Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 14 November 2013

Panas !!! Filem Seram "Highland Tower" Timbulkan Masalah Kepada Penduduk Berhampiran


Filem Melayu berunsur seram Highland Tower yang sedang ditayangkan di pawagam didakwa menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya.

Penduduk berdekatan pangsapuri itu, Datuk Siti Hendon Chik, berkata filem berkenaan yang menggunakan pangsapuri yang ditinggalkan itu sebagai lokasi penggambaran memberi kesan negatif kepada mereka.

Katanya, filem itu menggambarkan seolah-olah kawasan berkenaan benar-benar berhantu.

Gambaran karut.

"Itu semua karut, kami yang tinggal di sini sejak 1982 hingga sekarang masih belum mengalami kejadian aneh seperti digambarkan dalam filem itu.

"Sebaliknya, kehadiran orang ramai yang cuba memasuki kawasan ini juga mengganggu ketenteraman penduduk di sini," katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dari pangsapuri berkenaan.

Beberapa blok pangsapuri itu dikosongkan selepas satu bloknya tumbang pada 1993.

Pengawal keselamatan kawasan itu, R Uguneswaran, 25, pula berkata ramai orang cuba menceroboh kawasan itu sejak 31 Oktober lalu.

Dia yang bertugas mengawal jalan masuk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, mendakwa diancam dipukul kerana tidak membenarkan pengunjung masuk.

"Malam semalam (kelmarin), hampir 100 remaja bermotosikal cuba memasuki dan apabila dihalang mereka memaki kami," katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang buat Highland Tower jatuh dan sekarang nak cari laba dari kemalangan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

ALLAH YG MEMBUATKAN HIGHLAND TOWER JATUH,bukan manusia atau Umno!!! Kenyataan yg mendahului kuasa ALLAH SEOLAH2 semua kerja makhluk!! Umno adalah sebuah parti politik yg dianggotai oleh segelintir manusia dn manusia2 ini tidak memiliki apa2 keistimewaan dn kuasa magic.Sebagai sebuah parti yg dianggotai oleh manusia biasa dn bukan maksum Mcm NABI2 maka sudah semestinya ada melakukan kesalahan dn keburukan.Jika Umno jahat maka parti lainpun lebih kurang sama saja bahkan kadang2 lebih teruk lagi sehingga kalimah maha suci ALLAHpun hendak dijual kepada org2 kafir demi undi!! Isu aqidah adalah isu yg paling besar dn terpenting,tapi disebabkan pandai mengolah ayat dn memutarbelitkan cerita seolah2 rasuah itu sangat parah dimalaysia maka isu aqidah yg sangat penting dari segala isu diketepikan dn yg herannya yg mengaku Islampun hampir terpesong!! Jika rasuah sangat parah dimalaysia bermakna kita akan jadi seperti Somalia atau greece. Bangrup!! Tetapi dimalaysia rakyatnya masih boleh makan diluar setiap hari dn kadang2 hidangan setiap hari adalah Makanan yg agak mahal seperti pizza hut dn KFC.Rasuah adalah perkara yg perlu diberi perhatian,akan tetapi jangan menuding jari kepada org lain seolah2 parti yg kita sokong tidak berlaku rasuah dn bersih dari segala2nya...

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.06 PG. Anda sangat benar. Saya sokong 100%.

Tanpa Nama berkata...

Woi bodo dah lah pakai tanpa nama berani kasi tau lah nama sesilap kote pong takda hahahahah tangan manusia yg menyebabkan sesuatu bencana lah bodo tu la suh belajar pergi melepak sana sini pas tu buat alasan konon tererlah nak bagi pendapat x sedar diri tu bodo mcm hahahahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog