Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 21 Mei 2013

Hot !!! Pakatan Haram Kedah Pasti Sakit Hati Dengan Tindakan Kerajaan Negeri Di KHTP #HanyaDiKedah



Hampir seminggu barisan Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negari (EXCO) Kedah yang di lantik Menteri Besar Kedah, Dato'Paduka Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai EXCO di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Maka sekarang ini telah bermula la kesibukan harian yang terpaksa di tanggung ADUN-ADUN yang di lantik sebagai EXCO untuk mencuci segala "Taik" yang di tinggalkan barisan EXCO yang di lantik semasa pentadbiran Pakatan Haram sebelum Barisan Nasional memenangi PRU ke13 yang lalu.

Di antara "Taik"  yang terpaksa di cuci adalah Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang sebelum ini mengalami kemerosotan kehadiran pelabur-pelabur yang melabur di kawasan berkenaan.


Kemerosotan kehadiran pelabur-pelabur di kawasan berkenaan adalah di sebabkan kelemahan EXCO yang di lantik sebelum ini di dalam menarik pelabur-pelabur datang melabur di KHTP.

Kini setelah Kerajaan Negeri berubah tampok pentadbiran, KHTP bakal di transformasikan bagi menjadikan kawasan yang  boleh menarik perhatian pelabur untuk melabur.
Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) perlu ditransformasi bagi mengembalikan daya tarikannya sebagai destinasi pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Datin Norsabrina Mohd Noor berkata, kedudukan KHTP yang dulunya berprestij dalam kalangan pelabur luar kini semakin malap dan memerlukan sinergi baru untuk mengendalikannya.

“Kedudukannya kini tidak sama gah seperti dulu dan kedudukan ini perlukan transformasi baru dengan tenaga pakar yang lebih kemas,” katanya kepada BERNAMA selepas merasmikan Temasya Sukan Didik 2013 Tabika Perpaduan daerah Kulim/Bandar Baharu dekat sini, hari ini.

Katanya, selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bertanggungjawab atas pembangunan KHTP, beliau akan menemui pengusaha di KHTP bagi mengenal pasti usaha meningkatkan prestasi kawasan perindustrian itu.

Norsabrina berkata, beliau juga percaya prestasi KHTP dapat dipertingkatkan menerusi bimbingan Menteri Besar, Dato'Paduka Mukhriz Mahathir yang berpengalaman dan lebih arif dalam bidang industri di peringkat global. – BERNAMA

1 ulasan:

Namjaha6 berkata...

Salam semua ... susah apa nya YB Exco Datin (Bandar Baharu)... Bukan kah di Kulim tu .. dah ada Kulim HiTech Park ..tempat industri teknologi tinggi..maka ia perlu dinaiktaraf dan perlukan :-

1: Lapangan terbang - bangunkan satu airport baru utk kawasan Kedah Selatan, Perak Utara dan Seberang Perai...bila adanya airport tu maka secara otomatik pembangunan di kawasan tersebut akan pesat membangun. Tak perlulah bergantung pd airport di Penang tu, amat menyusahkan bg warga tanah besar jika nak ke sana.Secara tak lansung kawasan tersebut akan dpt dibangunkan menjadi kawasan industri baru negara..menambahkan lagi peluang pekerjaan dan pertambahan dlm pendapatan ekonomi Kedah.Tak perlulah Kedah nak bergantung pd hasil balak aje lepas ni.

2: Kulim adalah hampir dgn Penang Port boleh dihubungkan dgn laluan BKE, tiada masalah utk aktiviti ekspot dan impot hasil industri.

3: Walaupun Kulim tidak ada laluan keretapi berkembar .. ianya boleh disambungkan dgn pembinaan laluan baru keretapi utk industri ke Tasek Gelugor atau Bukit Mertajam..adanya sambungan ini akan memudahkan lagi pergerakan ekonomi.

4: Bina laluan lebuhraya dari Kulim ke exit PLUS Bandar Baharu...secara tak lansung laluan sepanjangnya akan berkembang.

5: Yang penting pastikan pembangunan perumahan di kawasan tersebut adalah mampu milik..masih bnyk tanah2 yg boleh dibangunkan.Kawalselia syarikat2 perumahan agar tidak mendirikan rumah2 mahal yg tidak mampu dimiliki oleh rakyat terutamanya bumiputera. Pasti semua tahu apa yg berlaku di Penang.Pastikan polarisasi terkawal kerana di masa depan ianya akan menjadi duri dalam daging spt apa yg dilihat pd PRU13 ini.

Sekian pandangan 2 sen saya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog