Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

"Ancaman Fahaman Syiah" PAS Hanya Bersikap Retorik Untuk Menentang #KedahAmanMakmur



Dalam isu fahaman Syiah yang telah menular ke dalam PAS, mengapa sehingga sekarang PAS masih lagi berdiam diri ?.

Berkenaan isu fahaman Syiah yang telah menular ke dalam PAS, Pisau Kedah tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS), Ashiq Elahi yang juga merupakan ahli PAS seumur hidup mengatakan "Ahli parti PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah akan tersingkir secara automatik hanyalah retorik" .

Ashiq Elahi (Tenggah) bersama Prof Dr Abd Aziz Hanafi (Kiri), Dekan Fakulti Syariah KUIN dan Mohd Shahrilazrie Mustaffa (Kanan), Timbalan Pengerusi 2 GIPTIS

Untuk pengetahuan semua.. Maklumat dalam PAS yang Pisau Kedah perolehi amat mengejutkan. Fahaman Syiah sememangnya sedang bermaharaja lela di dalam parti PAS terutamanya PAS di Kedah. Pemimpin parti berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang hilang sokongan politik.

Pernah terjadi satu kes baru-baru ini apabila seorang ahli PAS yang memegang jawatan sebagai Setiausaha (SU) parti berkenaan (tidak pasti di peringkat mana) di Kuala Kedah telah meninggal dunia. Di fahamkan SU terbabit merupakan penyokong kuat seorang Adun di Kuala Kedah yang juga merupakan salah seorang pemimpin PAS yang mahu menjatuhkan Ustaz Azizan Razak semasa PRU13 yang lalu.

Adun PAS terbabit Pisau Kedah tidak pasti adakah seorang yang berfahaman Syiah atau Sunnah Wal Jemaah (Sunni). Tapi yang pastinya Adun PAS terbabit menggunakan khidmat SU PAS terbabit untuk mendapat sokongan dari pengikut-pengikut Syiah di kawasannya bagi memenangi kerusi yang di tandinginya semasa PRU13 yang lalu.

Berbalik kepada cerita SU PAS seorang yang berfahaman Syiah. Sebelum meninggal dunia, SU PAS terbabit telah mewasiatkan agar mayatnya di simpan mengikut fahaman Syiah. Setelah kematiannya pengikut-pengikut Syiah telah menguruskan mayat berkenaan dan di mandikan secara mendirikan mayat secara menegak dan mengebumikan mengikut amalan fahaman Syiah. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila beberapa pemimpin PAS Kedah dan turut menyaksikan mayat yang di mandikan mengikut fahaman Syiah dan mengetahui akan hal itu, namun perkara terbabit di sembunyikan dari pengetahuan umum demi kepentingan politik PAS.

Ternyata PAS menghalalkan apa saja demi keuntungan politik dan matlamat memperolehi kuasa. Bagi PAS  "politik" dan "matlamat" adalah penghalal cara walaupun terpaksa mengetepikan tuntutan Islam.

Selain itu, menurut maklumat yang Pisau Kedah perolehi dari pihak dalaman, kepimpinan PAS sendiri mengetahui kewujudan ramai ahli PAS yang menganut fahaman Syiah sudah begitu lama, namun tiada sebarang tindakan yang di ambil parti itu walaupun PAS melalui ketua penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan akan menyingkirkan ahli PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.

Apa yang di perkatakan Ashiq Elahi, Timbalan Pengerusi GIPTIS sememangnya berasas. PAS hanya bersikap retorik di dalam menentang fahaman Syiah yang sudah menular ke dalam PAS.

Mana mungkin untuk PAS hendak menentang fahaman Syiah di dalam PAS sekirannya PAS sendiri bersikap terbuka menerima Syiah di dalam PAS. Kalau semua tak percaya.. Cuba dengar betul-betul kenyataan dari Ketua Pemuda PAS di bawah ni.

1 ulasan:

Xpas berkata...

Zahirnya sesetengah pimpinan masih ragu dan tak yakin dan pasti akan kesesatan dan kekufuran syiah. Atau mungkin sengaja didiamkan kerana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog