Mari kita baca pendedahan terperinci dari DR MiM berkenaan bapa Si Saiful Bukhari yang kini telah di perkudakan oleh PKR.
Pada 24hb Mac yang lepas, PKR Pulau Pinang telah mengadakan taklimat yang turut melibatkan Azlan bin Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Ianya diadakan di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam.
MiM difahamkan bahawa hanya lebih kurang 200 orang dari kalangan pemimpin PKR peringkat Cabang di Seberang Perai Utara dan beberapa lagi kawasan hadir termasuk pemimpin-pemimpin kawasan.
Yang turut hadir ialah Johari Abdul, MP Sungai Petani. Beliau merupakan MP yang pertama melihat video China Doll yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Selain daripada Johari Abdul, Mansor bin Othman, TKM1 Pulau Pinang turut hadir. Seperti yang kita semua tahu, Mansor Othman pernah kantoi apabila rakaman audio beliau mengutuk Lim Guan Eng DAP sebagai cocky, arrogant dan tokong didedahkan sebelum ini.
Dan sekarang, satu klip video terbaru telah diload didalam youtube yang menunjukkan omongan bapa Saiful Bukhari pada malam tersebut.
Di antara adegan tegak benang yang basah bapa Saiful Bukhari ialah sekali lagi memainkan skrip Anwar Ibrahim dengan mendakwa bahawa kes liwat Saiful Bukhari itu adalah 'konspirasi politik'.
Kita sudah tentu tidak lagi mempercayai Azlan Lajim yang dilihat hilang kredibilitinya apabila timbulnya artikel mendedahkan soal moral dan buruk laku Azlan Lajim. Dan artikel tersebut tidak disiarkan oleh media pro-UMNO/BN tetapi oleh CheguBard, pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri!
Di antara artikel dalam blog pemimpin pembangkang itu :
Realitinya, kenyataan TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara telah mematikan dakwaan Azlan Lazim kononnya wujudnya 'konspirasi politik' kes Saiful. Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim telah menarik balik kes saman beliau terhadap Musa Hassan sebelum ini.
Malah keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim kerana technical fault daripada tuduhan liwat menempelak sekali lagi bapa Saiful Bukhari itu. Dan jika anda lihat video eksklusif di bawah, anda sendiri tidak akan percaya dengan kenyataan yang mendakwa kononnya beliau diperalatkan ketika kes liwat Saiful Bukhari.
Bukti nyata ialah kehadiran Azlan Lazim bersama Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan. Jika segalanya ini 'konspirasi politik' kenapakah beliau merelakan anak beliau bersumpah laknat?
Azlan bersama Saiful ketika angkat sumpah muhabalah.
Di antara sumpah tersebut :
Come on.... Azlan Lazim. Takkan anda juga mahu mendakwa bahawa sumpah muhabalah di Masjid Wilayah Persekutuan juga sebagai 'konspirasi politik'?Dan MiM percaya rakyat tidak mempercayai pendedahan terbaru bapa Saiful Bukhari. Malah, tindakan beliau itu telah menimbulkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari yang teraniaya dek kerakusan politik pemimpin Pakatan Pembangkang.Malah, penyertaan Azlan Lazim ke dalam Pakatan Pembangkang semasa isu 'pendedahan' beliau itu juga dianggap menjatuhkan kredibiliti beliau.
Yang lebih memalukan ialah pendedahan KL Chronicle di bawah. Benarkah?
Enough said. Kita saksikan klip video eksklusif ceramah kosong Azlan Lazim bapa Saiful Bukhari pada 24hb Mac yang lepas di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam.
Lihat video di bawah :
Sumber DrMiM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan