Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

Malang Buat Rakyat Kedah Apabila Mempunyai Menteri Besar Yang Bersikap DIKTATOR



Tak sangka juga, Azizan Razak sanggup menjadi seorang Menteri Besar yang DIKTATOR setelah kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN ) menuntut hak mereka sebagai pekerja yang telah di tindas oleh Rektor lantikan Azizan Razak iaitu Jamil Osman.

Belum pernah lagi ada dalam sejarah Negeri Kedah terdapat Menteri Besar bersikap DIKTATOR seperti Azizan Razak.


Untuk mengetahui lebih lanjut sikap DIKTATOR Azizan Razak, sila baca pendedahan blogger TMK, Medan Tempur .

Terkejut aku bila baca kenyataan Azizan dalam laporan sebuah ahkbar semalam..Azizan kata dia dah takmau ambik tau lagi pasal KUIN dari segi pentadbiran ataupun minit mesyuarat Palsu yang di reka oleh kroni beliau iaitu si Jamil..

Paling bestnya Azizan kata semua yang dedahkan maklumat dalaman KUIN tu adalah ejen Umno..Nampaknya Azizan sanggup berbohong lagi..

Untuk pengetahuan semua, isu ini dibongkarkan sendiri oleh staff KUIN yang kebanyakkannya penyokong tegar Pas..

Mereka ini bekerja dari dulu lagi, malah ada yang bekerja sejak KUIN ditubuhkan..Dulu masa zaman BN mentadbir Kedah KUIN memang tak ada masalah..

Walaupun kebanyakkannya staff KUIN penyokong kuat Pas..Kerajaan BN tidak pernah sesekali menzalimi mereka seperti apa yang dibuat oleh Kerajaan Pas Kedah sekarang..

Sekarang ini mereka memberontak bukan soal kepentingan mana mana parti politik..Tetapi mereka memberontak disebabkan sumber periuk nasi mereka dizalimi oleh pentadbiran KUIN..

Bagaimana rasanya kalau anda kerja bagai nak mati selama 3 bulan tanpa gaji?? Macamana nak bagi anak bini makan minum dirumah ?? ditambah pula dengan bebanan pinjaman perumahan dan kenderaan??Penyelarasan gaji sebanyak 13% sebagai kakitangan awam dinafikan??

Bayangkan kalau semua itu berlaku kepada Azizan atau Jamil rektor ?? Anda rela hadapi semua ini??

Sepatutnya Azizan perlu berterima kasih kepada staf staf KUIN yang mendedahkan sendiri PERANGAI SYAITAN SYAITAN DALAM KUIN tu yang selama ini memusnahkan KUIN dari dalam sehingga membebankan kewangan kerajaan negeri bukannya menghalau mereka dari terus berkhidmat dalam KUIN..

Azizan naik angin sebab isu masalah dalaman KUIN, staff yang memberontak ini suka panggil media buat liputan..Sebenarnya mereka mereka yang dimaksudkan Azizan ini telah berjumpa beliau dirumah beliau sendiri untuk berbincang dan selesaikan masalah ini..

Tapi Azizan langsung tidak mendengar rintihan mereka, malah mereka yang ke rumah Azizan pada malam tu kena marah..Sedangkan yang pergi itu semuanya penyokong tegar Pas dan sudah lama berkhidmat dalam KUIN dan bukannya baru bekerja selepas Pas mentadbir Kedah..

Sejak Pas mengambil alih pentadbiran negeri Kedah, KUIN tidak pernah menguntungkan..Malah Kerajaan negeri terpaksa keluarkan belanja yang banyak setiap tahun untuk menyelamatkan nyawa KUIN yang makin nazak diratah oleh jerung jerung berjawatan CEO dalam kesemua anak syarikat Insaniah Holding..

Itu belum termasuk duit duit yang digemis sendiri oleh Jamil dari anak anak syarikat negeri..Sekarang ini pula beban hutang KUIN perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM 330juta dan setiap tahun mereka perlu bayar RM49.2 juta kepada intitusi kewangan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog