Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 8 November 2013

Demi Menjilat DAP, Ahli Parlimen PKR @FauziAbdRahman Sanggup Menipu Sejarah Islam #KedahAmanMakmur


Pisau Kedah tak sangka Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Datuk Fauzi Abd Rahman sanggup memutar belit fakta sejarah Maal Hijrah demi mengagung-agungkan DAP kononnya Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah untuk menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin adalah usaha menyatukan orang Islam dengan orang bukan Islam.

Di bawah merupakan sedutan sidang Parlimen pada 06 November 2013 dari perbahasan Datuk Fauzi Abd Rahman ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014.



“Bahawasanya kita dengan mengambil semangat Maal Hijrah, saya bermula dengan Maal Hijrah dan menggulung dengan Maal Hijrah. Tiga perkara yang dilakukan oleh Rasulullah apabila berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pertama, dia menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin. 
“Dia menyatukan….dia tidak menyatukan Melayu dengan Melayu. Dia tidak menyatukan Islam dengan Islam. Dia menyatukan Islam dengan bukan Islam. 
“Dalam erti kata lain dengan semangat Maal Hijrah, perpaduan rakyat bukan perpaduan Melayu, bukan perpaduan Orang Asli, bukan perpaduan Cina. Perpaduan rakyat Malaysia harus menjadi keutamaan dalam gerakan kerajaan kita yang ada pada hari ini.”

Apa yang dimaksudkan Fauzi Abd Rahman bahawa Rasulullah S.A.W membawa orang Islam (Golongan Muhajirin) untuk menyatukan dengan bukan Islam (Golongan Ansar)

Benarkah ketika penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.. Golongan Ansar bukan dari golongan bukan Islam ??
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan Orang–orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”(At-Taubah : 100).
Untuk pengetahuan.. Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah (Yatsrib) yang terdiri dari DUA kaum utama iaitu Aus dan Khazraj.

Aus Dan Khazraj dari Madinah merupakan diantara kaum yang terlibat didalam perjanjian Aqabah 1 dan 2 yang ketika itu belum lagi berlaku penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama golongan Muhajirin ke Madinah.

Selepas perjanjian Aqabah 1 dan 2.. Golongan Ansar merupakan golongan yang bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan agama Islam di Madinah yang ketika itu Madinah dikenali Yatsrib.

Selepas perjanjian Bai'atul ' Aqabah Ats Tsaaniyah (Perjanjian Aqabah 2), Rasulullah S.A.W telah melantik 12 para Nuqabak yang terdiri dari 9 orang kaum Khazraj dan 3 orang kaum Aus untuk membimbing umat Islam serta menyebar luas lagi agama Islam di Yatsrib.

Telah terbukti bahawa sebelum penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama golongan Muhajirin ke Madinah.. Islam telah pun dibawa masuk ke Madinah oleh golongan Ansar melalui perjanjian Aqabah 1 dan 2.
“Dan orang-orang yang telah menempati Bandar Madinah dan telah beriman (yakni kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung,” (Al-Hasyr: 9)
Ketika golongan Ansar yang telah pun memeluk Islam mengetahui Rasulullah S.A.W bersama Muhajirin meninggalkan Kota Mekah. Golongan Ansar yang telah beriman menanti kehadiran Rasulullah S.A.W berhari-hari tanpa rasa jemu sehinggalah tiba Rasulullah S.A.W bersama Muhajirin ke Madinah untuk menyatukan golongan Muhajirin dan golongan Ansar.

Fauzi Abd Rahman patut mengetahui bahawa peristiwa Hijrah adalah peristiwa penghijrahan Rasulullah ke Madinah untuk menyatukan golongan Muhajirin (Islam) dan golongan Ansar (Islam) dan bukannya seperti yang di maksudkan Fauzi Abd Rahman.. "Rasulullah S.A.W tidak menyatukan Islam dengan Islam, Rasulullah S.A.W menyatukan Islam dengan bukan Islam".

Kalau ya pun nak jilat DAP, Pemimpin PKR atau PAS tidak patut memutarbelit sejarah Islam yang telah pun tertulis begitu lama.

Fauzi Abd Rahman patut membuat pemohonan maaf secar terbuka kepada umat Islam kerana memutar belit sejarah Islam.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah gila kuasa, gila berpolitik sehingga boleh menjadi manusia pembohong.... Pemimpin begini sangat banyak dalam pas dan pkr. Kerana dahagakan kuasa dan wang ringgit, manusia pr boleh berbohong tentang fakta agama tanpa rasa bersalah.... Lahanat punya kaki.

Tanpa Nama berkata...

tak perlu nak ulas lagi utk anon di atas...
ana setuju 200%..
bekas bahlul syiah pas sg limau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog