Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 20 Ogos 2013

#HariKoperasi13 Merupakan Satu Pengiktirafan Buat Negeri Kedah


Bertemakan "Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat", Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun ini telah memilih Kedah sebagai negeri pilihan untuk diadakan Hari Koperasi Negara 2013.

Program tahunan SKM itu yang berlangsung selama tiga hari itu akan berlangsung di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah bermula dari 23 Sehingga 25 Ogos ini. Orang ramai turut dijemput hadir ke program berkenaan bagi memeriahkan lagi acara program tahunan itu.

Pada sambutan kali yang ke 12 ini, pelbagai acara menarik yang akan disediakan pihak SKM kepada pengunjung yang hadir. Antara acara menarik adalah, Ekspo dan Pameran untuk dilawati pengunjung, TV Game Show, Pertandingan Tomoi, Forum Perdana, Bersama Selibriti tanah air, Auto Show bagi peminat-peminat kereta dan pelbagai lagi acara yang menarik menanti pengunjung.

Menurut pengerusi SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata Sambutan Hari Koperasi Negara 2013 yang berlangsung di Kedah turut juga di sertakan dengan Majlis Sambutan Adilfitri dan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai program ini yang juga turut di sertai juga koperasi dari luar negara bagi mempromosikan produk koperasi masing-masing.

Antara koperasi dari luar negara yang mengesahkan akan menyertai Hari Koperasi Negara 2013 adalah koperasi dari negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Dijangkakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Hari Koperasi Negara 2013 pada 24 Ogos.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog