Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 29 April 2013

Husam Musa Menangis Hiba Kerana Tun M Bantu BN Untuk Berkempen Di Putrajaya #TolakPR


Sehingga sekarang siapa pun tidak dapat menafikan AURA kekuatan Ayahnda Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia di dalam mendapat sokongan rakyat di Malaysia. 

Sebut saja nama TUN M.. Pastinya rakyat Malaysia cukup mengenalinya.. Malahan Malaysia menjadi negara yang cukup terkenal di mata dunia pun di sebabkan hasil kerja beliau..

Tak hairan la.. kembalinya Ayahnda TUN M ke dalam UMNO dan membantu berkempen untuk BN di PRU 13 menandakan impian PAS meletakan Husam Musa untuk menawan Putrajaya kian berkubur walaupun PAS membawa tok keramat mereka Nik Aziz untuk membantu Husam Musa berkempen di Precint 3 Putrajaya pada Jumaat yang lepas.

Dengan bangga dan angkuhnya PAS mengatakan kononya mereka berjaya menawan Putrajaya setelah kehadiran Nik Aziz pada Jumaat lepas berjaya menarik perhatian hampir 10,000 orang yang hadir..

Betul ka penduduk Putrajaya hampir 10,000 hadir ke program kempen Husam Musa yang di bantu Nik Aziz ??

Menurut sahabat Pisau Kedah yang tinggal di Percint 3 Putrajaya " Tak guna la berpuluh ribu yang datang pun.. Boleh dikatakan 98% orang luar dari Putrajaya. PAS telah kerahkan penyokongnya yang duduk di kawasan berhampiran Putrajaya untuk hadir".

Sebenarnya tujuan PAS berbuat demikian kononnya adalah untuk menunjukan kekuatan mereka setelah mereka mengetahui BN Putrajaya akan membawa Ayahnda TUN M turun ke Putrajaya pada hari Sabtu yang lalu.

Kehadiran TUN M ke Putrajaya telah berjaya menarik perhatian hampir 15,000 yang hadir.. Boleh di katakan 60% merupakan penduduk Putrajaya yang sebenar.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog