Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 19 Mac 2013

Panas !!! Pelajar KUIN Pulak Menjadi Mangsa Kezaliman Azizan Razak


azizan
Siapa tidak kecewa apabila dapat tahu asrama yang sepatutnya siap sepenuhnya sebelum hari pendaftaran tidak dapat diduduki..
Lebih malang lagi asrama untuk pelajar Kuin langsung tidak dibina dengan alasan Stadium Darul Iman di Terengganu runtuh dan JKR diarahkan bawa tembaga tembaga kesana..Rujuk artikel sebelum ini (KLIK)
Itulah keluhan dari pelajar pelajar Kuin yang mendaftar masuk di kampus Kuala Ketil semalam.. Mereka ternyata kecewa dengan sikap pengurusan Kuin yang GAGAL untuk menyiapkan tempat penginapan seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah..
tapak asrama kuin
Tapak asrama Kuin
Dianggarkan sebanyak 500 pelajar dari lima Kulliyah pengajian terpaksa dihantar ke beberapa lokasi jauh dari kampus seperti Kem Paya Pahlawan Jitra, Kem PLKN Baling dan Sedim(Kulim) sebagai penempatan sementara sehingga asrama siap sepenuhnya.Walaupun jauh, mereka terpaksa mengikut apa saja yang diarahkan pihak pengurusan..
Pekara ini memang suatu yang membebankan, dimana pelajar pelajar terpaksa bangun awal pagi untuk ke kuliah kerana lokasi Kampus terlalu jauh dengan pusat penempatan sementara..
Perpindahan pelajar ke kampus Kuala Ketil peringkat pertama ini melibatkan Kulliyyah Muamalat, Perhotelan, Kejuruteraan, Multimedia dan Pusat Pengajian Asasi.
Pelajar juga kecewa kerana Sebelum ini pengurusan Insaniah berjanji pelajar yang dipindahkan dari kampus Alor Setar dan Sungai Petani akan menduduki asrama sebaik tiba bagi memulakan pengajian.Tetapi pekara sebaliknya berlaku..
kuin
Barang keperluan pelajar di tempat pendaftaran
Pelajar diberi cuti hampir dua bulan walaupun cuti pertengahan sepatutnya seminggu. Tambahan cuti enam minggu itu adalah untuk pastikan asrama pelajar siap 16 Mac, tetapi ia masih tak siap..
Tindakkan tergesa gesa pengurusan Insaniah mengumumkan perubahan disaat akhir ini dibuat bagi mengelak Insaniah dari dikenakan tindakkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.Baca selanjutnya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog