saya anggap saya bukan ahli PKR sebab saya tidak pernah menerima surat pengesahan penerimaan dari ibu pejabat PKR," katanya.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Jelani yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Dun Matunggong dengan majoriti 320 undi.

Beliau memperoleh undi sebanyak 6,947 berbanding pencabar  terdekatnya Sarapin Magana daripada BN yang mendapat 6,627.  - Bernama

Jumaat, 8 November 2013

Demi Menjilat DAP, Ahli Parlimen PKR @FauziAbdRahman Sanggup Menipu Sejarah Islam #KedahAmanMakmur


Pisau Kedah tak sangka Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Datuk Fauzi Abd Rahman sanggup memutar belit fakta sejarah Maal Hijrah demi mengagung-agungkan DAP kononnya Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah untuk menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin adalah usaha menyatukan orang Islam dengan orang bukan Islam.

Di bawah merupakan sedutan sidang Parlimen pada 06 November 2013 dari perbahasan Datuk Fauzi Abd Rahman ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014.



“Bahawasanya kita dengan mengambil semangat Maal Hijrah, saya bermula dengan Maal Hijrah dan menggulung dengan Maal Hijrah. Tiga perkara yang dilakukan oleh Rasulullah apabila berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pertama, dia menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin. 
“Dia menyatukan….dia tidak menyatukan Melayu dengan Melayu. Dia tidak menyatukan Islam dengan Islam. Dia menyatukan Islam dengan bukan Islam. 
“Dalam erti kata lain dengan semangat Maal Hijrah, perpaduan rakyat bukan perpaduan Melayu, bukan perpaduan Orang Asli, bukan perpaduan Cina. Perpaduan rakyat Malaysia harus menjadi keutamaan dalam gerakan kerajaan kita yang ada pada hari ini.”

Apa yang dimaksudkan Fauzi Abd Rahman bahawa Rasulullah S.A.W membawa orang Islam (Golongan Muhajirin) untuk menyatukan dengan bukan Islam (Golongan Ansar)

Benarkah ketika penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.. Golongan Ansar bukan dari golongan bukan Islam ??
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan Orang–orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”(At-Taubah : 100).
Untuk pengetahuan.. Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah (Yatsrib) yang terdiri dari DUA kaum utama iaitu Aus dan Khazraj.

Aus Dan Khazraj dari Madinah merupakan diantara kaum yang terlibat didalam perjanjian Aqabah 1 dan 2 yang ketika itu belum lagi berlaku penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama golongan Muhajirin ke Madinah.

Selepas perjanjian Aqabah 1 dan 2.. Golongan Ansar merupakan golongan yang bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan agama Islam di Madinah yang ketika itu Madinah dikenali Yatsrib.

Selepas perjanjian Bai'atul ' Aqabah Ats Tsaaniyah (Perjanjian Aqabah 2), Rasulullah S.A.W telah melantik 12 para Nuqabak yang terdiri dari 9 orang kaum Khazraj dan 3 orang kaum Aus untuk membimbing umat Islam serta menyebar luas lagi agama Islam di Yatsrib.

Telah terbukti bahawa sebelum penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama golongan Muhajirin ke Madinah.. Islam telah pun dibawa masuk ke Madinah oleh golongan Ansar melalui perjanjian Aqabah 1 dan 2.
“Dan orang-orang yang telah menempati Bandar Madinah dan telah beriman (yakni kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung,” (Al-Hasyr: 9)
Ketika golongan Ansar yang telah pun memeluk Islam mengetahui Rasulullah S.A.W bersama Muhajirin meninggalkan Kota Mekah. Golongan Ansar yang telah beriman menanti kehadiran Rasulullah S.A.W berhari-hari tanpa rasa jemu sehinggalah tiba Rasulullah S.A.W bersama Muhajirin ke Madinah untuk menyatukan golongan Muhajirin dan golongan Ansar.

Fauzi Abd Rahman patut mengetahui bahawa peristiwa Hijrah adalah peristiwa penghijrahan Rasulullah ke Madinah untuk menyatukan golongan Muhajirin (Islam) dan golongan Ansar (Islam) dan bukannya seperti yang di maksudkan Fauzi Abd Rahman.. "Rasulullah S.A.W tidak menyatukan Islam dengan Islam, Rasulullah S.A.W menyatukan Islam dengan bukan Islam".

Kalau ya pun nak jilat DAP, Pemimpin PKR atau PAS tidak patut memutarbelit sejarah Islam yang telah pun tertulis begitu lama.

Fauzi Abd Rahman patut membuat pemohonan maaf secar terbuka kepada umat Islam kerana memutar belit sejarah Islam.




Hot !!! Tamparan Maut Untuk PKR Apabila ADUN Sendiri Tidak Yakin Dengan "KEADILAN" PKR #KedahAmanMakmur


Setelah ADUN Kadamaian (Sabah), Jeremmy Malajad mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) kerana tidak yakin parti itu mampu menunaikan janji membela rakyat, kini seorang lagi ADUN Sabah dikatakan bakal mengikut jejak langkah ADUN Kadamaian.

ADUN yang Pisau Kedah maksudkan merupakan ADUN Matunggong (Sabah), Datuk Jelani Hamdan yang dilihat secara terbuka mengkritik kepimpinan PKR Pusat yang memandang rendah kepimpinan PKR Sabah.

Ketegangan ini berlaku apabila kepimpinan PKR pusat telah mengenepikan kepimpinan PKR Sabah didalam memilih Pegerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah. Tindakan PKR pusat itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan kepimpinan PKR Sabah sehinggalah Datuk Jelani Hamdan menyuarakan ketidak puasan hati mereka kepada kepimpinan PKR pusat.

Akibat menyuarakan ketidak puasan hati.. Datuk Jelani Hamdan telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana mempertikai keputusan kepimpinan PKR pusat.

Menurut Datuk Jelani Hamdan, perkara seumpama itu tidak selaras dengan nama parti Keadilan sendiri yang mahu memberi keadilan kepada semua orang termasuk hak bersuara.

Apabila ditanya apakah Datuk Jelani Hamdan akan meninggalkan PKR sepertimana Jeremmy Malajad.. Datuk Jelani Hamdan tidak menolak kemungkinan akan bertindak sedemikian kerana kecewa dengan kepimpinan PKR pusat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...