Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 27 Mac 2013

Isu Penipuan PAS Kedah : Penyokong PAS Kedah Patut Desak Azizan Razak Pecat Zulkifli Yahya. #SaveKedah



Agak dah lama Pisau Kedah tidak menghantam kebengapan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Zulkifli Yahya ( Zul Ya ) yang sedikit sebanyak bertanggungjawab mencalarkan imej PAS Kedah yang bakal rebah di PRU 13 ini.

Baru-baru ini telah timbul satu isu di mana PAS Kedah berniat menipu rakyat Kedah berkenaan pembinaan 12 Masjid baru melalui buku laporan " Sayangi Kedah Sejahtera " sepenggal Pakatan Rakyat Pakatan Haram mentadbir Negeri Kedah.



Setelah di dedahkan perkara yang sebenar bahawa 11 dari 12 buah Masjid baru yang di bina merupakan duit peruntukan dari Kerajaan Pusat yang di salurkan melalui ICU Negeri Kedah, PAS Kedah mula kecut teloq dengan pendedahan tersebut.

Dalam kenyataan terbaru Zul Ya yang di sebarkan oleh blogger pencacai belaannya di Kedah, dia mendakwa Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrul Hisham tidak memahami maksud ayat yang terkandung dalam buku laporan. " Sebanyak 12 Masjid Telah Dibina Sejak 2008 Sebagaimana Senarai Berikut ".


Memang cukup mengelikan hati apabila seorang yang berfikiran setaraf budak PASTI seperti Zul Ya ni nak mengajar tusyen Bahasa Melayu kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah.

Zul Ya oiii !!! Kalau nak di ikutkan 14 buah dari 22 buah Masjid telah siap di bina di Kedah bukannya 12 buah seperti yang di dakwa hang tu. Macam mana hang seorang yang berjawatan agak tinggi dalam Penerangan Kerajaan Negeri Kedah tak tau banyak mana Masjid yang telah siap di bina di Negeri Kedah.

Nampak sangat Zul Ya selaku Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri ni tak ambil tahu langsung pasal pembinaan Masjid di Negeri Kedah. Tu pun jangan.. Mengaku memperjuangkan Islam la konon.. Pirahhh !!!.

Puak PAS patut mendesak Zul Ya ni untuk bagi tahu siapa yang dapat projek pencetakan buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera ni serta dari mana duit peruntukan pencetakan di perolehi.


Kalau Zul Ya mendakwa ayat buku laporan tersebut tidak menyebut ianya dibina menggunakan sumber kewangan Kerajaan Negeri, itu Pisau Kedah akui benar. Tapi demi mahu keuntungan politik kepada PAS yang mentadbir Kerajaan Negeri Kedah, penerangan yang sebenarnya berkenaan duit peruntukan pembinaan 11 dari 12 buah Masjid baru langsung tidak di catat dalam buku berkenaan oleh Penerangan Kerajaan Negeri Kedah..

Kalau Penerangan Kerajaan Negeri Kedah jujur kepada rakyat dalam memberi penerangan, kenapa Penerangan Kerajaan Negeri Kedah tidak memasukkan maklumat sebenar berkenaan siapa yang memperuntukan duit pembinaan Masjid di Negeri Kedah.

Sudah pasti sekiranya Penerangan Kerajaan Negeri Kedah mendedahkan perkara sebenar siapa yang memberi peruntukan pembinaan Masjid baru, PAS Kedah tidak dapat menafikan dakwaan bahawa tiada satu pun Masjid yang mampu di bina Kerajaan Negeri Kedah dalam 5 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Pakatan Haram.

Sudah cukup jelas sekali tujuan Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang di ketuai Zul Ya menerbitkan buku laporan berkenaan dengan niat mahu membina persepsi dalam minda rakyat bahawa Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran Pakatan Rakyat Pakatan Haram yang membina 12 buah Masjid baru berkenaan.

Dalam kenyataan no 3 yang di berikan Zul Ya, jelas sekali menunjukan dia bengap dan makan gaji buta sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah di dalam memberi penerangan yang mengelirukan supaya PAS Kedah tidak di persalahkan.

Dalam isu 12 Masjid baru yang di bina melalui peruntukan Kerajaan Pusat. Urusan pembinaan adalah tanggungjawap pihak ICU Negeri Kedah. Majlis Agama Islam Kedah hanya menyediakan tapak yang di pohon untuk di bina. Setelah siap di bina baru la di serahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah untuk di uruskan.

Satu lagi, Zul Ya harus tahu DYMM Sultan Kedah merupakan DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi Negara Malaysia. Segala yang berkaitan dengan Agama Islam di Negara Malaysia di bawah kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong.


Ha..ha..ha.. kenyataan ke 5 Zul Ya jelas sekali telah kantoikan kebengapannya dengan menjelas niat sebenar tujuan senarai pembinaan 12 buah Masjid baru di masukkan dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera adalah untuk keuntungan politik kepada PAS yang bertanggungjawab mentadbir Kedah.


Kenyataan no 6 dari Zul Ya, nak termuntah Pisau Kedah baca..

Oii Mangkaq Zul Ya Oiii !!! Dalam isu pembinaan 12 Masjid baru ni, tau pulak ang guna alasan " apa yang lebih penting sebagai Umat islam ialah memakmurkan Rumah Allah. 

Pirah !!! nak tunjuk baik la konon. Yang PAS gunakan Masjid untuk menyebarkan dakyah politik PAS tu tak pulak Zul Ya nak tegur.

Awat, Zul ya ingat semua Umat Islam di Malaysia ni yang memakmurkan Masjid merupakan penyokong PAS untuk PAS gunakan Masjid sebagai tempat untuk menyebarkan dakyah politik demi keuntungan dalam pilihanraya.

Kenyataan no 7 Zul Ya ni macam nak buat ke untungan saja dengan projek pencetakan buku laporan " Sayangi Kedah Sejahtera ". Siapa yang dapat projek pencetakan buku tersebut ? Adakah tender di buka kepada umum ?

1 ulasan:

paritbuntar rebels berkata...

mohon dipautkan http://paritbuntarrebels.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog