Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 2 Julai 2013

Info PRK Kuala Besut : BN Senaraikan 3 Nama Untuk Di Pertimbangkan Sebagai Calon


GENTING HIGHLANDS 2 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tiga nama yang terdiri daripada anak tempatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

"DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan kita akan pertahankan kemenangan. Pertamanya kita akan menyusun gerak kerja parti yang terbaik selain menyelesaikan isu-isu tempatan," katanya.

Muhyiddin yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.

Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN menghadapi PRK tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...