Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 22 Mei 2013

#BlackOut505 : @MukhrizMahathir Balun @AnwarIbrahim Dan Geng Gagak Hitam 505 Kaw-Kaw



Di bawah ini merupakan kenyataan YAB Dato' Paduka Hj Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah berkenaan Himpunan Black Out 505 di Kedah semalam.

Jumlah sambutan Himpunan Black Out 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yang cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang.

Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sekarang ialah untuk memenuhi segala aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang .

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.

Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.

Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh menerima keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan isu undi popular.

Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri-negeri yang dimenangi.

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya negeri Kedah yang aman damai.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog