Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 26 Mei 2014

Akhirnya Calon DAP Akui Ibunya Terlibat Dalam Penubuhan PERKASA #PRKTelukIntan #JomPilihMah


TELUK INTAN, 26 Mei (Bernama) -- Calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat pernah terlibat dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata pada masa itu, ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan Perkasa.

"Ya, ketika itu beliau terlibat dengan Perkasa tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan Perkasa," jelasnya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web Perkasa dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada tahun 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

"Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar Perkasa sebelum AGM itu...ibu saya seorang anggota Umno, saya bukan. Beliau mungkin terlibat dengan Perkasa, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai Perkasa, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi anggota Perkasa

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

iklan:

“i support all effort to protect of the security of Isreal”

mari sokong DAP dgn slogan
“Islam Nation?? over my dead body!”

mari ahli Pas meyokong dgn slogan
"hudud tangguh demi laluan calon DAP (over my dead body)"

ahli PKR mari meyokong dgn slogan
"kebebasan beragama utk muslim"

Tanpa Nama berkata...

Malangnya, ibu si BETINAJALANG DAPBANGKAI ni masih dlm. UMNO – dan oleh kerana si Ibu BETINA ni pun menyokong anaknya BERKEMPEN kat awam utk. DAPBANGKAI (bukan secara peribadi), maka ini amat bahaya utk. UMNO! Bahkan aku syak si BETINA dua ekoq ni masuk PERKASA pun, utk. MENGINTIP bagi pihak DAPBANGKAI-CELAKA!

Sebenaqnya, makin ramai si ekoq-ekoq PENYAMAQ, yg. ditaja puak KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, dan ejen-ejen mereka dari si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM MENYAMAQ masuk Islam atau guna nama Melayu/Islam, pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH lagi) – untuk termasuk berkahwin dgn. pemimipin/usahawan Islam/Melayu yg. penting; dan terus menyonsangkan mereka terutamanya jadi puak liberal Islam/Melayu - yg. ramai dah hidup mcm. omputih!

PENYAMAQ ini juga telah menyelinap masuk NGO-NGO Islam/Melayu dgn. mulanya berpura menyokong sepenuhnya, tetapi lepas tu akan cuba tukar haluan NGO tersebut, serta juga utk. MENGINTIP, termasuk keahlian dan maklumat sulit peribadi pemimpin/ahli-ahli serta aktiviti NGO-NGO tersebut! Maka NGO-NGO Islam/Melayu mesti mempastikan hanya peringkat tertinggi, dan dr. yg. betul-betul pejuang Islam/Melayu TULEN; yg. boleh melihat maklumat sulit ahli/ pemimpin dan sebarang aktiviti kritikal; atau kelemahan yg. boleh dimanipulasi MUSUH ISLAM/Melayu!

Makcik Sambal Belacan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...