Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 22 Februari 2013

Benarkah Kakitangan KUIN Merupakan Ejen UMNO Seperti Yang Di Perkatakan Azizan ?? #TukarKedah




Patut la Azizan Razak di tentang hebat oleh Dewan Ulama PAS Kedah dan penyokong PAS sendiri kerana di sebabkan cara pentadbirannya yang banyak memburukan imej partinya sendiri.

Azizan Razak sememangnya seorang Menteri Besar yang bersikap DIKTATOR kerana keenggannya mendengar teguran dari pihak lain selain daripada kroni-kroninya yang terdekat sahaja yang banyak merosakkan imejnya sebagai seorang Menteri Besar.

Terbukti bahawa Azizan Razak seoran pemimpin yang DIKTATOR apabila Azizan Razak enggan mendengar rintihan dari kakitangan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ) setelah di tindas oleh REKTOR KUIN yang menjadi kroni kesayangan Azizan Razak.

REKTOR KUIN yang Pisau Kedah maksudkan adalah Jamil Osman, individu yang di pertanggungjawapkan oleh Azizan Razak menguruskan pentadbiran KUIN sehinggakan kakitangan KUIN terpaksa berhadapan dengan pelbagai permasalahan di sebabkan kezaliman Jamil Osman sejak di lantik sebagai REKTOR KUIN.

Pada beberapa hari yang lalu setelah sekian lama bersabar dan memberi peluang kepada Azizan Razak menyelesaikan permasalahan mereka, kakitangan KUIN telah membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja setelah pentadbiran KUIN yang di ketuai oleh Jamil Osman telah menafikan hak dan kebajikan mereka sebagai kakitangan KUIN.

Jamil Osman- Rektor KUIN
Hanya di sebabkan laporan berkenaan, Azizan Razak selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah telah menuduh kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO dan meminta kakitangan KUIN yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran KUIN tinggalkan KUIN dan mencari kerja lain hanya disebabkan mereka mendedahkan kezaliman yang di lakukan Jamil Osman.

Lihatlah bertapa Azizan Razak bersikap DIKTATOR dalam pentadbirannya dengan tidak mendengar apa yang di perkatakan pihak lain selain kroni-kroninya yang terdekat sahaja.

Selaku seorang Menteri Besar dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah, Azizan tidak sepatutnya mengeluar kenyataan begitu secara melulu. Sebaliknya Azizan Razak perlu menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat apakah benar dakwaan kakitangan KUIN di zalimi REKTOR KUIN, Jamil Osman.


Selang beberapa hari selepas kakitangan KUIN membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Azizan  Razak menuduh mereka sebagai ejen UMNO. Kakitangan KUIN telah menghantar satu memorandom kepada Azizan Razak supaya meminta maaf di atas dakwaan Azizan Razak  kepada kakitangan KUIN yang membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja sebagai ejen UMNO.

Menurut kakitangan KUIN, kebanyakan kakitangan KUIN merupakan penyokong kepada PAS yang telah memberi undi kepada PAS Kedah pada PRU 12 yang lalu. Tak mungkin mereka merupakan ejen UMNO. . Mereka bersuara hanya menuntuk hak mereka sebagai kakitangan KUIN sahaja dan bukannya memperlekehkan parti PAS Kedah.

Selepas hampir 4 tahun terseksa dengan kezaliman REKTOR KUIN, Jamil Osman. Barulah beberapa kakitangan KUIN yang di zalimi telah berjumpa dengan Ketua UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil 2 hari yang lepas untuk meminta bantuan.


Dalam sidang media yang telah di buat , Datuk Seri Shahrizat Jalil, beliau meminta agar Azizan Razak bersedia mengwujudkan jawatankuasa KUIN bagi menyiasat dakawaan kakitangan KUIN yang telah di zalimi. Sekiranya Azizan Razak enggan berbuat demikian. Wanita UMNO Malaysia bersedia menghulurkan bantuan menyediakan barisan peguam untuk membela nasib kakitangan KUIN.

Hanya di sebabkan beberapa kakitangan KUIN telah berjumpa dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk membela nasib mereka. Azizan Razak enggan meminta maaf kepada kakitangan KUIN yang di tuduhnya sebagai ejen UMNO dan menyalahkan kakitangan KUIN kerana tidak pernah tampil berjumpa dengannya.

Apakah benar dakwaan Azizan Razak bahawa kakitangan KUIN tidak pernah berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah ??

Nantikan Pisau Kedah akan dedahkan di posting pendedahan tentang KUIN selepas ini.. banyak lagi yang Pisau Kedah akan terangkan tentang KUIN ni..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog