Pisau Kedah tertarik dengan satu email yang di hantar oleh saudara Shamsul Bahri Zakaria, PhD Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) ke ruangan E-mel anda Akhbar Harian Metro hari ini yang bertajuk "Yuran IPTA Kita Jauh Murah".
Mari kita ikuti email yang telah di kirimkan Shamsul Bahri Zakaria..
"Di Malaysia program pengajian 3 tahun bernilai RM3,200 manakala di Singapura RM17,600 hanya untuk belajar setahun".
Ada pihak yang menyatakan kos pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) terlalu tinggi, lantas menyarankan agar di turunkan. Malah ada pihak yang mendesak agar pendidikan diberikan secara percuma. Setakat manakah kebenaran pernyataan itu ?
Untuk memastikannya, kita perlu membandingkan yuran pengajian IPTA tempatan dengan Universiti di luar negara.
Memandangkan rakyat negara ini sering menjadikan "kelas dunia" sebagai penanda aras, moleklah jika kita membandingkan yuran IPTA kita dengan Universiti luar negara berkelas dunia seperti National University Of Singapore (NUS) dan Hong Kong University Of Science And Technology (HKUST).
Di NUS, yuran terendah untuk satu program pengajian setahun ialah kira-kira AS$5,500 (RM17,600).
Di Malaysia, yuran untuk program yang sama ialah kira-kira AS$1,000 (RM3,200) untuk keseluruham tempoh pengajian tiga hingga empat tahun.
Yuran pengajian untuk program Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Malaysia berjumlah antara AS$6,300 (RM20,160) dan AS$11,000 (RM32,000),manakala di HKUST, yuran pengajian bagi program yang sama berjumlah hampir AS$150,000 (RM480,000).
Yuran yang tinggi membolehkan universiti luar negara ini berbelanja besar untuk meletakkan diri mereka di puncak dunia pendidikan tinggi.
Mereka boleh membayar gaji yang tinggi untuk mendapatkan dan mengekalkan ilmuan terbaik.
Mereka boleh membina kemudahan yang moden untuk pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kondusif.
Mereka boleh memberikan biasiswa yang lumayan untuk menarik pelajar terbaik dari seluruh dunia belajar di universiti mereka.
Alumni mereka juga sangat pemurah dalam menyumbang wang tanpa syarat.
Britain pernah memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi kepada penduduknya.
Namun akhirnya kerajaan mereka sedar yang model berkenaan tidak boleh bertahan lama dan kini mengenakan yuran berjumlah AS$5,000 (RM16,000) untuk satu program pengajian.
Negara Scandinavia yang masih memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi sekarang susah sedar yang model mereka tidak boleh bertahan selamanya.
Tanpa sumber kewangan yang tinggi, universiti mereka tidak mampu bersaing dengan universiti terbaik di peringkat dunia.
Jika dibandingkan dengan contoh di atas, yuran IPTA kita masih jauh lebih rendah.
Ini disebabkan pengajian tinggi di IPTA diSUBSIDI tinggi oleh wang rakyat. Pelajar juga diberikan kemudahan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Seharusnya ia lebih memotivasikan pelajar untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk membina kerjaya dan membayar balik pinjaman berkenaan.
Dana yang dikumpulkan daripada yuran dan subsidi wang rakyat itu pun sebenarnya belum mencukupi untuk menjadikan IPTA kita berdaya saing di peringkat global.
Jika kita mahukan kualiti kita harus bersedia untuk mengeluarkan bayaran yang lebih tinggi.
Pisau Kedah:-
Rakyat Malaysia patut belajar erti bersyukur kerana Allah S.W.T tidak menyukai makhluk ciptaannya Kufur Nikmat.
1 ulasan:
kobe byrant shoes
bape clothing
kyrie 6
bape
golden goose sneakers
Catat Ulasan