Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 2 Julai 2014

@NajibRazak : "Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Merupakan Satu Keperluan Yang Mendesak" - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata #HanyaDiKedah



Dalam sidang media yang dilakukan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah kelmarin ketika menyampaikan sumbangan serta berbuka puasa bersama 1256 tenaga pengajar Al-Quran sukarela, Mudim, Bidan dan Pengurus Jenazah daerah Kuala Muda di Masjid Kairah Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, YAB Dato Seri menyatakan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim satu keperluan yang mendesak.


Pisau Kedah menyokong sepenuhnya hasrat Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim bagi pertumbuhan ekonomi setempat.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim cukup strategik kerana ianya mampu menarik perhatian pelabur-pelabur untuk datang melabur di Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang akhirnya ianya boleh memberi manfaat peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan serta anak-anak muda yang tinggal di utara Perak dan Pulau Pinang.

Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan menitik berat pembangunan ekonomi di Negeri Kedah yang bakal bertumbuh pesat sekiranya hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tercapai.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

kalau pm nak tolong mb kedah ni alhamdulillah...tapi nak tolong ke..orang kata tq najib sbb bagi mukriz jadi mb kat kedah.pm antara orang menyesal bila mukriz menyinar d kedah.macam2 mukriz buat bila d campak d kedah.

mukriz tak boleh berada d federal bila banyak benda yang bertentangan dengan etika mukriz contohnya tppa.mukriz dari dahulu lagi tak setuju dengan tppa.tup2 turun ke dun.last minit baru najib umum mukriz mb kalau kedah dapat balik kat bn.

pm tengah pulas negara kiri kanan...nasib badan lah kita ye...

gie7

Tanpa Nama berkata...

jordan retro
hermes birkin
kd 13
air jordans
supreme clothing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...