Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 29 Ogos 2013

Terpanas !!! PAS Sapu Lebih RM 2 Juta Duit GLC Untuk Dana PRU13 #KedahAmanMakmur


Akhirnya terbongkar juga rahsia Kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran PAS sebelum ini apabila sebuah syarikat GLC milik Kerajaan Negeri telah di siasat oleh pihak SPRM berhubung kes pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM 2 Juta untuk menaja dana politik PAS pada PRU13 lalu.

Memang dasyat puak PAS ni.. Nama saja parti Islam tapi langsung tak amanah. Guna duit Kerajaan Negeri untuk kepentingan parti. 

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.. Siasatan terhadap syarikat berkenaan dibuat berhubung aktiviti rasuah, kes pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Nampak sangat la PAS menggunakam imej Islam untuk melakukan kerja terkutuk mereka.

Selain dari isu Pecah Amanah lebih RM 2 Juta membabitkan syarikat GLC.. Isu penyelewengan berkaitan projek pembalakan di Papua New Guinea yang di lakukan di zaman pentadbiran PAS juga kini dalam siasatan SPRM.

Dalam isu projek Papua New Guinea ni.. Pisau Kedah yakin ianya telah berlaku penyelewengan membabitkan wang yang bernilai jutaan ringgit.. Lepas ni kita tengok sapa yang akan mengedik-ngedik kepanasan.

Ketika sidang media yang di lakukan Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir berkenaan  isu di atas.. Mukhriz Mahathir menyatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah melanggar undang-undang..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog