Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 28 Ogos 2013

@NajibRazak Perlu Berhati-Hati Dengan Individu Mahu Mengkeparatkan UMNO


Dalam peperangan alam maya membabitkan pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pisau Kedah sebenarnya malas nak masuk campur sangat.. Lantak la siapa nak sokong siapa pun asalkan yang di sokong tidak membawa rebah kepada masa depan UMNO.

Sejak beberapa hari ini.. Pisau Kedah melihat kerusi Naib Ketua Pemuda (NKP) UMNO Malaysia agak panas apabila satu pendedahan tentang seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri (KPUN) di sebuah negeri tanah air yang berstatus koperat memegang berpuluh syarikat hendak bertanding sebagai NKP (Klik Di Sini)


Pisau Kedah tidak kisah sekiranya KPUN tersebut yang juga merangkap ahli keparat... oppps silap !!!.. ahli koperat hendak bertanding sebagai NKP.. Tapi KPUN tu pasti ka imejnya sebagai ahli koperat memiliki mampu menarik sokongan dari golongan pemuda ??.

Harus di ingat.. Pada PRU 13 yang lalu sokongan pemuda di Malaysia tidak memihak kepada BN atas kelemahan Pemuda Parti. Ada segelintir Ketua Pemuda UMNO di peringkat bahagian gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda sehingga menyebabkan UMNO gagal mendapat sokongan dari golongan Pemuda pada PRU13 yang lalu.

Bagaimana Ketua Pemuda UMNO Bahagian hendak mendapat sokongan golongan pemuda sekiranya sebulan sekali nak jumpa di bahagian agak susah . Bila di tanya dikatakan asyik sibuk dengan bisnes atau asyik sibuk dengan  menjaga pak-pak menteri di Pusat.

Tolong la.. Kepada ahli koperat yang merasakan dirinya mampu membahagikan masa kepada tanggungjawab kepada jawatan dalam UMNO dan bisnes tak apalah untuk bertanding apa-apa pun jawatan .. Tapi kalau merasakan memegang jawatan dalam UMNO merupakan jalan mudah untuk mengKAYAkan diri atau menambah koleksi syarikat.. Baik tak payah la bertanding.. UMNO bukan untuk di keparatkan.

Kepimpinan tertinggi UMNO perlu serius dalam menentukan hala tuju UMNO sekarang kerana PRU14 merupakan tali pengukur kepada masa hadapan UMNO yang merupakan sebuah parti keramat. Sekiranya Pemuda UMNO Malaysia masih lagi gagal menarik perhatian golongan pemuda di Malaysia.. UMNO boleh say hai... hai.. Bye... Bye kepada Putrajaya selepas ini.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog