Tanpa segan silu Pisau Kedah akui mengalir air mata ketika membaca sajak dari para pejuang yang sedang mempertaruhkan nyawa, tinggalkan ibubapa, tinggalkan anak dan isteri demi mempertahankan kedaulatan Tanah Air yang tercinta.
Pisau Kedah hanya mampu mendoakan agar Allah S.W.T melindungi para pejuang Tanah Air yang kini berada di Lahad Datu.
Insaflah sekalian rakyat Malaysia. Keamana negara bukan boleh di nilai dengan wang ringgit untuk di jual beli. Kedaulatan Negara merupakan maruah setiap rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita tanpa mengira pandangan politik mendoakan semoga Allah S.W.T melindungi para pejuang kita.
Hayatilah sajak dari pejuang Negara..
9 Februari 2013,Tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar
1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar
Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar
Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar
Rejimen Gerak Khas,
Kuala Lumpur
5 Mac 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan