Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 30 Mac 2013

Panas !!! Isu Lahad Datu Mufti Kedah Kena Beli Dengan UMNO ??? #SaveKedah



Pisau Kedah tertanya-tanya apakah selepas ini Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad akan di kecam puak-puak PAS setelah kenyataan beliau dalam Tazkirah yang di lakukan di Majlis Istighazah Al-Kubra yang berlangsung di Masjid An-Naim, Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang Sungai Petani bertentangan dengan fatwa yang di keluarkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Harun Taib.

Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Dalam Tazkirah yang di sampaikan Mufti Kedah, beliau mengatakan " Dalam kes ini ( Pencerobohan Lahad Datu ) tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota keselamatan yang terbunuh tetap Syahid Akhirat ".

" Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah S.W.T kelak" kata Mufti Kedah lagi.

Kenyataan Mufti Kedah berkenaan anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam petempuran di Lahad Datu adalah "Syahid Akhirat", ianya bertentangan dengan fatwa yang di keluarkan PAS apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Harun Taib mengatakan didalam sidang media Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya di Kuala Terangganu baru-baru ini bahawa anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai "Syahid Dunia".



Semua kita tahu bahawa puak-puak PAS apabila sesuatu kenyataan yang di buat oleh Mufti bertentangan dengan pendirian mereka pastinya mereka akan mengatakan Mufti berkenaan telah di beli UMNO sepertimana yang berlaku terhadap Mufti Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria.

Bagi puak-puak PAS, apa-apa pun kenyataan yang di keluarkan oleh pemimpin mereka adalah berlandaskan Islam yang sebenar. Manakala kenyataan dari pihak luar yang bertentangan dengan pemimpin mereka walaupun kenyataan dari pihak yang tidak ada kepentingan politik pastinya akan di tuduh kena beli dengan UMNO.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog