Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 28 Ogos 2013

Panas !!! ADUN PAS Gelabah Bewak Bila Rahsia KUIN Di Dedahkan Dalam Sidang DUN #KedahAmanMakmur



Boleh dikatakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama setelah BN menawan kembali Kedah pada PRU13 yang lalu banyak berbahas tentang KUIN yang kononnya bagi pembangkang banyak masalah yang sedang melanda.

Hummmpp... Baru sekarang puak PAS baru nak sedaq yang KUIN mempunyai masalah.. Dulu kalau kakitangan KUIN melakukan demo menuntut pembayaran gaji yang gagal di bayar itu bukan masalah kot bagi PAS ?? . Bekas Rektor KUIN merosakkan KUIN dengan membawa masuk syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd bukan satu masalah kot ?.. Kontraktor menyaman KUIN kerana gagal melunaskan hutang, itu bukan satu masalah kot ?.. Kampus di bina tanpa ada Masjid dan Asrama seperti di dalam plan asal pembinaan itu bukan satu masalah kot ?..


Cuba bayangkan dalam syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd yang di tubuhkan ketika era pentadbiran Pakatan Haram di Kedah mempunyai LIMA anak syarikat dan setiap ceo-ceo di bayar gaji serendah RM10,000 sehingga RM35,000 dengan menggunakan duit Kerajaan negeri yang di peruntukan kepada KUIN.

Di dalam Sidang DUN yang berlangsung kelmarin berkenaan isu KUIN, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) telah mengemukakan bukti dan fakta tentang KUIN berdasarkan siasatan dan audit dalaman ketika menggulung perbahasan berkenaan KUIN.

Di sebabkan pendedahan tersebut, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (ADUN PAS Pengkalan Kundur) menunjukkan reaksi terkejut dengan pendedahan Datuk Tajul Urus dan bangun mencelah mengatakan apa yang di dakwa itu di luar pengetahuan barisan EXCO ketika pentadbiran Kedah di bawah Pakatan Haram.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh KUIN.

Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

“Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah,” kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh KUIN.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

“Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA.

Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin,” katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap KUIN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog